11 Oktober, 2010

SOFT MARBLE CAKE

Assalamualaikum

Kek yang buat hari Jumaat, hajatnya nak kirimkan buat bonda sebab adik nak balik hari Jumaat tu katanya, pastu tak jadi lak, haa pelagi ngap sendiri le..wat minum petang bersambung sampai ke malam. Yelah tak habis sekali makan, besar sungguh kejadian kek ni..hahaa...


Betul kata Mas.. sedap & soft...lembut sesuai ngan namanya..kalau nak ambil hati mertua bolehla buat kek ni..heeee


Soft Marble Cake..Mas
Sumber : Kak Ummi 

Bahan :- ( loyang 10 x 7 x3 / 20 - 23 cm )


  • 270 gm mentega
  • 250 gm gula kastor
  • 260 gm tepung gandum
  • 1 camt baking powder
  • 6 biji telor
  • 2 camb. susu pekat manis (condensed milk)
  • 1 camb ovalette
  • 1 camb air
  • 1 camt esen vanila
  • 10 gm serbuk koko
  • 1 camt chocolate emulco (optional - bagus untuk mendptkan warna lebih gelap)*Ana tak letak sbb takde
Cara-Cara:-
  1. Griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20 - 23 cm springform. Ketepikan.
  2. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan ketepikan.
  3. Satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula, adunan tidak jatuh). Ketepikan.
  4. Kemudian dalam bekas lain, satukan telor, ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata.
  5. Masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4. kacau rata.
  6. Keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin dan 1 senduk adunan cokelat. 
  8. Ulangi sehingga habis adunan.
  9. Ambil chopstick dan buatkan bentuk marble.
  10. Kemudian bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing).
  11. Setelah masak, padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 minit.
  12. Selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk baru dipotong.
Nota Mas: Sedap, lembut dan senang nak buat...*Betul..betul..betul..hihi...




2 ulasan:

Mas berkata...

nota kat bawah tu untuk maz ke mas, he..he..tertanya2 ni...
betul tu ana, sedap sangat kek ni, mertua mas suka sangat kek ni...boleh buat untuk ambik ati mertua...he..he..

Anna Qawina berkata...

eh..haha...nanti ku edit naaa...
hang pandai bodek mertua ni....mertua Ana dah takde, tinggal pak mertua je, bkn suka mkn kek pon...kek pisang dia sukala...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...