30 Oktober, 2010

CUCUR BILIS LEMBUT

Assalamualaikum....sejuknya pagi ni, hujan..Alhamdulillah dah lama tak hujan ni..

Hujan pagi2 ni sedap kan kunyah cekodok? Hehehee..Ana buat cucur untuk makan2 sebelum makan tengahari nanti, bolehla buat alas perut..Pagi2 tadi cari resepi yang mudah & bahan2 ringkas, terjumpa kat blog Kak Noraini..nampak cam senang je kan, memang pun...jom kita buat sama-sama..hiiii


Ana cicah dengan sos cili je, tak sempat nak buat sambal kicap tu..(malas kot) heee..goreng garing2 sikit, Alhamdulillah saat & ketika ini dahpun habis..:))

(terima kasih ye kak)

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air panas
  • sedikit air paip, jika perlu
  • sedikit hirisan bawang merah
  • sedikit ikan bilis, ditumbuk
  • sedikit garam
  • 2 cawan minyak, untuk menggoreng
Cara Membuatnya :
  • Satukan tepung, garam, bawang dan bilis ke dalam sebuah mangkuk.
  • Tuangkan air panas dan gaul hingga basah. Jika kurang basah, tambah sedikit air paip.
  • Adunan menjadi seakan berketul dan 1/2 masak.
  • Bulat-bulatkan adunan kecil-kecil. *Ana ceduk guna sudu je
  • Panaskan minyak dan masukkan cucur. Goreng hingga kekuningan.
  • Angkat dan toskan.

Sambal Kicap:
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar kicap pekat
Cara Membuatnya: (tak buat)
  • Tumbuk bawang putih, cili padi dan gula hingga lumat.
  • Masukkan kicap dan gaul sebati. Hidangkan bersama cucur bilis.

29 Oktober, 2010

AYAM GORENG HERBA

Menu semalam ni...haa dah tentu takde kan...dah ramai yang cuba buat nih, kira tengah panas2 lagi la resepi ni kan..Ana dok ngendap dapo Kak Nor..eii..kalau masuk dapo Kak Nor rasa nak je tido kat situ, melayan mata dgn gambar2 yg melelehkan air liur...hiii
Ana buat separuh ekor ayam je, & tambah cili macam kak Nor, dah tu nampak pulak daun kari..(kita ni tanam pokok kari dlm pasu tau..), tambah la jugak dlm tu...baunya...hmmmm...agak-agakla yea..

copy : kak nor
sumber: Suzi
sumber: Ina@Hana

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil
  • sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan tumis:
  • 3 ulas bawang merah india*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai*
  • 2 sm halia*
  • 1 sudu teh jintan manis*
  • 1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya.
  • cili padi ~ dihiris (ni k.nor tambah)
  • 1 sudu besar jus limau nipis ~ juga k.nor tambah..*tak letak
  • setangkai daun kari..saja2 letak

bahan * dikisar.

Cara Memasak:
  • Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
  • Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis/kisar hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Angkat dan hidang

NASI LEMAK PANDAN

Assalamualaikum..meh meh sarapan..ada lagi nasik ijau nih...
Saja nak try tengok apa komen2 rakyat jelata dalam rumah ni, tetiba keluar sarapan warna hijau nyaman pagi-pagi..heeee..terkulat2 gak Adam & Akmal nak telan nasi pagi-pagi, masa hidang tu Akmal yg lebih2 terkejut & awal2 lagi dah jerit.."Taknak nasik warna hijau tu..."  Haih!! Kena paksa gak makan, aiii..siap tambah lak lepas tuh...huhu...adooo jee..


Nape lak makan nasi lemak dengan tomato? Ulam timun takde stok..eheee...taram jelah..ni kalau ada bilis goreng & kacang tanah goreng lagi sedap kan...
Nasi Lemak Pandan
Ana copy dari Mas yea..Mas lak copy dari Hana

Bahan-bahan :
  • Beras
  • Air pandan secukupnyer (blend daun pandan dan tapis).*Ana guna perisa pandan je
  • Santan pekat
  • Garam
  • 1 ketul kecil gula batu - Mas tambah tok menyedapkan nasi...*Ana tak boh
  • Halba.*Ana tak letak..lupo..
  • Halia
  • Daun Pandan - simpul
  • Pandan emulco @ pewarna ijo + sedikit air (utk renjis)
 
Cara-cara :

  • Basuh beras bersih. Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
  • Masukkan sekali garam, halba, gula batu, halia dan juga daun pandan. Jika kaler ijo kurang menarik, boleh tambah ngan sedikit pandan emulco @ pewarna ijo yer!
  • Masukkan rice cooker dan masak hingga beberapa minit nak tanak.
  • Lagi beberapa minit nak tanak tuh, ambil sedikit pandan emulco @ pewarna ijau. Campurkan dengan sedikit air (kaler ijo yg ni bior lg pekat dr warna nasik td yer) dan renjis2kan ke atas nasik. jgn gaul dulu. tutup smula periuk dan tanak hingga masak.
  • Dah masak baru gaulkan. so nampak la nasi lemak anda warna ijo yg cantik! heeeee... Selamat mencube!! :)..((Itu suara Hana yg cakap ijo tuh..hee...))
  •  Errr..cantik ke Ana buat tu?? hiiii 

Sambal tumis tu pandai2la buat yea..hiii

28 Oktober, 2010

MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES..again!!

