Selasa, 2 November 2010

AYAM MASAK KICAP BERKERISIK


Menu makan tengahari ni, lebihan lauk malam tadi..heee...oklah tu kan, sebab masak petang semalam pun memang target skali ngan tengahari ni pun....heee..makan ngan anak2 jela, petang karang masak lain lak..


Resepi kak fida,myResipi dah 2 kali buat ni, pertama kali buat masa raya puasa haritu, sedapla..makan lak ngan nasi panas2..ermmm...cubalah..

Bahan-bahan : Ana buat separuh je..
  • 1 ekor ayam
  • 3 - 4 biji bawang besar *
  • 8 ulas bawang putih *
  • 3 tangkai lada merah/hijau..tak letak *
  • 3 batang serai ***
  • 1 inci halia ***
  • 1/2 cawan pes cili kering
  • 1/2 botol kicap manis/pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar kerisik
  • garam, gula, sedikit air..
  • minyak masak
Cara-Cara :
  • Hiris halus bahan bertanda *
  • Cincang halus bahan bertanda ***..Ana blend kasar
  • Campurkan semua bahan dengan ayam kecuali minyak masak & gaul sebati
  • Perap lebih kurang 1/2 jam atau semalaman..Ana perap pagi,tengahari dah blh masak
  • Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan bahan2 yang diperap bersama ayam tadi. Kacau2 bagi rata.
  • Masak menggunakan api perlahan, tutup kuali dengan tudung periuk.
  • Kacau sekali sekala & tambah perasa & air jika suka, masak hingga ayam empuk & pekat@kering airnya.
  • Angkat & hidangkan...sedap dimakan dgn nasi panas, ada rasa mcm rendang pun ya...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...