Khamis, 14 Oktober 2010

SAMBAL GORENG UDANG KERING

السلام عليكم


Tak tahu nak taip apa, mata rasa ngantuk je, tapi nak siapkan menu makan malam kena paksa gak mata celik, hihi, maka terkeluarlah sambal ringkas ni, resepinya dapat dari majalah tahun bila tah, cam biasala, salin2 resepi sampai adakalanya bertahun2, akhirnya tak buat2 jugak..kekekee.."rajin" yang teramat...bila Cik Abe Ana tegur.."Aik..hari2 salin resepi, tapi lauk sama je masak..." ahaks...mulala kita ni tersipu ala2 manja gitu...


Resepi ni mudah sesangat ler...takyah buat lauk lain pon dah boleh makan nasi, ye dok? Kalau tak caya try buat sendiri, yang ada ni tuan rumah nak simpan untuk hidangan berdua sama Cik Abe..hahaha...*HUH..ada yang tensen ke baca nih??* Layaaannnn...

Bahan-bahan : 
  • 200 gm udang kering - ditumbuk kasar
  • 1 labu bawang besar - dimayang bulat 
  • 10 tangkai cili merah -tumbuk lumat..*Ana guna cili api & sdkt cili kering
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara :
  • Campurkan semua bahan diatas kecuali minyak & gaul2 rata. Ketepikan.
  • Panaskan minyak & tumis kesemua bahan yang digaul tadi.
  • Kacau sehingga bahan tadi masak & garing.
  • Angkat & hidangkan..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...