22 Januari, 2011

KARIPAP Ole-Ole

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi Sabtu di bumi Malaysia nan indah & permai ini..hehe..Sabtu yang tetap sibuk lebih dari Sabtu yang lain..kerana harini sekolah rendah tempat anak-anak belajar ni tak cuti, sekolah ganti sempena Cuti Tahun Baru Cina akan datang. Jadi, rutin macam biasala..kenapa epal tu yang lebih2 interframe? haha..sebab rupa karipapku ngak ada cun, letak sipi2 sikit, takpela kan..hehe..


Karipap ni Ana buat dah 2 hari, konon-kononnya nak frozenkan, biar sempat seminggu ke lebih kurang pun dah cukup..tapi tak sampai sehari, keripap frozenku tinggal 10 biji je lagi, itupun sebab nak bagi anak-anak bawa bekal harini..hari-hari uli karipap, mau pitam mokcik nih..huhu..dahla tak pandai sangat, nak kelim renda-renda tu satu hal, terap ikut acuan, bila goreng, tak nampak sangat renda-renda tuh..tapi puas hati sebab sedap..


Pertama kali goreng & hidangkan, Cik Abe dengan selamba berkata.."ini barula karipap.." haha..selama ni buat karipap tak ngam dengan tekak..biar rupa tidak sejelita mana pun, rasa tu yang mebeeleeeesss..Inti pulak Ana buat guna adunan sendiri..rasanya cukup ngam le, bagi tekak kami anak-beranak, spe2 nak cuba dipersilakanlah..hehe

Maklum, resepi kulit tu tokey jual karipap yang bagi, tentulah meletop kan..terima kasih kak Badariah, biarpun berniaga, tapi tak lokek letak sekali resepinya..dah sejuk pun kulit karipap tu tak liat..

Resepi Kulit karipap

Bahan-bahannya :
  • 500gm tepung gandum
  • 400ml air putih dari peti sejuk di campurkan sedikit garam
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu planta
  • 1 sudu shortening
Caranya:
  • Panaskan minyak masak & planta hingga mendidih..
  • Masukkan tepung dalam mangkuk & curahkan minyak panas tadi & sebatikan..
  • Masukkan air sambil di uli sampai doh sebati & x melekat di tangan..( sekira melekat sambil uli ambil tepung sapu di tgn & campakkan dalam doh..uli sampai licin )
  • Rehatkan adunan selama 5 minit..
  • Bolehlah terap doh tadi...guna acuan karipap & masukkan inti...
  • Dah siap leh goreng...& sekiranya inginkan dijadikan frozen food..gorengkan ia sekejap saja...

Inti Karipap
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :
  • 500 gm ubi kentang/keledek - dipotong dadu
  • 180gm daging/ayam - dikisar
  • 100gm bawang besar - dikisar
  • 25 gm serbuk kari
  • secukup garam
  • sedikit daun kari - dicincang halus
  • sedikit air secukupnya 

Cara-cara :
  • Tumis bawang kisar, serbuk kari & daun kari, kacau sehingga naik bau.
  • Masukkan daging/ayam kisar, gaul sebati,biar sehingga daging/ayam garing, kalau tak garing, inti jadi tak sedap.
  • Masukkan sedikit air (sikit je, terlebih kang lembik pulak kentang/keledek tuh).
  • Biar sehingga empuk.
  • Masukkan garam, kacau lagi sehingga airnya kering & kentang serta daging/yam benar2 empuk.
  • Angkat & sejukkan. bolehla diguna.


21 Januari, 2011

TEMPE SIRA BERMADU

Kudapan sihat & istimewa untuk anak-anak..ibu bapak yang bukan kategori anak-anak pun buleh je join semulut 2..sedap, rasanya ala-ala kuih bepang..kenal tak? ala yang kacang tanah tu...Ana ambil resepi ni kat Majalah Keluarga Februari 2011, Tempe Sira Manis, kita tukar nama sikit..kira baru keluarle buku ni..


Dikongsikan pula kat sini, sesiapa yang nak cuba bolehla buat, anak-anak pasti suka, lagipun snek sihat ni kan..

