Salam Jumaat buat semua...
Mesti dah siap masak utk makan malam ni kan..Harini Ana nak tunjuk je menu semalam, Sup Ketam yang sedap & pertama kali Ana masak seumur hidup ni..mak ooiii..dah mencecah usia 30++ dah ni baru semalam masak sup ketam..heeee...ada yg gelak ke?
Sebelum masak tu Ana ada gak cari2 kat alam maya ni, macamana nak masak sup ketam, tapi bila jumpa bahan lak kurang, jadi cuba buat sendiri guna bahan-bahan yang ada kat dapur, Alhamdulillah sedap...
Kat sini kita kongsikan..
Bahan-bahan :
- 5 ekor ketam dibersihkan & dipotong 2
- 8 ulas bawang putih *
- 5 ulas bawang merah *
- 1-2 inci halia *
- 1 batang serai - diketuk
- 1 sdk lada hitam **
- 1 sdk lada putih **
- 1 peket sup bunjut Adabi
- Tomato - dipotong ikut suka
Bahan sampingan:
- daun sup, bawang goreng
Cara-cara :
- Bahan2 bertanda (*) ditumbuk lumat / dikisar kasar.
- Bahan2 bertanda (**) ditumbuk kasar & dibancuh dgn sedikit air, jadikan pes.
- Panaskan sedikit minyak di dlm periuk & tumiskan bahan yg ditumbuk lumat tadi sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan pes lada (**) tadi kedalam periuk, kacau-kacau seketika & tambahkan air banyak mana yang kita nak.
- Tambahkan serai, sup bunjut & sedikit garam/ perasa.
- Biarkan mendidih, kemudian baru masukkan tomato dan ketam. Masak kejap je..
- Angkat & taburkan bawang goreng bersama daun sup...
2 ulasan:
Sapa2 Kena Denggi...Bagus Makan Sup Ketam Ni...
kak Lin...ada gak baca..tp kalau demam denggi selera ke nak makan ni? ntah2 org yg masakkan lebih selera..hikhik
Catat Ulasan