BROWNIES BITES

Assalamualaikum..Selamat bertemu kembali..harap yang baca disini sihat2 adanya InsyaAllah.

Harini kita belajar buat brownies sekali ngap ni pulak. Resepi mana2 pun anda boleh guna, nak tengok resepi saya guna pun buleh eh..Resepi sama juga saya buat jualan Brownies Loyang & Brownies bites ni. Resepi asal dari Afzan, sama dengan post saya sebelum ni.

ONE BOWL BROWNIES BITES

*50g mentega

*50g gula kastor

*45g gula perang

*50g tepung gandum

*20g serbuk koko

*1 biji telur gred A

*60g kepingan coklat Beryls

*sedikit coffee flavour/emulco (setitik dua sahaja)

Cara-cara :

1. Satukan mentega, gula castor & gula perang dalam mangkuk tahan panas.

2.Panaskan di atas api perlahan, kacau sentiasa sehingga butter mencair sepenuhnya. 

3. INGAT YA!! kita nak mentega je cair sepenuhnya, bukan gula!!

4. Tutup api, teruskan mengacau sehingga sedikit suam, terus masukkan telur dan kacau laju2 supaya telur tidak bergumpal atau menjadi telur separuh masak.

5. Cepat2 masukkan coklat, supaya adunan mentega & telur yang masih suam2 itu dapat mencairkan coklat dengan mudah.

6. Sekiranya coklat susah nak mencair, boleh saja panaskan sekejap menggunakan api perlahan, kacau laju2 supaya adunan kembali suam2 panas.

7. Kemudian masukkan tepung & serbuk koko, kacau sebati, kaup balik supaya semua bersatu. Masukkan adunan brownies kedalam piping bag. Ketepikan.

8. Aturkan cawan kertas saiz mini (saiz almond london)didalam acuan aluminium/acuan tart/pai, acuan kapkek dan sebagainya.

9. Paipkan adunan brownies tadi kedalam cawan kertas tadi sehingga hampir penuh, buiat sehingga habis.

10. Taburkan kacang badam atau coklat cip mengikut kesukaan anda.

11. Bakar didalam ketuhar dengan suhu 120'C - 130'C selama 40minit atau sehingga masak. (Pastikan suhu rendah supaya kedut & kilat permukaan brownies bites menjadi cantik.

Selamat Mencuba ya..😘

TEH TARIK ISTIMEWA

Singgah sebentar, mencatat memori..

Teh Tarik Istimewa💕. Teh yang sangat disukai anak2, sekali bancuh 1 jug besar, maklom ler anak ramai

Nak teh yg sedap ada caranya jugak.. 

Bahan2 :

*Serbuk teh Boh

*Serbuk teh Cap Masjid

*Air secukupnya

*Susu cair

*Susu pekat

*Secubit garam 

*Sedikit esen vanila (saya tak suka, kalau resepi kelas, disarankan letak esen bagi wangi)


👉-Rebus teh dengan air, sampai mendidih & serbuk teh betul2 kembang. Kemudian tapis kedalam bekas.

👉-Tuang susu cair & susu pekat secukupnya, masukkan juga garam

👉-Bancuh dengan kasih sayang, tarikla semahunya jika suka..

👉-Selamat mencuba..

DONUT KENTANG KAKAK SADO

Assalamualaikum w.b.t
 
Bercuti ke tu? Hati2 ya bercuti kat mana2 pun musim covid ni, silap gaya merana badan😅. Kami setakat ni belum ada kesempatan nak bercuti lagi, banyak tempahan & jualan di kedai Shopee juga sangat kencang, Alhamdulillah, rezeki anak2..
 
Entri kali ini saya nak eksen je haa, mampu buat donat lawa sikit guna tangan, biasa guna mixer kan..Masa ni balik Kelantan, ziarah mak ayah kejap. Kat kampung takde breadmaker, mixer apa semua kan, tapi nak jugak tunjuk sado uli donat pakai tangan jer, barulah anak mak gitu..😆. Alhamdulillah licin tak bersisa sekali letak je lesap, maklum ramai rakyat jelata masa tu..
 
Share sini untuk rujukan, mana2 resepi yang pernah cuba & senang buat. Suka donut ni sebab luarnya garing, dalamnya lembuut je..
DONUT KENTANG
Rsp : Rosmarlina@jintanmanis
 
Bahan2 :
👉250 g tpg. gandum / tpg. high protein 
👉80 g kentang rebus & dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
👉2 sdb. susu tepung
👉1 bj. telur gred A (kocok2 dgn garfu)
👉80ml susu segar @ air suam
👉1 1/2 sudu besar marjerin
👉2 sdb gula
👉4 g yis ( 1 1/2  sudu kecil)
 
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. (tumbuk2, tenyeh2 macam basuh kain kat sungai atas batu, jgn berkemban sudah😜) (hempas2 angkat hempas suka hati jgn hempas atas lantai yer) 
 
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 
 
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang yg.ditabur tepung gandum dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
 
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, api kecil ya, dan salut donut kentang dengan dusting powder ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, . **Kalau guna Breadmaker, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
**saya guna tepung gandum & air suam sahaja. . 
 