Resepi TEMPE SIRA BERMADU:
Bahan-Bahan
  • 2 keping tempe (potong kiub)
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan madu..Ana guna madu asli
  • 2 sudu mkan sos cili
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • garam secukup rasa

Cara-cara :
  • Bawang ditumbuk halus
  • Goreng tempe hingga garing, ketepikan.
  • Tumis bawang yang ditumbuk sehingga garing.
  • Kemudian masukkan sos cili, gula dan madu. Biarkan sehingga likat, kacau selalu.
  • Kemudian masukkan tempe & garam, gaul mesra. Jgn lama sangat, nanti hangit..
  • Angkat & hidangkan.

JOM BERKENALAN...

1 hari tak buka blog...hmm ada yang 'ngetag' nak berkenalan la...haha..2 lak tu..kira Ana jawab skali harung le  Kak Nor & Kak Yus yer...kak Nor ada bagi bunga sekali tu, kak Yus takde ke nakbagi kek keju ke..hehe..terima kasih buat akak-akak berdua ni yer..meh kita berkenalan..



Apakah status anda?
Status: sudah bersuami..haha..ye, Ana adalah seorang suri bagi suami terchenta, permata hati kepada 4 cahaya mata, & bakal menyusul yang ke-5, InsyaAllah.
Sama juga dengan Kak Nor, sejak celik mata sampai nak tutup mata..kerja..kerja..kerja..bila bangun pagi ni dah berkira-kira apa nak masak tuk hari esoknya..haaa..tidur malam pun belum dah tahu apa yang akan keluar kat meja makan esoknya..hikhik
 
Ceritakan tentang diri anda?
Tentang diri? Takada apa-apa yang istimewa macam orang lain, tapi setiap insan & makhluk Allah itu tetap istimewa kan..

Ana seorang surirumah sepenuh masa yang berusia 31 tahun, title ini dah Ana pegang sejak 2 bulan selepas kahwin sehingga sekarang hampir 9 tahun usia perkahwinan. Ibu kepada 2 anak lelaki, yang sulung berumur 8 tahun, ke-2 7 tahun, ke-3 & 4 dalah perempuan masing-masing berusia 5 & 1 tahun 5 bulan, sekarang sedang hamil anak ke-5 lebih kurang 2 bulan..hehe..

Pendidikan tidaklah setinggi awan, tapi tingkat bangunan je lebih tinggi..hihi..cuma berkelulusan Sijil Ukur Tanah dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang..ada yang terkojut eh..si ibu ni pandai ukur tanah ke? hihi..dah lama tinggal ukur-mengukur ni, yang tahu & lebih pakar sekarang hanyalah ukur berapa inci periuk, ukur besar kecik loyang & kira berat tepung & bahan-bahan rempah..kihkih...

Namun, sejak ada anak-anak & sedang melalui fasa-fasa getir hidup seorang ibu di dunia yang semakin mencabar ini, Ana masih cuba untuk belajar & terus belajar ilmu yang perlu bagi mendidik & membantu anak-anak, selain mendalami ilmu kerohanian untuk santapan jiwa, juga untuk terus gagah berdiri di bumi Allah nan luas ini...

Cerita Tentang Blog Anda...
Blog ini begitu bermakna buat Ana, walaupun tidak sehebat blog rakan-rakan lain, tapi rasanya dalam ni bergema tinta tanpa suara yang menggambarkan suara hati kita kan..ada tentang perihal anak-anak, keluarga, masakan yang tah hape2 pun ada..hehe..InsyaAllah akan cuba juga menyelitkan info-info berguna untuk dikongsikan bersama
 
Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Sungguh teruja..ye..seronok sebab dapat berinteraksi tanpa suara di alam maya..macam-macam ada, ilmu masakan, ilmu kekeluargaan, ilmu teknologi...info2 sihat & sebagainya..sama-sama kita manfaatkan ye..

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog..
Tahniah jika ada yang terfikir yang nak buat blog, tetapi pandai-pandaila berinteraksi sesama rakan bloggers..jangan ada yang mencemuh & mengutuk sesama sendiri, sebarkan ilmu yang bermanfaat agar sama-sama beroleh berkat..dah buat blog jangan lupa singgah sini & bgtau ye, boleh tambah kenalan...

Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda?
Unik? Haih..takde yang uniknya, biasa-biasa jer..tp rasanya yang uniknya sebab ada gak gambar-gambar tak cantik yang Ana letak, orang lain mana ada.....kira unik le kot..kekekeke

Sampai bile hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
InsyaAllah, sampai terdaya jika diizinkan Allah & dipersetujui oleh si dia..
Impian..harapan Ana blog ini dapat menyambung silaturrahim antara kita, biarpun tidak bersua muka, tapi cukuplah bait-bait kata yang diungkapkan di dalam blog mentafsirkan isi hati kita..

Harapan juga agar tinta blog ini akn dapt di"dengari" oleh anak-anak Ana sepanjang jalan mereka, biar suatu hari nanti, mereka tahu apa yang Ummi mereka telah lalui & tahu apa yang ,mereka perlu tahu..semoga blog ini juga dapat "berbicara" bagi pihak Ummi mereka suatu hari andai usia tidak lagi dipanjangkan Allah, sekurang-kurangnya dapat juga tinggalkan sesuatu yang dapat dilihat & dibaca..

Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat..
Nak sangat-sangat kenal sesiapa yang berkunjung ke blog Ana nih, tapi syarat nak 5 je kan..sapelah gamaknya ek...sila cek nama anda...
 

Sudi-sudikan diri anda berkenalan yer....hehe

Bunga dari Kak Nor..terima kasih kak..

19 Januari, 2011

SUPER WHITE SOFT BREAD

Assalamualaikum...

Pagini tayang roti lagi..hari-hari bikin roti muka pun dah macam roti..hehe..apa nak buat, tak keluar roti kang ada yang ugut2 manja nak jual balik En.BM tuh..kekekee..tak rela u...tapi sbnrnya memang kena buat roti, sebab kalau tak buat pun dah tentu Gardenia jugak yang akan dibeli..baik buat kan..

sbnrnya roti ni warna putih tau, nampak brown sbb cahaya lampu...

Kalini Ana skodeng lagi resepi dari Ros..& bakar terus guna breadmaker, hasilnya tak cantikla (pandangan luarannya), mungkin sebb adunan tu sikit,, tak memenuhi dasar loyang BM tu, bila siap, senget-senget jadinya..tapi roti tu sedap makan sambil cicah teh'O / kopi'O panas..

Nak kongsi kat sini pula, nanti boleh cuba lagi bakar dalam sandwich loaf pan..belum beli lg..hihi..

super white soft bread..Rosjintanmanis

Bahan-bahannya :
  • 250 gram tepung roti
  • 15 gram butter ( boleh ganti dengan shortening)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 1/2 sudu kecil yis kering
  • 160 ml air suam ( ros letak 80 ml air suam, 80 ml susu segar)

( klu nak letak 1 sudu kecil bread softner atau bread improver pun boleh-tp ros tak letak)-tak letak gak

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker dan pilih menu roti putih dan tekan ON je, tunggu dan bila dah siap dibakar boleh terus dikeluarkan dari acuan dan sejukkan, potong ikut kepingan yang dikehendaki .

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit.

3. Selepas itu, perap doh selama 40 minit, kemudian tumbuk doh , keluarkan angin dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan letak dalam acuan sandwish loaf, biarkan doh naik 2 kali ganda dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang,

18 Januari, 2011

SAMBAL BELACAN ggrrrrrrrr!!!

Intai-intai resepi simple sambal untuk cicah dengan ulam salad & timun, nampak dah banyak hari Kak Rosaliza tayang, katanya resepi datang jauh nun dari Jepung..nape ada ggrrrrr?? sebab pedas yang amat bagi Ana ..hihi...sedap le sambal ni,  tambah-tambah lagi Cik Abe Ana ni dah lama benor tak makan sambal belacan, asyik2 bini dia ni hidang budu jer..huhu..bukan apa, malas nak menumbuk batu lesung tuh..kekekee..tetiba semalam terrajin lak, teringatkan dia yang dah lama request..kang biar lama-lama permintaan tak ditunaikan, jatuh derhakan lak kita nih..huwaaa..ampoonn..takmo..takmo..


gggrrrrrrrrr...*pedasss..*

 

Dapat banyak jugak ni, tambah lagi dok makan berdua je..adik & anak buah yang dok sini sebelum ni dah pindah, sorang masuk rumah sewa, sorang lagi masuk asrama..tak lama lagi habisla ank buah tu, & akan bertolak ke Jepun selama 3 tahun, kontrak kerja sambil belajar kat sana..Mara yang tanggung..bestnya..nanti nak soh dia g jumpa Hana la..heheh

kombinasi yg terpilih..ikan pekasam goreng dari Lumut..

