Khamis, 28 Oktober 2010

CUCUR NASI IKAN BILIS

Salam Pagi..Alhamdulillah hari ni anak Ana, ADAM tu dah boleh ke sekolah, DAMIA pun dah elok sikit, HANNAH je yang masih menyambung kisah tak sihat tu..hiii...merengek je..AKMAL ceria je pagi tadi sebelum ke tadika, InsyaAllah anak2 ummi terus diberi kekuatan & kesihatan sepanjang masa..

Sarapan apa pagi nih? Haaa...meh makan cekodok@cucur ni, ada lebihan nasi, buat cucur...kalau banyak boleh gak buat nasi goreng pattaya tu kan Mas?? hihi..


Garing diluar, rangup di dalamnya..uuii..macam makan keropok pun ada..hehe...tapi nampak org buat elok je membulat, cucur yang Ana buat ni takdela bulat2 sgt, melepek skt..hihi..tapi takpe, tetap sedap..

Dah ramai yg buat cucur ni, Ana copy dari blog tuan empunya resepi ek..Kak Yati...t.kasih kak...kirim salam kat mak akak yg bg resepi ni yea..

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
 
SAPE DAH BUAT?? Izah..Mat Gebu..Mas..(baru tadi nampak) & ramai lagila..heee

3 ulasan:

Mas berkata...

ha..ha..ana, sedapkan cucur ni....tak pe anna, mas nk rasa gak cucur Anna,Alhamdudillah anak2 anna dah sihat....

So Shy Lady berkata...

t.penah lg ltk nasi dlm cucur. nmpak yummy...oklah nak cuba jugaklah.

Anna Qawina berkata...

Mas : ada nasik lebih kenala buat, sblm nasik tu basi kan..

SS Lady : tryla..sedap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...