17 Oktober, 2010

BINGKA ROTI PANDAN BERKISMIS

Assalamualaikum....

Semalam sibuk sangat..sibuk apa tahler, tapi banyak yang nak dibuat sebab ada tetamu nak sampai, sempatla buatkan sebiji kek untuk kirimkan kat Bonda di kampung, & pagi ni kami sarapan mee goreng yang Cik Abe Ana masak...hihi...sambil2 tu ada gakla hasil tangan kita nih, Bingka roti yang sebelum ni dah buat tapi kali ni dah di"pandan"kan..huhu..maaf Mas...resepi best hang kali ni dah bertukar ijau dah.. tapi takde hijau sangat eh, sebab Ana letak pewarna hijau sikit je kot..hehehee


Menggunakan bahan asas yang sama tapi ada tambah sikit2 ler, lepas tu ternampak lak Cik Puan Hana tu semalam buat bingka ni gak, tapi diblend jer, Ana pun terfikir apalah salahnya kan blend je bahan2 tu, takyah tapis dah..hahaa..malas kojo nih...

Sekali lagi Ana letak resepi bersama tambahan bahan baru ni ye Mas...

Terima kasih untuk Mas & Hana

Bahan :
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 /2 sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100 ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 5 helai daun pandan diblend dengan sedikit air & ditapis
  • sedikit pewarna hijau
  • kismis hitam


Cara membuatnya :
  1. Carik - carikkan roti, masukkan kismis dan ketepikan.
  2. Satukan susu segar / susu cair, santan, tepung gandum,telur, gula, esen vanila garam & air daun pandan serta pewarna, kisar bagi sebati.
  3. Tuang bahan dikisar tadi ke dalam  bekas roti tadi. Kacau2 bagi bercampur semuanya.
  4. Perap selama 10 minit.
  5. Masukkan kedalam loyang yang disapu marjerin & bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
  6. Jika atas bingka dah cantik keperangan / kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..*Kata Mas...*

3 ulasan:

izahdaut berkata...

ha ah..blend je sinag krojo..sedap eh rasa pandan wangi je kan..cam rasa kuih bako pandan kot

Anna Qawina berkata...

izah..kita mmg suke yg sinang2 nih..haha..bau mmg mebeles ler...tp kaler tak cun lak..hihi

Mas berkata...

ha...ha..tak kisah Ana, lagi bagus dipelbagaikan.cantik tengok garing atas bingka tu...k.mas pun selalu buat tapi nak ambik gak bingka Anna seketul...he..he..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...