31 Mac, 2012

Nasi Lemak Sambal Tumis Ikan Bilis Bersantan

Assalamualaikum kawan2..pekabo? Haii..nak update blog sebulan sekali buleh gamaknya ya..hehe..tenggelam timbul je ni..
 
Layan nasi lemak hijau (edisi lama dah ni..)..yang biasa2 je, cuma sambal tumis tu yang meletop..dah 2 kali buat sambal stail Noorsha ni..anak2 Ana memang suka nasi lemak, tambah pulak ada sambal bilis yang sedap, memang menepati piawaian tekak mereka ni..


Ok..dah pagi dinihari ni, meh layan resepi sambal tumis, nasi lemak tu buat cam biasa2 jela, tambah kaler hijau sket, garam, santan & bawang putih seulas, daun pandan kalau ada, kalo xde x payah la..blasah mana yang adoo..


Terima kasih Sha..akak share kat sini buat tatapan & renungan sepanjang zaman..hehe
 
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSANTAN
Sumber : Noorsha
Sambal Tumis Ikan Bilis Bersantan by AnnaQawina

Bahan²
*25 tangkai cili kering - Ana guna cili giling siap
*1 labu bawang besar
*5 ulas bawang putih
*1 inci belacan
2 labu bawang besar - hiris halus
Segenggam ikan bilis
1/5 cawan santan kotak
Asam jawa - sebesar ibu jari + sedikit air
1 sb gula - Ana tukar kepada 1/4 keping gula melaka@nise
1 st garam


Cara²
1. Blend bahan² bertanda (*)...panaskan minyak dan tumis bawang besar yang diracik halus hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan² yang diblend halus tadi dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan larutan air asam jawa, garam dan gula serta ikan bilis. kacau rata. biarkan merenih seketika.
4. kemudian masukkan santan pekat, kacau hingga sebati. kecilkan api dan biar sambal masak hingga pecah minyak.kacaukan sesekali.
5. sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan bersama nasi lemak tadi.. :) Selamat Mencuba :)
 
Ini Ana bungkus untuk bekal Adam & Akmal ke sekolah tempohari..ala2 kedai mari..hehe

28 Mac, 2012

New taste..

RED VELVET CUPCAKES

Kek Cawan Baldu Merah yang sedap, lembut & ada kelainan dari segi rasanya. Rasai keenakannya dengan gandingan cream cheese yang sedap sekali.




TIRAMISU STRAWBERY IN A JAR

Pesen baru ni kan, kek & krim dalam botol..olahan & gandingan yang sedap sangat, dengan krim keju & bluebery/strawbery filling. Sesuai sekali untuk dijadikan hadiah, buah tangan & juga hantaran..Boleh pilih untuk letak hiasan & sticker.


Harga akan diupdate kemudian, jika ada soklan, sila email / sms yer..

OK..setakat ni dulu, nanti sambung lagi..nak upload gambar pun berejam..hurmm..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...