22 Februari, 2012

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum..

Menu apa petang ni ek? Nak buat tart rasanya kalau ada crust readymade dlm balang sempatla kot kan..kalau baru nak buat crust tu alamatnya esokla makan..hehe..Biasa buat untuk tempahan, kali ni buat bagi lebih sikit, nak makan jugak tuan tanah kedaung ni kan, maunya tak ngences tengok cheese tart orang punya..huhu..anak-anak apa lagi, memang suka sangat dapat makan walau tak banyak yang dibikin lebihnya kali ni..sekadar lepas ngidam bolehla..


Kali ni saja cuba resepi lain, kalau perhatikan cheesetart ni resepinya lebih kurang je, cuma kaedah & bhn2 sampingan tu yang ada beza sikit. Resepi ni tak mengecewakan, cuma masa siap crust tu, Ana bagi suami rasa, katanya manis sikit, tapi bila dah isi filling takde rasa manis sangatla, cuma rangup tu memang terasa. seharian dalam peti ais pun masih terasa rangup lagi crustnya, cuma xdela serangup sebelum isi filling kan, tak tahula kot2 keajaipan tetiba berlaku masa tu..ngehehee..kiranya kali ni masih menepati piawaian anak tekak la..

Resepi Blueberry Cheese Tart

Bahan untuk Pastri:(+/-80pcs crust saiz 4cm)
  • 125g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum guna
  • 63g gula icing/ gula biasa di blend
  • 250g tepung gandum
  • 1 kuning telur (saiz B)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air
 Cara-cara:
  1. Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
  2. Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
  3. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
  4. Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.
  5. Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.
  6. Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj. 
  7. Kalau nak buat banyak2 boleh gandakan adunan, bila tak sempat habiskan boleh simpan dalam plastik & ikat kemas, masukkan dalam peti ais.
  8. Kuantiti crust terpulang kepada besar/kecil acuan tart & juga tebal/nipis doh dicanai.

Bahan untuk Filling:
  • 250g cream cheese - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 20g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 60g gula halus/gula castor
  • 1 biji telur (saiz B)
  • Blueberry filling, strawberry filling atau apa2 filling yg digemari secukupnya 
Cara-cara :
  1. Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.*Ana pukul bagi halus & gebu. Kejap je..
  3. Pipekan filling dalam pasteri(crust) yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. *Ana bakar agak2 je, 5 minit lbh kurang, cuba sentuh dgn jari permukaan cheese tu, kalau x melekat kat jari kira dah masak.
  4. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling.

SELAMAT MENCUBA..Kalau nak tempah pun dipersilakan yer..email & no fon ada kat sebelah tu..(^_^)

Udang Masak Lemak Jintan

Menu berulang, semalam punya. Maaf tak dapat berkunjung ziarah blogwalking, anak-anak Ana iaitu Hannah & Syifa' tak sihat, terpaksa jugak berkejaran kat dapo masak apa yang patut & anak2 kejap lagi nak balik sekolah & pastu nak pergi sekolah agama lak..dah lapang nanti InsyaAllah akan kubalas kunjungan teman2 ya..semalam tercari2 menu simple, nampak kat rumah Kak Nuridah, belek2 dah pernah buat sblm ni kan, jadi teruskan ajelah, nenas tu Ana letak labu air je..cili api pun tak banyak letak sebab anak2 nak makan sama.. 


Sumber : Kak Ummi@Home Sweet Home
C & P : Kak Nor, Anna

Bahan2:
  • 1/4 bj nanas muda ~ k.nor guna 7 bj belimbing buluh
  • sedikit minyak masak
  • 2 cawan santan cair
  • 4 ekor udang galah/udang besar ~ k.nor guna udang biasa
  • sedikit garam
  • 1 cawan pati santan
  • 4 bj cili padi ~ dibelah dua
  • 6 biji cili merah ~ dibelah

Bahan ditumbuk halus:
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup

Cara2:
  • Potong nanas kecil2 dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kaserol dan tumis bahan tumbuk di atas api perlahan. Kacau hingga wangi.
  • Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.
  • Bubuh nanas dan udang galah, kacau.
  • Masukkan garam bersama pati santan, cili padi, cili merah dan kacau hingga mendidih.
  • Angkat dan hidang.

20 Februari, 2012

Ayam Ala Bali

Assalamualaikum

Rasa lapar nasik lak kan..heheh..dah ramai sangat yang dah cuba resepi Kak Diana ni, tapi lemau jugak nak buat, asyik2 ayam goreng jela..tapi lepas Kak Yatie tayang & war-warkan, maka terbuka sudah napsu makan ni nak buat....
 

T.kasih buat yang berkongsi, Ana makan lauk dgn nasi putih je, tapi kan, punyala kasar2 bahan hiris tu..ya ampoon..tak perasan masa potong, nak cepat katakan, dah siap baru rasa, siap boleh buat ulam lagi neh..rasa dia macam masak kicap ada, macam masak merah pun ada..ke orang lain masak rasa lain ek? heheh..gasakler..janji sedap..


AYAM ALA BALI
Inspirasi : Kak Yatie, Kak Nor, Mas, Kak Madiha dan ramai lagi kan..

Bahan² :
  • 950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 1 inci halia - dihiris
  • 1/2 inci lengkuas - dihiris
  • 2 batang serai - dihiris menyerong
  • 2 - 3 helai daun limau purut - dimayang / dicarik²
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor/blender )
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )
Bahan² A :
  • 2 tbsp ABC soy sauce
  • 2 tbsp sos tomato Maggi
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka
  • Garam jika perlu
Cara memasak :
  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.
  4. Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
  6. Tambahkan bahan² A dan gaul rata.
  7. Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
  8. Masak seketika dan sesuaikan rasa.
  9. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.
 
Bersama hidangan nasik ni ada bulat2 tu apa? teka jom..heehee..itu kopok lekor yang dibebolakan..sedap sangat..nak resepi ke? Takyah la ek..nak jugak??
.............................................................................................................................................
mmmmmmm.......Ok..ok...


nanti suruh cik abe g tanya kat tokey kedai kopok lekor belakang rumah ni..kalo dia bagi resepi adala, kalo takde pandai2 ler korang beli..kishkishkish..

Takde tajuk..(*_*)

Update blog saje2..ingat nak boh resepi kira ni tgh ambik mood nak berblog balik macam biasa..hehehe..layan jela, order awal2 bula Febuari yang lalu. T.kasih..hasil yg agak kurang memuaskan, harap maaf kpd yang tempah semua ni jika terkurang ya..


Milky Marble Cake & Deco.Simple tempahan dari IDA utk jamuan perpisahan kat ofis beliau.



100 pcs Tart Mini Buah Peach & Brownies, tempahan dari Kak Aisah Kepong (saya agak kurang puas hati dgn hasilnya, ampon ya Kak Aisyah)


Kek Coklat Moist Simple tempahan dari rakan ofis suami saya.



50pcs Blueberry Cheesetart & Kek Coklat Moist + Edible Image tempahan dari Riza (kastemer tetap ni) t.kasih Riza


50pcs Blueberry Cheesetart anak buah yang tempah untuk makan2..


Kek Karamel (Mini Size) tempahan dari Intan. Jiran 1 kawasan ni..hehe


TQ SEMUA>>(^_^)

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...