10 Mac, 2012

Sotong Beriani Masam Manis

Assalamualaikum w.b.t

Terkejar2 sambil bakar kek ni, sayang pulak kalau terlepas update blog kan. Menu bila ya..2 minggu lepas gamaknya..punyala buat2 bizi,,nak update blog sendiri pun tak sempat..konon2..alasan munasabah tu boleh diterima gamaknya ya..

Jom terai resepi mudah ni, senang dan pastinya sedap..Ana guna rempah beriani homemade dari Johor ni, beli melalui online je, sungguhla canggih kan, esok lusa ikan ayam pun order dgn internet je..hihi..sah2 makcik pakcik yg jual ikan kt pasar tu memasing bawak laptop pergi niaga..zaman dah berubaahh..   
       
Rempah beriani MAK SAL(ambik pic.tuan tanah)
"edisi promo nih...rempah beriani ni sedap, memang ada beza dengan yang kita beli kt kedai runcit, tak percaya?? Silala cuba tempah dengan PUAN NORJIHAN IDRIS ni..InsyaAllah puas hati"

Dah..kembali kepada tajuk..iklan percuma je tadi tu..Terima kasih penyumbang resepi iaitu CMG dan Kak Nor yg dah cuba.Ana ubah mana yang patut ya.. 

SOTONG BERIANI MASAM MANIS 
  • 8 ekor sotong saiz sederhana
  • 1 1/2 camca besar rempah beriani MAK SAL
  • 1/2 biji red capsicum, didadu
  • 1/2 biji green capsicum, didadu
  • 1/2 biji yellow capsicum, didadu
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih hiris halus
  • 1 camca besar sos lada hitam *Ana guna lada hitam tumbuk bancuh dgn sdkt air
  • 1 1/2 camca besar sos cili thai
  • Sedikit garam, jika perlu
  • 1/4 cawan air
  • Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
  • Bawang goreng, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Sotong dibersihkan, buang kulitnya, dawat, muncung dan juga mata. Badan sotong dikelar2 tapi tak putus, buat hingga siap, cuci dan toskan (tak payah kerat kecil2). Gaul dengan rempah beriani, ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos lada hitam dan sos cili, kacau rata dan masukkan red/green/yellow capsicum tadi, kacau rata.
  • Masuk sotong dan gaul rata, tuang air dan masak hingga kuah pekat, rasa dan jika perlu boleh tambah garam. Bila pekat, angkat dan alih dalam bekas sesuai, hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng...Hidangkan segera..

* K.Nor tambah daun kari, hirisan cili padi dan perahan limau nipis
** sotong tu K.Nor goreng dulu sekejap( selepas dah gaul dgn rempah), biar keluar air dulu dan ketepikan.
*** air tu digunakan balik dan tak perlu lagi tambah air lain.
 Ana ikut cara Kak Nor..

HUBUNGI PUAN NORJIHAN UTK TEMPAHAN REMPAH ISTIMEWA MAK SAL :  0197123553

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...