**Cara menyalut donut dengan coklat cair :
👉Cairkan coklat masakan bersama sedikit mentega, masak dengan kaedah double boil..biarkan mereneh atas api yang perlahan & celupkan donut yang dah sejuk, taburkan apa-apa hiasan yang anda suka
 
Selamat Mencuba ya..

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalamualaikum..bertemu lagi . Masih ada yang rindu? 😊😊
Perkongsian menu yang telah dicuba beberapa kali dan mendapat sambutan dikalangan ahli keluarga serta kawan2..
AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan :
*10g serbuk agar-agar
*1 cawan gula
*1100 ml air (termasuk air pandan blend)
*170ml santan pekat
*1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
*2 helai daun pandan blend & tapis
*1 helai daun pandan simpulkan
*Pewarna hijau
Cara-cara :
👉Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
👉Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
👉Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
👉Biarkan mendidih dgn api kuat selama 1 - 2 minit
👉Tuang kedalam loyang atau acuan.
👉Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.


Selamat Mencuba ya..

BUBUR BUTIR NANGKA

Juadah berbuka puasa tempoh hari, buat untuk minum petang pun boleh kan. "Butir Nako" panggil rakyat Klate..saya simpan disini resepi untuk rujukan akan datang. tq Kak Azie

Resepi : Azie Kitchen

Bahan-bahan kuah:
  • Santan pekat
  • 2 helai daun pandan -  disimpul
  • Gula dan garam – secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil Halba

Cara memasak:
  • Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. 
  •  Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Saya masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah.  
  • Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api…


Bahan-bahan biji nangka:
  • 1 cawan tepung beras pulut
  • Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
  • Pewarna hijau  Sedikit air kapur
  • Garam

Cara membuat:
  • Sebelum menguli, panaskan dahulu air  di dalam periuk (air separuh periuk).
  •  Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
  • Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.
  • Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).
  • Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
  • Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.
Selamat mencuba

AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH

Assalamualaikum sayang..sayang..hahha..
 
Menu sentiasa dapat sambutan kat rumah saya, anak-anak suka makan agar-agar berlemak ni, dah 2 kali buat guna resepi ni, Alhamdulillah menepati selera..Resepi saya angkut dari blog Kak Yatie, tq.

Resepi : Kak Yatie 
Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan Kara ( sy guna 100ml santan kotak cap ayam)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Caranya:
  1. Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api
  4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  5. Tuang kedalam acuan yang anda suka
  6. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk
Selamat Mencuba

Peria Masak Lada Hitam

Assalamualaikum w.b.t. 
1 September sudah menjengah, usia semakin tua, masa yang ada semakin singkat & amal pun tak banyak mana, cemana ni?  Allah, ampunkan dosa-dosaku & dosa-dosa2 semua muslim muslimat seluruh alam..mengingatkan waktu2 yang bersisa merasakan banyak masa terbuang tanpa amal soleh, alangkah ruginya kita kan? Doakan saya & anda semua istiqamah beramal menambah saham akhirat, meninggalkan perkara2 yang Allah tegah, semoga semuanya dalam lindungan Yang Maha Esa, InsyaAllah..Amiin..

Menu pantang, sesetengah orang tak boleh makan peria dalam pantang, saya Alhamdulillah boleh makan dengan senang hati, buat ulam celur makan dengan nasi panas2 pun sedap. Menu ni dah biasa buat tiap kali pantang bersalin, habis pantang menu sihat walafiat pun kelautan Hindi semua..huhu

Asal resepi dari majalah Seri Dewi & Keluarga Mei 2006. Jom semak resepi bagi yang nak pantang atau tengah berpantang tu..
Resepi ni dah guna sejak 9 tahun lepas(masa tu anak ke 3 kot)..makan dengan nasi panas2 ya..menanbah nanti tak sedar diri..hehe

Bahan2:

  • 2 bj peria katak dihiris nipis(ramas2 dgn air garam kalau tak suka pahit sgt)
  • Semangkuk isi ayam dihiris kecil2/ikan bilis
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1inc halia
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
  • 1/2 - 1 sudu besar pes asam jawa
  • Sedikit garam
Cara2 :
  • Bawang2 & halia dimayang halus.
  • Panaskan periuk, masukkn ayam/ikn bilis bersama bawang2 & halia, lada hitam & pes asam jawa+ sedikit air
  • Biarkan mendidih & maskkan peria katak. Biarkan peria lembut sikit.
  • Masukkan garam & tutup api. Dah masak & makan panas2..

** saya guna ikan bilis..

Selamat mencuba

Kek Mentega Keju

Marble Butter Cheesecake
Assalamualaikum w.b.t
Harini kita kongsi resepi kek mentega/marble berkeju yang senang ni, lembut, lembab & tidak terlalu manis untuk dicuba. Sangat sesuai untuk minum petang atau juadah untuk tetamu yang bertandang..


