Ahad, 31 Oktober 2010

SICILIAN ORANGE CAKE

Assalamualaikum....
Sekadar menjengah dapur, maklumlah cuti sekolah, tak boleh lekat depan pc ni...

Kek ni Ana buat 3 hari lepas, kes ngemas petiais, nampak buah oren 3 biji tergolek2 tanpa kulit..kulitnya dah disiat2 buat kek carrot hari tu..siankan..heeee...



Dalam adunan ni Ana dah kurangkan gulanya, dalam icingnya pun ada kurangkan sikit, maklumlah, nampak Hana nun kata manis..Mat Gebu pun kata kena kurangkan...haaa..tolak bahagi kita kurangkan lagi..


Sedap bagi kami, lembab & lembut, bila dah kurangkan gula tu jadi sedang2 elok rasanya..dah ramai rakyat jelata dalam rumah ni,maka habislah iaaa....heeee

copy : HANA
ada lagi sini : RIMA S'PORE , KAK YATIE

Bahan-bahan
  • 250g butter - suhu bilik
  • 250g gula - hana buh 210g je *Ana boh 180 gm
  • 4 biji telur size M
  • 11/2 sk parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising
  • 125g gula aising..*Ana letak 100 gm
  • 5 sk jus oren
  

Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper. *Ana sapu dgn mentega & tabur tepung kemudian ketuk2 skt..
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.

3 ulasan:

Mas berkata...

anna. k.mas pun dah buat kek ni..memang sedapp....lain kali memang nak buat lagi...

Aslinda berkata...

Wah! Sedapnya Ana...

Kat Umah Tinggal Kak Lin Berdua Jer...Anak2 Semua Berada Di Asrama Setiap Minggu Akak Ziarah Mereka 1 Di Kuala Pilah 2 Di Kluang....Jauh Tu Sedangkan Akak Tinggal Di Segamat..

Kalau Mereka Semua Ada Kat Rumah Mmg Seronok Memasak...Mesti Licin Punya!

Anna Qawina berkata...

Mas : tu aa..rasanya kena buat tuk raya haji ni kot..1 adunan tu blh dpt banyak gak kan..heee

Kak Haslinda...: ank2 dah besar camtula..cuti sklh nanti haaa, blh beli bhn2 banyak2, masak2 & jamu ank2, seronok kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...