Jumaat, 29 Oktober 2010

NASI LEMAK PANDAN

Assalamualaikum..meh meh sarapan..ada lagi nasik ijau nih...
Saja nak try tengok apa komen2 rakyat jelata dalam rumah ni, tetiba keluar sarapan warna hijau nyaman pagi-pagi..heeee..terkulat2 gak Adam & Akmal nak telan nasi pagi-pagi, masa hidang tu Akmal yg lebih2 terkejut & awal2 lagi dah jerit.."Taknak nasik warna hijau tu..."  Haih!! Kena paksa gak makan, aiii..siap tambah lak lepas tuh...huhu...adooo jee..


Nape lak makan nasi lemak dengan tomato? Ulam timun takde stok..eheee...taram jelah..ni kalau ada bilis goreng & kacang tanah goreng lagi sedap kan...
Nasi Lemak Pandan
Ana copy dari Mas yea..Mas lak copy dari Hana

Bahan-bahan :
  • Beras
  • Air pandan secukupnyer (blend daun pandan dan tapis).*Ana guna perisa pandan je
  • Santan pekat
  • Garam
  • 1 ketul kecil gula batu - Mas tambah tok menyedapkan nasi...*Ana tak boh
  • Halba.*Ana tak letak..lupo..
  • Halia
  • Daun Pandan - simpul
  • Pandan emulco @ pewarna ijo + sedikit air (utk renjis)
 
Cara-cara :

  • Basuh beras bersih. Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
  • Masukkan sekali garam, halba, gula batu, halia dan juga daun pandan. Jika kaler ijo kurang menarik, boleh tambah ngan sedikit pandan emulco @ pewarna ijo yer!
  • Masukkan rice cooker dan masak hingga beberapa minit nak tanak.
  • Lagi beberapa minit nak tanak tuh, ambil sedikit pandan emulco @ pewarna ijau. Campurkan dengan sedikit air (kaler ijo yg ni bior lg pekat dr warna nasik td yer) dan renjis2kan ke atas nasik. jgn gaul dulu. tutup smula periuk dan tanak hingga masak.
  • Dah masak baru gaulkan. so nampak la nasi lemak anda warna ijo yg cantik! heeeee... Selamat mencube!! :)..((Itu suara Hana yg cakap ijo tuh..hee...))
  •  Errr..cantik ke Ana buat tu?? hiiii 

Sambal tumis tu pandai2la buat yea..hiii

4 ulasan:

izahdaut berkata...

sedapnya makan nasi ijo ni..pernah jugak buat, hubby kata aroma santan hilang dek wangi pandan tu kan... tapi sedap wangiiiii.... nanti kalau nak buat lagi nak bagitau dia, ni nasi pandan, tak mo cakap nasi lemak.nanti banyak songeh

Anna Qawina berkata...

hhi...somi saya lak ckp tak bau pandan pon, mayb saya guna perisa pandan je kot..masa masak tu bau wangi je..tahle, tapi siap menambah2 lagi, sedap le tuh kan..kekeke

Mas berkata...

sedap kan Anna,biasa la tu bebudak, tak rasa lagi dah banyak songgeh, dah rasa mau bertambah makan..he..he..

Anna Qawina berkata...

sedapla Mas, mkn panas2, tp saya ni tak suka mkn berat2 pg..kul 10 ke 11 ke baru nyantap,,hha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...