Sabtu, 10 Mac 2012

Sotong Beriani Masam Manis

Assalamualaikum w.b.t

Terkejar2 sambil bakar kek ni, sayang pulak kalau terlepas update blog kan. Menu bila ya..2 minggu lepas gamaknya..punyala buat2 bizi,,nak update blog sendiri pun tak sempat..konon2..alasan munasabah tu boleh diterima gamaknya ya..

Jom terai resepi mudah ni, senang dan pastinya sedap..Ana guna rempah beriani homemade dari Johor ni, beli melalui online je, sungguhla canggih kan, esok lusa ikan ayam pun order dgn internet je..hihi..sah2 makcik pakcik yg jual ikan kt pasar tu memasing bawak laptop pergi niaga..zaman dah berubaahh..   
       
Rempah beriani MAK SAL(ambik pic.tuan tanah)
"edisi promo nih...rempah beriani ni sedap, memang ada beza dengan yang kita beli kt kedai runcit, tak percaya?? Silala cuba tempah dengan PUAN NORJIHAN IDRIS ni..InsyaAllah puas hati"

Dah..kembali kepada tajuk..iklan percuma je tadi tu..Terima kasih penyumbang resepi iaitu CMG dan Kak Nor yg dah cuba.Ana ubah mana yang patut ya.. 

SOTONG BERIANI MASAM MANIS 
  • 8 ekor sotong saiz sederhana
  • 1 1/2 camca besar rempah beriani MAK SAL
  • 1/2 biji red capsicum, didadu
  • 1/2 biji green capsicum, didadu
  • 1/2 biji yellow capsicum, didadu
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih hiris halus
  • 1 camca besar sos lada hitam *Ana guna lada hitam tumbuk bancuh dgn sdkt air
  • 1 1/2 camca besar sos cili thai
  • Sedikit garam, jika perlu
  • 1/4 cawan air
  • Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
  • Bawang goreng, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Sotong dibersihkan, buang kulitnya, dawat, muncung dan juga mata. Badan sotong dikelar2 tapi tak putus, buat hingga siap, cuci dan toskan (tak payah kerat kecil2). Gaul dengan rempah beriani, ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos lada hitam dan sos cili, kacau rata dan masukkan red/green/yellow capsicum tadi, kacau rata.
  • Masuk sotong dan gaul rata, tuang air dan masak hingga kuah pekat, rasa dan jika perlu boleh tambah garam. Bila pekat, angkat dan alih dalam bekas sesuai, hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng...Hidangkan segera..

* K.Nor tambah daun kari, hirisan cili padi dan perahan limau nipis
** sotong tu K.Nor goreng dulu sekejap( selepas dah gaul dgn rempah), biar keluar air dulu dan ketepikan.
*** air tu digunakan balik dan tak perlu lagi tambah air lain.
 Ana ikut cara Kak Nor..

HUBUNGI PUAN NORJIHAN UTK TEMPAHAN REMPAH ISTIMEWA MAK SAL :  0197123553

9 ulasan:

Mas berkata...

baikkk punya promot yerk anna..he3
aku pun tunggu beli rempah tu dulu baru buat..he3

Sheila Shafeareen berkata...

promot yeeee ok nnt nak cuba...sbb kata sdp boleh try dan nak beli..lama x pekena sotong...

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum anna...
Waah!! Perut akak berbunyi terus tgk sotong tu tau... Sedapnya tgk... Oo rempah beriani nie sedap yer anna.. Akak pun nak oder ler kalu mcm tu...

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

Sexy betul sotong Anna...ni good idea akak kalau sotong selalu buat sambal aje....ok boleh try

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

kak ros belum makam,nampak ni terus lapar.

Amie berkata...

Ha hahaaaa... memang semua boleh order dengan hujung jari, boleh order terus ke laut kalau nak ikan apa....

Sotong briani masam manis nampak sedaplah! Terliur pulak menenguknya...

Anna Qawina berkata...

MAS : aa aku promot ni gamaknya dapat komisen leh beli loyang tak? heeh..beli Mas..

KAK SHEILA : ha'ah kak..sedap ni..beli kak..saya beli skilo..tamak...hehee

KAK DIANA : silakan order kak, akak buat & tayang sah2 gempak gituw..hehe

Anna Qawina berkata...

KAK PATY : auww..sexy ya..tak pakai tudung tu..ahak..a'a sedap gak kan, asyik2 sambal kalo ada petai baru ngam..hehe

KAK ROS : hai lapor benar gamaknya ya sampai "MAKAM" dah tu..haha

AMIE : hehe..ok gakkalo leh ordert kat laut terus..fresh kan..rega murah sikit kot..haha

Yatie berkata...

Assalamualaikum Anna,
adoyaiiii wat akak terliur je tngk sotong beriani ni, lama tak makan sotong...leh cuba resepi ni lenkali..tq..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...