Khamis, 28 Oktober 2010

MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES..again!!

Assalamualaikum & Selamat Petang..

Brownies ni Ana buat 2 hari lepas, kebetulan anak-anak tak sihat, ingatkan diaorang dah taknak makan nasi, nak ler makan kek ke apa..tapi semua benda taknak makan...sudahnya bermalamla dalam peti ais dulu, biasa kalau buat kek yg warna coklat ni tak sempat bermalam dah licin...heeee..nak tgk yg sblm ni ada kat sini


Ada pula lebihan cream cheese untuk topping atas Heavenly Carrot Cake haritu, tersimpan dalam peti & masih blh digunakan, Ana paipkan atas tu, konon2nya nak deco ala-ala bunga le, tapi tak nampak bayang bunga pun...huhu..tak pandai nak guna nozzle, tu pun baru je hari Ahad lepas beli, nak gak blajor...ada sape2 leh ajarkan tak??? Terima kasih..heeee

Resepi sekali lg Ana copykan kat sini...

copy : Kak Maz
Sumber Resipi : Kak Liza FP @ Chef Hanieliza
 
Bahan-bahan
 
Bahan A
  • 1 cawan butter cair - maz guna minyak masak canoli*Ana guna minyak masak biasa je..
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas - maz bancuh dengan 1/2 sudu kecil nescafe*Ana boh 1sk esen kopi..
  • 2 sudu besar sunquick orange - ni maz tambah sendiri
  • 2 cawan gula perang
Bahan B (kacau rata) -*Ana kacau ngan garfu jer..nak cepat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C [ayakkan]
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara :
  • Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
  • Kacau bahan A supaya sebati.
  • Masukkan bahan B dan kacau rata.Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  • Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.*Maaf..Ana tak lapik pun, griskan je..
  • Bakar selama 45 - 50 minit. - maz bakar 30 minit dengan suhu 150 C, sbb loyang cutter nipis je..jadi kek cpat masak..ni oven maz la ye..
  • Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping

1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan

*Ana griskan loyang dgn mentega, bila potong segi 4 tu angkat & hidangkan, brownies elok je tak hancur...

3 ulasan:

Mas berkata...

anna, buat lagi brownies..sedappkan..k.mas ingat nk buat lagi..

Anna Qawina berkata...

Mas..brownies ni senang nak buat, kalo tiba2 ada yg nak dtg sempatla bancuh kan..hihi

nurul huda berkata...

memang sedap lah kak anna.. nak buat lg lepas nie.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...