13 Oktober, 2010

Moist Orange Mocha Brownies

السلام عليكم

Apa citer yea kawan2? Sejak petang kelmarin sampailah malam tadi Ana tak dapat online..internet yang membuatkan darahku mendidih ni buat hal lak..geram betul, bila telefon Telekom tu dia tanya macam2 sudahnya takde apa2 pon, mula2 operator tu jawab..

"Maaf, kami tidak dapat melayan panggilan anda buat masa ini..." pastu dia kata lagi...ini yang menggelegak rasa darah ni.."Kami mengalami gangguan internet di Pantai Timur kerana kerja2 menaik taraf.." 

hohohoooo....kami ni kat area Majlis Bandaraya ...................Selangor Darul Ehsan tau bukan dok Pantai Timur...apa2lah, nak marah pon tak guna gak... baik kita layan gambo kat bawah ni..hihi..takde kaitan ngan Telekom yea gambo nih..


Brownies yang lembut & senang nak buat..Ana buat pun tergesa2 hari Ahad lepas, pagi masa tengah beli barang2 dapur tu ada saudara dari Negeri Sembilan bgtau nak singgah rumah, bila balik rumah dah petang, cepat2 buat brownies ni, siap setengah jam sebelum tetamu sampai, cepat2 tuang coklat & masuk petiais, tak sampai 10 minit tetamu sampai...hihi..
Feedback yang Ana dapat ialah..Sedapla...mintak resepi..pastu ada belen dia angkut bawak balik..huhu...sempatla Ana rasa sikit, memang lembut macam kek kukus pun ada..Ana panjang2kan kat sini yea kak Maz..terima kasih..

copy : Kak Maz
Sumber Resipi : Kak Liza FP @ Chef Hanieliza
 
Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 cawan butter cair - maz guna minyak masak canoli*Ana guna minyak masak biasa je..
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas - maz bancuh dengan 1/2 sudu kecil nescafe*Ana boh 1sk esen kopi..
  • 2 sudu besar sunquick orange - ni maz tambah sendiri
  • 2 cawan gula perang
Bahan B (kacau rata) - maz guna wisk*Ana kacau ngan garfu jer..nak cepat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C [ayakkan]
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara :
  • Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
  • Kacau bahan A supaya sebati.
  • Masukkan bahan B dan kacau rata.Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  • Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.*Maaf..Ana tak lapik pun, griskan je..
  • Bakar selama 45 - 50 minit. - maz bakar 30 minit dengan suhu 150 C, sbb loyang cutter nipis je..jadi kek cpat masak..ni oven maz la ye..
  • Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping

1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan

*Ana griskan loyang dgn mentega, bila potong segi 4 tu angkat & hidangkan, brownies elok je tak hancur... 

*Izah...daku mohon ampun maaf yer....dah edit dah...

3 ulasan:

izahdaut berkata...

ni yang tak leh tahan ni..baru plan nak buat petang ni, cik anna qawina kite dah buat..esok2 jangan terbelahak lagik sudah..hehehe

Anna Qawina berkata...

heheh..kalo namaku disebut2 lagi kompom terbelahak gakla..
buat le Izah..kita pon kena wat lagi sbb ank2 tak sempat kendurikan brownies haritu...hihi...

Mas berkata...

tergodanya tengok kek coklat ni, dah sah2 sedappp...nak juga sikitt...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...