Assalamualaikum & Selamat Petang..

Brownies ni Ana buat 2 hari lepas, kebetulan anak-anak tak sihat, ingatkan diaorang dah taknak makan nasi, nak ler makan kek ke apa..tapi semua benda taknak makan...sudahnya bermalamla dalam peti ais dulu, biasa kalau buat kek yg warna coklat ni tak sempat bermalam dah licin...heeee..nak tgk yg sblm ni ada kat sini


Ada pula lebihan cream cheese untuk topping atas Heavenly Carrot Cake haritu, tersimpan dalam peti & masih blh digunakan, Ana paipkan atas tu, konon2nya nak deco ala-ala bunga le, tapi tak nampak bayang bunga pun...huhu..tak pandai nak guna nozzle, tu pun baru je hari Ahad lepas beli, nak gak blajor...ada sape2 leh ajarkan tak??? Terima kasih..heeee

Resepi sekali lg Ana copykan kat sini...

copy : Kak Maz
Sumber Resipi : Kak Liza FP @ Chef Hanieliza
 
Bahan-bahan
 
Bahan A
  • 1 cawan butter cair - maz guna minyak masak canoli*Ana guna minyak masak biasa je..
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas - maz bancuh dengan 1/2 sudu kecil nescafe*Ana boh 1sk esen kopi..
  • 2 sudu besar sunquick orange - ni maz tambah sendiri
  • 2 cawan gula perang
Bahan B (kacau rata) -*Ana kacau ngan garfu jer..nak cepat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C [ayakkan]
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara :
  • Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
  • Kacau bahan A supaya sebati.
  • Masukkan bahan B dan kacau rata.Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  • Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.*Maaf..Ana tak lapik pun, griskan je..
  • Bakar selama 45 - 50 minit. - maz bakar 30 minit dengan suhu 150 C, sbb loyang cutter nipis je..jadi kek cpat masak..ni oven maz la ye..
  • Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping

1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan

*Ana griskan loyang dgn mentega, bila potong segi 4 tu angkat & hidangkan, brownies elok je tak hancur...

CUCUR NASI IKAN BILIS

Salam Pagi..Alhamdulillah hari ni anak Ana, ADAM tu dah boleh ke sekolah, DAMIA pun dah elok sikit, HANNAH je yang masih menyambung kisah tak sihat tu..hiii...merengek je..AKMAL ceria je pagi tadi sebelum ke tadika, InsyaAllah anak2 ummi terus diberi kekuatan & kesihatan sepanjang masa..

Sarapan apa pagi nih? Haaa...meh makan cekodok@cucur ni, ada lebihan nasi, buat cucur...kalau banyak boleh gak buat nasi goreng pattaya tu kan Mas?? hihi..


Garing diluar, rangup di dalamnya..uuii..macam makan keropok pun ada..hehe...tapi nampak org buat elok je membulat, cucur yang Ana buat ni takdela bulat2 sgt, melepek skt..hihi..tapi takpe, tetap sedap..

Dah ramai yg buat cucur ni, Ana copy dari blog tuan empunya resepi ek..Kak Yati...t.kasih kak...kirim salam kat mak akak yg bg resepi ni yea..

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
 
SAPE DAH BUAT?? Izah..Mat Gebu..Mas..(baru tadi nampak) & ramai lagila..heee

27 Oktober, 2010

ANAK-ANAK DEMAM.. : ((

Assalamualaikum

Hajat dihati nak masukkan sedikit N3 masak2 yang dah buat semalam dan juga harini, tapi memandangkan anak Ana tak sihat, 3 sekaligus lak tu, Akmal je yang bertahan, Alhamdulillah..Budak2 kalau dah demam ni tahu2 ajelah, si kecik Hannah ni merengek je, itu tak kena, ini tak kena, kena kendong je sejak pagi tadi..lomah lutut den..hahaa..