 

Copy jela dari dapo kak Rosaliza ek...makacih kak..nah ambik sambal nih, ada belen lagi...hiiii

 

Bahan-bahan ( 4 org mkn )..(kat rumah ni 2 orang je makan..)

  • satu mangkuk kecil chili padi
  • 3-4 biji bwg merah
  • setengah genggam ikan bilis - yg dh kupas yer
  • 1-2 inci belacan
  • garam secubit
  • pak aji - klu suka. klu tk suka bleh gantikan ngan gula secubit
  • 2 sudu minyak masak
  • limau kasturi - hana xde limau kasturi so lemon jek yg ada. tp dcadangkan lagi sedap ngan limau kasturi..Ana perah air asam limau nipis jer..

 

Cara-cara

  1. Potong bwg. Chili padi belah dua (tips supaya tk meletup masa goreng)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, ikan bilis n belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.bau belacan goreng mmg sodappp....
  3. Angkat. n masukkan dlm lesung. tambahkan garam n pak aji/gula n limau kasturi yg dah dipotong2. Tumbuk limau ngan kulit2 skali. klu tk suka tk yah la.. amik jus nyer jer..
  4. ok siap! bleh la dihidang sebagai pencicah ngan ulam2an... atau ngan sayur air/bening n ikan masin...SEDAPPP!!
  5. SeLamaT MencuBe.

AMARAN : SEDIAKAN TISU / TUALA UNTUK LAP HIDUNG & MATA SEMASA MEMAKAN INI SAMBAL...!!!
 

ROTI MARBLE COKLAT

Assalamualaikum w.b.t.

Apa kabo semua yg jalan2 sini ek? Harap2 sihat hendaknya ya..Roti lagi..lagi-lagi roti..haha..bagi canle Ana pulun menu roti ni dulu buat sementara waktu ni ye..hari-hari kena buat roti, anak-anak suka makan, senang juga nak bagi diaorang bawa bekal ke sekolah, maklumla, pagi petang, kadang2 pening juga nak fikir, nak bagi bekal apa kat Adam & Akmal ni..kalau roti laju je budak-budak ni sanggup..hehe..

lembut & gebu...

Kali ni Ana cuba buat marble, adun ala-ala tocang tapi tak semuala adunan ni dimarblekan, saja nak cuba kelembutan jari jemari ini, boleh ke tidak jalin roti..haha...rasanya boleh le takat paras leher je..nak kena praktis lagi  ni..lagi??..ish..tapi dengan sepenuh hati nak bgtau, bg yang tak tahu la..sungguh lembut ini roti, kalah roti gardenia yg kita beli kat kedai..kalini Ana tak letak susu tepung, cuma uli 2 kali..bukan saja2 nak uli 2 kali tau..(kang ada yang perli lak.terlebih ghajin ke hape..) hihi..masa doh siap uli tu Ana tengah masak utk mkn mlm, jadi tkut pulak doh tu terperap lama sangat, tak sempat nak bentukkan..bantat ke hape..eh..roti ada bantat ke?..tu sape2 kena tolong jawab ye..hihi

tolong jangan ambik!!

Adunan Basic Dough Bun dari Kak Nor tu, & cara tocang tu Ana ambik kat blog Ros..selebihnya Ana buat ala-ala finger bun, cuma dalamnya ada letak inti kaya sikit, yang lain tu buat ala-ala marble le jugak finger bun tu..rupa takde cun sangat tapi cukup kembang lobang idong bila anak-anak teruja tengok..haha..adeess..

Yang tinggal sekarang cukup2 nak bagi Hannah makan (tupun seketul je tau..) yang selebihnya nak simpan utk Adam & Akmal bawa ke sekolah tengahari nanti..Ummi diaorang makan sikit2 pun takpela..hehe..

jemput sarapan..cicah air kopi susu...heee

Resepi Basic Dough Bun Kak Nor tu dah ada kat SINI, anda boleh tengok juga kat SINI..cara nak dandan roti tu boleh tengok kat SINI terima kasih buat penyumbang resepi & cara-cara diadun roti tu..hari2 selongkar dapo sifu-sifu niih...agak-agak bersepah tak? hehe...

