Isnin, 25 Oktober 2010

CUCUR BILIS KEMBUNG

Assalamualaikum

Sarapan apa pagi ni yea? Ada yang buat cucur kembung ke? hihiii....

Ni nak tayang je, bukan menu sarapan pagi ni, semalam pun bukan tapi menu sampingan malam kelmarin, kebetulan ada anak saudara nak datang, kuih lain pun takde, jadi sempatla buat cucur yang best nih...


Cucur ni memang lembut la, budak2 takde gg pon blh makan dengan senang hati...Tapi masa buat cucur ni takde sayur mayurla, kalau boh pon sah2 budak2 ni campak tepi je..silap2 kita yang kena kutip atas lantai...nyusah je kan...

Copy from Izah...Ana ada jugak nampak kat sini pun dah buat...
Sumber asal : Myresipi


CUCUR IKAN BILIS KEMBUNG

300 gm tepung gandum
1 sudu kecil mauripan
1 biji telur
1/2 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar
1 1/2 cawan air- saya kurangkan sedikit
2 pokok daun bawang
daun kucai - saya tambah
taugeh- jika suka
garam, serbuk kunyit

Caranya:

  1. blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
  2. gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
  3. jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili

2 ulasan:

Mas berkata...

cucur kembung dah berjangkit ngan Anna.....wah Anna...kembung2 semuanya.....nak sikittt...

Anna Qawina berkata...

Mas...benda2 best & senang ni mudah kena jangkitan..hahaa...takleh nak bgla Mas..tu buat 2 3 hari dah tu...harini pon kita makan sekut kering je..hihik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...