Untuk Adam & Damia, nak minum susu & air kosong dah tak lalu, Damia tu muntah je..kenala minum air isotonik ni...Umminya pun kena minum ni, kena tambah tenaga sebab menjaga budak2 kan perlu tenaga yg lebih..kikikiii...(saje je kan?)

isotonik..ubat kuat??? ngeee..
Macam biasa gakla, kalau pasal demam ni banyakla ubat2tan yang harus diambil...kita yg nengok ni tak lalu...heheeee...dan Ana cuba buat ikut saranan Cik Abe Ana, air isotonik tu dibancuh dengan sedikit susu pekat..bila minum rasa macam minum air kelapa..sedap gak..

isotonik + susu pekat = sedap...heee
Adam terpaksa cuti dari sekolah walaupun sekarang ni tengah xzam akhir tahun, dah mintak dgn cikgunya untuk tangguhkan paper yg dia tak dapat datang tu...harap2 esok anak2 ummi sembuhlah yea..InsyaAllah..

Terima kasih buat teman2 yang mendoakan kesihatan anak-anak kami...Semoga Allah merahmati kita semua..Amin..

26 Oktober, 2010

CUCUR KEMBUNG DALAM KUAH PECAL

 Assalamualaikum....

Sarapan apa pagi ni? Kami sarapan bihun simple jela, pastu petang semalam ada bancuh cucur bilis kembung ni, buat kunyah2 sebelum makan malam, ada lebihan, Ana simpan dalam peti ais, pagi masih elok lagi, gorengla buat sarapan...



Tapi kali ni kita buat cucur & makan dengan kuah pecal, belek2 ada lagi kuah pecal segera yang masih berbaki, bancuh je dengan air panas & makan....SEDAP weh!!

Resepinya dah ada untuk cucur bilis kembung tu, kuah pecalnya Ana beli yang segera je...harap maklum..heeee

Rasa macam makan rojak lak, tapi yang BEST sangat sebab dalam kuah pecal tu kan ada daun cekur..alalalalaaa baunya cukup HARUM...tryle...buat sendiri yea...hihiiii

25 Oktober, 2010

HEAVENLY CARROT CAKE

Ada sape2 suka kek carrot? Uii...nak2 yang bertopping cheese tu kan..Nih nak tayang semata-mata, memang takde bayang dah kat dapo ni..huhuuu

Nama yang cukup indah..ehem...sebelum ni pernah buat tapi tak buat topping cream cheese tu, makan gitu je, kali ni bila adik yang tanya ada kek tak nak bawak g rumah kawan dia, kita pun dgn senang hatinya buat sesuatu konon2 nak memenuhi permintaan..hahah..permintaan perut sendiri le lebih kurangnya,


Nak membuatnya mudah tu yang Ana terpk nak buat kek ni je, sebab hari dah lewat...Bila dah bertopping tu teringin lak nak hias2 dengan tangan keras nih, belek2 blog Kak Nor ternampak dia hias simple tapi cantikla & Ana pon dengan sengaja tiru la lebih kurang...heeehhheee...tapi apakan daya, dah tangan takde seni, & alatan yg terhad, sekali tunjuk kat Cik Abe Ana dia cakap..."Macam Bantal je..." hiiii...korang tgk ada rupa bantal ke ek??



Apa2pun kek yang indah namanya ni dah selamat dah pun, takyah mintakla sebesar kelingking pun memang dah takde...maap yer...

Copy : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung  *ANA guna minyak masak
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar *Tak letak sbb takde
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang..*Ana boh kacang badam yg dah siap cincang
Ana tambah sedikit kismis di cincang kasar


BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...


CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi...

CATATAN ANA :-
HIASAN :
**Ada lebihan cream cheese tu Ana tambahkan gula icing yang diayak serta pewarna kuning & putar lagi bagi sebati, adunan tu akan jadi lebih kental & boleh dipaipkan diatas kek...*TIRU ALA2 KAK NOR*.t.kasih kak Nor..:))

**Selepas sapu cream cheese, Ana taburkan kelapa kering meliputi permukaan kek & cream td, ala-ala salju gitu...heeee

CUCUR BILIS KEMBUNG

Assalamualaikum

Sarapan apa pagi ni yea? Ada yang buat cucur kembung ke? hihiii....

Ni nak tayang je, bukan menu sarapan pagi ni, semalam pun bukan tapi menu sampingan malam kelmarin, kebetulan ada anak saudara nak datang, kuih lain pun takde, jadi sempatla buat cucur yang best nih...


Cucur ni memang lembut la, budak2 takde gg pon blh makan dengan senang hati...Tapi masa buat cucur ni takde sayur mayurla, kalau boh pon sah2 budak2 ni campak tepi je..silap2 kita yang kena kutip atas lantai...nyusah je kan...

Copy from Izah...Ana ada jugak nampak kat sini pun dah buat...
Sumber asal : Myresipi


CUCUR IKAN BILIS KEMBUNG

300 gm tepung gandum
1 sudu kecil mauripan
1 biji telur
1/2 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar
1 1/2 cawan air- saya kurangkan sedikit
2 pokok daun bawang
daun kucai - saya tambah
taugeh- jika suka
garam, serbuk kunyit

Caranya:

  1. blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
  2. gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
  3. jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...