Sabtu, 30 Oktober 2010

CUCUR BILIS LEMBUT

Assalamualaikum....sejuknya pagi ni, hujan..Alhamdulillah dah lama tak hujan ni..

Hujan pagi2 ni sedap kan kunyah cekodok? Hehehee..Ana buat cucur untuk makan2 sebelum makan tengahari nanti, bolehla buat alas perut..Pagi2 tadi cari resepi yang mudah & bahan2 ringkas, terjumpa kat blog Kak Noraini..nampak cam senang je kan, memang pun...jom kita buat sama-sama..hiiii


Ana cicah dengan sos cili je, tak sempat nak buat sambal kicap tu..(malas kot) heee..goreng garing2 sikit, Alhamdulillah saat & ketika ini dahpun habis..:))

(terima kasih ye kak)

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air panas
  • sedikit air paip, jika perlu
  • sedikit hirisan bawang merah
  • sedikit ikan bilis, ditumbuk
  • sedikit garam
  • 2 cawan minyak, untuk menggoreng
Cara Membuatnya :
  • Satukan tepung, garam, bawang dan bilis ke dalam sebuah mangkuk.
  • Tuangkan air panas dan gaul hingga basah. Jika kurang basah, tambah sedikit air paip.
  • Adunan menjadi seakan berketul dan 1/2 masak.
  • Bulat-bulatkan adunan kecil-kecil. *Ana ceduk guna sudu je
  • Panaskan minyak dan masukkan cucur. Goreng hingga kekuningan.
  • Angkat dan toskan.

Sambal Kicap:
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar kicap pekat
Cara Membuatnya: (tak buat)
  • Tumbuk bawang putih, cili padi dan gula hingga lumat.
  • Masukkan kicap dan gaul sebati. Hidangkan bersama cucur bilis.

2 ulasan:

Mas berkata...

stok ikan bilis dah abisss, esok nak cari kt pasar tani....baru nk buat lak cucur bilis ni...nampak sedapp tu

Lin Rosly berkata...

Buat Sarapan Pagi Atau Minum Petang Cicah S0s....Sedapnya....