Rabu, 20 Oktober 2010

BIHUN PUTIH SOS BEBOLA

salam pagi salam penuh ceria

Dah sarapan? hehehe..dengan gembiranya Ana nak tayang bihun sepinggan nih, nape gembira? Dah habis makan bihun sepinggan siap tambah2 lagi sebab tu gembira & ceria..haha 

Bihun ni sebenarnya Ana buat untuk Adam bawak pergi sekolah KAFA..biasalah kalau sempat masak pagi2 memang berbekallah dia, duit bagi singgit dia masuk tabung, ada masa senggang dia sukala kira2 duit dia pastu dia cakap.."NANTI NAK BG AYAH DUIT NI, NAK SURUH AYAH BELI KERETA BESAR...ALA2 NAZA TU LER.." Makaaiihh...punyala tinggi cita2 dia tuh...hihi...sebab apa nak tau dia berangan nak soh ayah dia beli kete besar? Sebab kete sekarang ni memangle elok2 je tempat duduk 1 sorang, tapi bila jalan jauh asyik gaduh je, sorang nak baring, sorang lagi nak terlentang..huhu..memang riuh ler bertumbuk tampar time jalan jauh tu..alahaiii... "nantiler cukup modal kita beli bas ye..." ayah diaorang kata...kehkeh..


Untuk bihun tu Ana buat ringkas je, tak pedas pun sebab nak bagi sikecik Hannah ni makan, lagipun Ana buat sos pedas kan...boleh makan dengan bihun tu.

Untuk simple dimple resepi nih kita bohle jugak deh...:
  • Bihun setengah peket..dibasuh & rendam kejap
  • bawang putih..tumbuk
  • halia..tumbuk
  • kek ikan..potong kecil2
  • tomato..potong dadu
  • sos tiram 2 sudu besar
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam
  • Sayur ikut suka..Ana tak letak, anak tak suka
CARA MASAK MEEHOON:
  • Tumis bawang putih & halia yg ditumbuk
  • Masukkan sos tiram & sedikit air.
  • Kemudian baru masukkan kek ikan beserta serbuk pati ayam
  • Masukkan bihun & tomato dadu, kacau2 sampai air kering & meehoon lembut.
  • Angkat & hidangkan bersama bebola sos
BAHAN SOS :
  • Bebola daging/ayam/apa2 aje yang ada dalam peti ais tuh...digoreng terlebih dahulu
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos tiram
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 biji tomato dipotong 6
  • Sedikit air...ikut suka nak banyak manala..
CARA BUAT SOS :
  • Tumiskan bawang yang dihiris bersama pes cili sampai naik minyak.
  • Masukkan semua sos bersama sedikit air.
  • Masukkan tomato bersama bebola yang dah siap goreng tadi.
  • Masukkan garam & gula sekukup rasa, angkat & hidangkan...
Mehle jemput sarapan sama-sama...air bawak sendiri yea... heeee

5 ulasan:

Mas berkata...

salam anna. nak ambik bihun tu sepinggan...sebab yang tu ada lauk..he..he..

untuk jawapan apam pisang tu, hitam2 tu urat pisang kot, mana letak coklat urai, takk de..he..he..pisang tu mas guna pisang berangan,rasanya saiz pisang berangan sama jer kan...kenal tak pisang berangan...besarkan pisang tu....kalau tak paham tanya lagi yerr..

Anna Qawina berkata...

hihi..Mas..ambik jela bihun tu, ado lg nih....

Mas berkata...

rasanya 2 biji pisang tu tak sampai 1 cawan kot..kurang suku cawan la...try la buat yer, nak tolong sukat, pisang dah abiss...

Lin Rosly berkata...

Salam Anna....Sedapnya....

Anna Qawina berkata...

salam Kak Lin...hihi...sedap ke? dah rasa? hihi...dah abesla kalao akak mintak pon..kena buat lain nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...