17 Oktober, 2010

"MOIST CHOCOLATE SANDWICH" CAKE

Salam petang yang aman damai kawan...

Tayangan harini sepatutnya dah keluar Jumaat lepas tapi apakan daya, keBiZian yang melanda..hihi...asyik bz je tahle apa yg bizi tuh ek...Resepi ni Ana dapat dari sisipan PLANTA dalam sebuah majalah yang Ana sendiri dah tak tahu apa nama majalahnya & tahun bila...rasanya dah 4 5 tahun kot...hihi...Tengok dalam resepi tu mengancam bebenorr, maka dengan semangatnya Ana mulakan projek nih...


Struktur kek ni lembut tau, tak padat...cubalah menambah koleksi resepi kek & kalori anda..huhuuu...untuk tekak Ana & family memang sedap, macam yang beli kat kedai kek yang ada krim tu pun ya gak...*ish..prasan ke ni?*heheee

Ana kongsikan resepinya ya..

Bahan-bahan :

BAHAN KEK :
  • 140 gm marjerin Planta
  • 175 gm tepung naik sendiri..Ana guna tepung gandum + 1/2 sdt soda bikarbonat & 1/2 sdt baking powder.*Ayak bersama*
  • 110 gm gula kastor
  • 50 gm coklat masakan...cairkan
  • 1 sdb golden sirap..Ana guna madu
  • 1 sdb susu cair
  • 2 biji telur..Ana guna 3 biji telur kecik2..

KRIM COKLAT :
  • 100 gm marjerin Planta
  • 50 gm gula icing
  • 25 gm coklat masakan..cairkan secara double boiler

COKLAT GANACHE :..ANA GUNA RESEPI DARI KAK MAZ
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sdb butter
  • 1 sdt susu cair

CARA BUAT KEK :
  • Pukul marjerin, gula & sirap/madu  hingga kembang.
  • Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu ke dalam adunan marjerin. Kacau sebati.
  • Masukkan  coklat yang dicairkan, kacau biar sebati.
  • Campurkan tepung dalam adunan tersebut, gaul sebati & masukkan pula susu cair.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang digriskan mentega, bakar hingga masak dengan suhu 165'C selama 50 minit @ sehingga masak..bergantung kpd oven masing2.
  • Setelah masak, sejukkan dulu kemudian potong 2, letakkan krim di atas lapisan pertama & tutup dengan lapisan ke 2.
  • Tuang coklat ganache di atas & sekeliling kek, taburkan coklat rise @ hias ikut suka..
*Cara asal...Tuang adunan dalam 2 loyang berasingan yang sama saiz & bakar.., bila masak letakkan krim & cantumkan*

CARA BUAT KRIM :
  • Pukul marjerin dengan gula icing hingga kembang & putih.
  • Masukkan coklat yang dicairkan & kacau sebati, boleh digunakan.
CARA BUAT GANACHE :
  • Panaskan coklat masakan secara doulble boiler
  • Bila coklat dah mencair tutup api & tambahkan butter.
  • Kacau2 & masukkan susu
Sekian terima Kasih..untuk anda yang nak jamu selera kenala buat sendiri yea, sebab kek ni dah tinggal arwah dah pon..hikhik...

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...