Resepi Marble Butter Cheesecake
Sumber : Pn.Hafizah Yahaya @ fizalgk /Rohaimi Ahmad(FB)
Bahan-bahan :
  • 150g butter tatura
  • 200g krim keju
  • 200g gula castor
  • 4 biji telur Gred A
  • 250g tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1/2 sdt soda bikarbonat
  • 1 sdt esen vanila
  • 100ml susu cair
  • 4 sdb susu tepung (tak letak pun tak apa)
  • 2 sdb serbuk koko (utk.marble)
Cara-cara:
  • Panaskan ketuhar pada suhu 150'c.
  • Dalam sebiji mangkuk, masukkan butter, keju & gula castor. Putar sampai kembang.
  • Masukkan telur 1 per 1. putar lagi.
  • Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder & soda bikarbonat, selang seli dengan susu cair. Masukkan esen vanila. Putar sebati.
  • Bahagia 2 adunan, 1 adunan dibiarkan kosong, 1 adunan lagi dicampur dengan serbuk koko, sebatikan.
  • Gris & alas loyang bersaiz 8inc.taburkan sedikit tepung di sekeliling loyang & hentak2kan supaya tepung tidak terlalu tebal. (biasanya cara ni saya buat untuk mengelakkan kek melekat ditepi loyang)
  • Sendukkan adunan berselang seli hingga habis. Ambil lidi & lorekkan ikut suka.
  • Bakar pada suhu 150'c selama 45 minit @ sehingga masak 

Nota kaki : Sooner 4MF/suhu 160'c/water bath/api bawah sahaja/50minit

HAWA NAFEESA (21 JUN 2016)

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, saya selamat melahirkan bayi ke-7 60 hari yang lalu - 21 Jun 2016, bersamaan hari ke 10 puasa. Bayi perempuan seberat 3.1kg di PMC Sg.Buloh tepat jam 6.02PM, Hawa Nafeesa nama diberi, semoga sentiasa sihat membesar ceria menjadi solehah yang berilmu & beramal suatu hari nanti.

Esoknya lepas lunch dah boleh balik, Alhamdulillah tiada apa2 masalah. terima kasih yang datang melawat kami kat hospital, yang datang melawat kat rumah pun sama..


Terima kasih berbillion-billion buat suami saya, yang bercuti hampir sebulan tanpa gaji, sanggup bersengkang mata siapkan sahur mereka anak beranak (dan saya skali), memasak macam2 menu pantang & siapkan semua urusan rumahtangga. Anak ramai ni faham2jela macam2 kerenah mula dari kejut sahur, solat, pergi sekolah, sampaila berbuka..1001 peel ada.


Sekarang Hawa dah 2 bulan, dah pandai senyum, bunyi suara agah2 & dah tak mau duduk sesaja, nak beriba @ berteman aje bila tak tidur..haha..agak letihla bagi seorang pembuat kuih macam saya ni..terkejar2 buat kuih selang seli hadap Hawa..tapi yang syoknya bila hadap baby ni rasa lapang, selesa berdua-duaan dengan baby sampai terlelap..hehe **Ok maknanya mak banyak tidurla masa ni..


haa..jomla golek2 dengan Hawa ni..cium2 bau masam baby itu 1 nikmat yang akan dirindui suatu masa nanti....hehe
aahaaa lain2 cerita nanti kita update kemudian ya..Wassalam

Ketam Lemak Cili Padi

Assalamualaikum w.b.t
2 Ramadhan, dah ada menu berbuka@ sahur? Ketam sedap jugak kan, tapi malas betul nak korek isinya..hehe. Asal sedap & mengenyangkan apa salahnya bersusah2 sikit kan. Ikhlas buat pahala pun dapat.

Resepi saya menuntut 2 minit dengan otai Rembau nun..haha.. biasala zaman canggih ni nak masak nak tanya apa pun laju je kan, malas nak fikir panjang sebenarnya..
Terima kasih kak Anim, cepat & sedap, Ketam Lemak Cili Padi ni. Jom intai resepi mudah & sedap ni.

RESEPI KETAM LEMAK CILI PADI
Sumber : Kak Anim
Bahan2 :
  • 4 ekor ketam, dibersihkan
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1 inci kunyit hidup
  • segenggam cili padi (atau ikut suka tahap kepedasan masing2)
  • Bawang merah kecil
  • Santan sederhana pekat (saya guna Santan KARA 2 kotak  500ml)
  • Garam
  • Asam keping
  • Daun kunyit hiris
Cara2 :
  • Kisar  kunyit & cili padi.
  • Hiris halus bawang merah.
  • Satukan semua bahan kecuali santan dalam periuk bersama ketam.
  • Panaskan dengan api perlahan sehingga merenih air ketam, kemudian barulah masukkan santan secukupnya
  • Kacau2 sehingga mendidih, tutup api & tambahkan garam/gula secukup rasa. Taburkan hirisan daun kunyit jika suka.
SELAMAT MENCUBA