22 Oktober, 2010

KEK MAYONIS

Assalamualaikum...

Kek mayonis ada rasa mayonis ke? Agak2 masam tak macam mayonis tu? Itulah soalan2 yang bermain diminda Ana & kawan2 yang ditanya tentang rasa kek mayonis ni...memang jarang yang buat kot, resepi ni dah lama nampak kat plastik Mayonis Jasma tu, terfikir nak buat ke tak..tak buat memang kita tak tahu apa rasa & keadaannya kan..hiii...jadi kita pun buatla...hasilnya???.......................

ada yg kata macam kek keju yea?
Rasa kek ni kalau kita tak bgtau memang orang tak tahu ada letak mayonis...itulah juga kata2 yang diluahkan oleh ZALIANA, sebelum buat ni Ana dah godek2 cari sape yang pernah buat kek Mayonis ni, memang guna resepi sebijik sama dengan yang Ana ada ni, tapi Zaliana buat marble gitu, Ana cuba buat ikut 100% macam dalam resepi sebab nak tengok hasilnya canne...Alhamdulillah dah selamat dilicinkan...hiiii

ada nampak parutan kulit oren tu kan??
Kek ni ada rasa oren, lemak-lemak mayonis kot & lembut je..anak Ana Akmal tu kalau bukan kek coklat dia takkan makan, tapi semalam paksa dia cuba, habis jugak 1 potong kek yang agak besar jugakla. Tak muak dimakan TAPI anda jangan terpedaya jika selepas dibakar kek anda bukan seperti di atas kejadiannya...KERANA-------->>

errrrrr..heeeee
Beginilah rupa kejadiannya apabila siap dimasak, tupun sebab terlebih masa membakar, sambil2 tunggu kek masak, kita tidurkan si kecik ni, apolagiiii...TERTIDOOO sama...err..TER je tau..waaahahaa..pastu Ana trim le sikit tepi & atasnya tu bg cantik, & nampak isi dalamnya tu elok je kan...
 
selepas diolah....
Sape2 yang rasa nak cuba tu Ana letak kat sini resepi yang mudah & sedap ni...
Bahan-bahan
  • 125 g mentega
  • 120 g gula kastor
  • 3 biji telur
  • 100 g tepung gandum - diayak
  • 50 g tepung naik sendiri...*Ana guna tepung gandum semuanya
  • 80 g mayonis Jasma
  • 2 sudu besar parutan kulit oren
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat *Ana tambah sndri sbb guna tpg gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder *Ana tambah sdri
  • secubit garam *Ana tambah sdri
CARA-CARA :
  • Pukul mentega, parutan kulit oren & gula kastor sampai kembang & gebu
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul.
  • Seterusnya gaulkan tpg gandum + bahan2 yang diayak tadi sedikit demi sedikit secara perlahan2.
  • Masukkan mayonis dan esen vanila dan gaul perlahan2 sehingga sebati..
  •  Tuang ke dalam loyang yang telah digriskan dgn mentega & bakar selama 40 minit / 180'C @ mengikut oven masing2.

NOTA : 
**JANGAN TERLEKA SEMASA MEMBAKAR..kihkih....
**MAKAN KEK NI MASA DAH SEJUK, SEBARANG BAU TELUR KE HANYIR KE 
    ANDA TAKKAN RASA...Percayaler...
** KEK NI LEMBUT & TETAP LEMBUT WALAU DAH SEHARIAN.....heeee..


SELAMAT MALAM & JUMPA LAGI



1 ulasan:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

salam, macam sedap jer nampaknya tu. Tak pernah try lagi buat kek mayonis, nak try gaklah.. amek resepi ya..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...