Rabu, 27 Oktober 2010

ANAK-ANAK DEMAM.. : ((

Assalamualaikum

Hajat dihati nak masukkan sedikit N3 masak2 yang dah buat semalam dan juga harini, tapi memandangkan anak Ana tak sihat, 3 sekaligus lak tu, Akmal je yang bertahan, Alhamdulillah..Budak2 kalau dah demam ni tahu2 ajelah, si kecik Hannah ni merengek je, itu tak kena, ini tak kena, kena kendong je sejak pagi tadi..lomah lutut den..hahaa..

Untuk Adam & Damia, nak minum susu & air kosong dah tak lalu, Damia tu muntah je..kenala minum air isotonik ni...Umminya pun kena minum ni, kena tambah tenaga sebab menjaga budak2 kan perlu tenaga yg lebih..kikikiii...(saje je kan?)

isotonik..ubat kuat??? ngeee..
Macam biasa gakla, kalau pasal demam ni banyakla ubat2tan yang harus diambil...kita yg nengok ni tak lalu...heheeee...dan Ana cuba buat ikut saranan Cik Abe Ana, air isotonik tu dibancuh dengan sedikit susu pekat..bila minum rasa macam minum air kelapa..sedap gak..

isotonik + susu pekat = sedap...heee
Adam terpaksa cuti dari sekolah walaupun sekarang ni tengah xzam akhir tahun, dah mintak dgn cikgunya untuk tangguhkan paper yg dia tak dapat datang tu...harap2 esok anak2 ummi sembuhlah yea..InsyaAllah..

Terima kasih buat teman2 yang mendoakan kesihatan anak-anak kami...Semoga Allah merahmati kita semua..Amin..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...