Jumaat, 29 Oktober 2010

AYAM GORENG HERBA

Menu semalam ni...haa dah tentu takde kan...dah ramai yang cuba buat nih, kira tengah panas2 lagi la resepi ni kan..Ana dok ngendap dapo Kak Nor..eii..kalau masuk dapo Kak Nor rasa nak je tido kat situ, melayan mata dgn gambar2 yg melelehkan air liur...hiii
Ana buat separuh ekor ayam je, & tambah cili macam kak Nor, dah tu nampak pulak daun kari..(kita ni tanam pokok kari dlm pasu tau..), tambah la jugak dlm tu...baunya...hmmmm...agak-agakla yea..

copy : kak nor
sumber: Suzi
sumber: Ina@Hana

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil
  • sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan tumis:
  • 3 ulas bawang merah india*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai*
  • 2 sm halia*
  • 1 sudu teh jintan manis*
  • 1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya.
  • cili padi ~ dihiris (ni k.nor tambah)
  • 1 sudu besar jus limau nipis ~ juga k.nor tambah..*tak letak
  • setangkai daun kari..saja2 letak

bahan * dikisar.

Cara Memasak:
  • Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
  • Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis/kisar hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Angkat dan hidang

2 ulasan:

Mas berkata...

Anna, terasa lagi kesedapan ayam tu walaupun semalam baru makan....k.mas ikut cara kak hana, lain kali nk ikut macam kak nor plak...

Anna Qawina berkata...

hehe..mas...senang & sedap..tu yg cari2 resepi tu kan..buat hari2 takpe kot..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...