Selamat Menjamu Selera..(",)

17 Januari, 2011

Ayeen's Craft : New Year Giveaway!!

Assalamualaikum kawan-kawan..jom ramai-ramai pakat join GA ni...hadiah menarik menanti..

  



Ana baru je kenal blog Ayeen nie, kira Ana jadi follower ke 203, tupun sebab tengok dalam blog Kak Atie..teruja nak join, nak tambah kenalan dialam maya (tupun kalau ada yang sudi..hehe)..dan tak lupa sebab teruja tengok hadiahnya..huhu..fuuuh kanan..fuuuh kiri..fuuuhhh menang..haha..boleh gituw? InsyaAllah kalau ada rezeki Ana nanti adala tu kan..Amin..

Syarat & hadiah tu anda kena tengok kat SINI...senang & mudah, semudah makan ABC kat kedai mamak jer..ngeee..tarikh tutup sehingga 20 Jan.2011..tak lama dah ni..cepat..cepat..



BUN LEMBUT OSAKA

Roti sekali lagi, bukan untuk harini yea, hari semalam punya, pagi ni sarapan roti juga tapi versi lain, kurang kiut..malah malu nak tayang..haha.. Resepi ni ambik kat blog Ros..t.kasih Ros..banyak resepi kat blog Ros & juga kawan-kawan lain yang menanti giliran untuk dicuba..hehe...maklum takyah pk nak keraskan lengan kan..kalau tak mau demam2 nak sudahkan sebuku roti ni..haha..salute le kat kawan-kawan yang berjaya menghasilkan roti walaupun tanpa alat BM tu, pakai tangan pun dah cantik & terlebih cun dari yg Ana buat..

bakar dalam loyang petak
Ada lebihan kastard resepi dari Kak Nor kelmarin, Ana paipkan atasnya, macam sebelum ni jugakla, ala-ala tergaring sikit, tapi anak-anak suka makan cicah krim/kaya buatan ayahnya..(nanti akan dikongsikan resepi kaya Incik Hubby Ana nanti yer..)

lembut dalamnya, abaikan permukaan atasnya tuh...hehe
 
Bun Lembut Osaka
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( Untuk Doh)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 2sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti) 
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam

untuk gliss
  • baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux,
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
  • masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

16 Januari, 2011

BLUEBERRY & KASTARD FINGER BUN

Akhirnya berjaya juga keluarkan menu roti kat dapo nih..hari2 tgk kawan2 dok meroti je, mana boleh tahan...kita pun buatle jugak..itupun dengan bantuan Incik BM..hihi..jutaan terima kasih buat En.Hubby yang sudi belikan, gara-gara Pn.Bini dia ni gian nak buat roti sendiri..haahaa...tapi kan, roti ni buat hari Sabtu pagi, bila malam kena masak yang lain sebab dah habis..

baru keluar tempat pembakarannya...
  
Takdela cun melecun sangat macam Kak Nor buat, nipun dah terlebih bakar kot, gelap je kat atasnya..hihi..roti tu rasanya dah ok, cuma kastard tu bila masak ianya jadi gelap, macam hangus sikit, nape ek?

sebelum terbakar...
Masa tengah naikkan doh tadi, nampak Kak Nor buat ala-ala marble & letak coklat chips..kita pun tirule, ada rupa tak? kurang berseni jari jemari ni...

marble & coklat chips
Izinkan Ana simpan resepi kat sini lak ye Kak Nor, kena buat lagi & lagi ni, boleh anak-anak bawa bekal ke sekolah..

BLUEBERRY FINGER BUN
Sumber : Kak Nor
doh:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

topping:
  1. blueberry filling (diblend halus)
  2. kastard

Topping kastard:
1 cawan susu fresh
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
~~
campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
kacau supaya tidak berketul/hangus
masak hingga sedikit pekat
padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan

Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  11. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  12. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  13. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  14. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  15. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
  16. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  17. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no 8 dan seterusnya.

Water Roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
  1. 50gm tepung gandum
  2. 250ml air
Cara :
  1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
  2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
  3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
  4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
  5. Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.
Sekian, terima kasih penyumbang resepi..:)

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...