Isnin, 25 Oktober 2010

HEAVENLY CARROT CAKE

Ada sape2 suka kek carrot? Uii...nak2 yang bertopping cheese tu kan..Nih nak tayang semata-mata, memang takde bayang dah kat dapo ni..huhuuu

Nama yang cukup indah..ehem...sebelum ni pernah buat tapi tak buat topping cream cheese tu, makan gitu je, kali ni bila adik yang tanya ada kek tak nak bawak g rumah kawan dia, kita pun dgn senang hatinya buat sesuatu konon2 nak memenuhi permintaan..hahah..permintaan perut sendiri le lebih kurangnya,


Nak membuatnya mudah tu yang Ana terpk nak buat kek ni je, sebab hari dah lewat...Bila dah bertopping tu teringin lak nak hias2 dengan tangan keras nih, belek2 blog Kak Nor ternampak dia hias simple tapi cantikla & Ana pon dengan sengaja tiru la lebih kurang...heeehhheee...tapi apakan daya, dah tangan takde seni, & alatan yg terhad, sekali tunjuk kat Cik Abe Ana dia cakap..."Macam Bantal je..." hiiii...korang tgk ada rupa bantal ke ek??



Apa2pun kek yang indah namanya ni dah selamat dah pun, takyah mintakla sebesar kelingking pun memang dah takde...maap yer...

Copy : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung  *ANA guna minyak masak
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar *Tak letak sbb takde
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang..*Ana boh kacang badam yg dah siap cincang
Ana tambah sedikit kismis di cincang kasar


BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...


CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi...

CATATAN ANA :-
HIASAN :
**Ada lebihan cream cheese tu Ana tambahkan gula icing yang diayak serta pewarna kuning & putar lagi bagi sebati, adunan tu akan jadi lebih kental & boleh dipaipkan diatas kek...*TIRU ALA2 KAK NOR*.t.kasih kak Nor..:))

**Selepas sapu cream cheese, Ana taburkan kelapa kering meliputi permukaan kek & cream td, ala-ala salju gitu...heeee

5 ulasan:

Noriz berkata...

menggiurkan sungguh cake ni...
kak, mana nak cari kelapa kering?
pastu...walnut tu mentah ke dibakar/sangai dulu?
last...apa mksud telur gred A? saiz beso tu ke?

mekasih yea :)

Anna Qawina berkata...

noriz : a'ah sedap tau kek ni, mkn kek smabil kunyah segala benda yg ada kat dalam tu..hehe

-kelapa kering tu = desired coconut ada jual kat supermarket/kedai bakery..kalau takde jugak sangai jela kelapa parut bg garing sikit..boleh je..
-walnut tu akak bakar/sangai jap, kang bila masak takdelak kita nak kunyah tu rasa mentah lak kan..kejap je, jgn hangit lak
-telur A tu dlm lingkungan 60gm sebiji, biasa kita bli telur dia tulis gak kat situ brp grm kn..ada gak telur lebih bsr gred AA..tu bsr sgt..kalau gred B/C gunala 3 biji..ok je..

harap puas hati..

Noriz berkata...

thanx ye kak...
nak try la...tpi nak tanya lagi..
sorry, sya ni mmg slow sket bab masak2 ni...huhu

esen vanilla tu sama ke dgn perasa vanilla?

berapa kg dapat utk satu adunan ni?

mekasih ;)

Anna Qawina berkata...

takpe...selaagi blh jawab akak jawab..

kdg2 stgh kedai tulis esen, kdg ada gak perasa..ada stgh tu ekstrak vanila..yg ekstrak tu pure la..jrg benar org beli..hehe..

biasa akak guna esen vanila..perasa dia agak cair tak silap akak la..kalau ada yg mana2 tu guna je..just tuk hilangkan bau telur, tp kek ni penuh & sarat dgn bhn2 mcm tu, takde hanyir telur kan..boleh je guna mana2..

akak pun dah lupa brp kg dapat..tp kalau sekali dgn topping cheese tu 1 kg lebih la..lbh krg..:)

cuba buat dulu, baru tahu..pastu anto sini sikit..hehe

Noriz berkata...

salam...
tak sempat lagi sya nak uat kak...huhu

tak yakin pun ada...

dan ada soalan lagi...hehe...
itu suhu kalau guna oven...tpi klu guna microwave camana?

tak reti la...takut betul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...