Isnin, 11 Oktober 2010

BINGKA JAGUNG


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Pagi ni anak kecik Ana kurang sihat, jadi nak masukkan n3 ni jap pastu kena 'out' & dok melekat ngan Hannah jela...kalau ada kawan2 yang komen & tak berjawab Ana mohon maaf yea..akan dijawab bila dah online balik...

Bingka ni Ana nampak dari dapur CT(maaf tak boleh nak link..tak tahu nape..)..nampak bingka akak tu berkerak elok je tapi bingka Ana buat takde lak kerak2 tu..nak bakar lagi lama takut hangus lak..hihi.


Ana buat bingka untuk sarapan semalam, dah siap sarapan terus keluar hantar adik nak balik kampung naik bas kat Hentian Putra, pastu terus g Mydin beli barang dapo...tengah syok membeli belah sepupu telefon cakap nak datang jalan kat rumah...bolehla hidang bingka yang masih banyak ni..(banyak sebab anak2 tak suka...) sambil2 tu sempat juga Ana buat brownies mocha resepi Kak Maz..nantilah nak ambik gambar pastu tepek kat sini bila dah lapang nanti...


Resepinya : copy from Hanieliza's Cooking.terima kasih kak...

Bahan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 biji telur ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 1 tin jagung krim dalam tin..*Ana blend sekejap,
  • 3/4 cawan gula
  • 3 s/b butter/majerin cair

Cara
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang. 


Senang sangat kan...Makcik Ana yg datang petang semalam siap mintak bawa balik lagi..hihi...kuih kegemaran orang dewasa ni...Ok..Wassalam..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...