09 Oktober, 2010

PUDING ROTI SOS COKLAT

Assalamualaikum...apa khabar kawan2? Moga sentiasa kita didalam limpah kurnia-Nya..Amin..

Sedikit perkongsian peristiwa...Lewat malam tadi Ana berkesempatan menghantar kakak ipar bersama suaminya yang akan menunaikan Haji..(sekarang dah dalam perjalanan ke Madinah...moga selamat & berkat perjalananmu...Amin)..ramainya orang yang menghantar jemaah kat Kelana Jaya tu..ambik berkat...Hmmm...dalam hati memang bertuah kakak dalam usia 40-an dapat menjejakkan kaki ke Mekah untuk kali ke-2..minta2 kami pun sama..biar dapat pergi dalam usia yang muda agar mudah melakukan ibadah kat sana nanti kan..InsyaAllah


Okeylah, pagi ni nak tayang puding roti yang dapat dari Izah..cuma Izah buat sos kastard, Ana buat sos coklat sebab masa tgk rsp sos tu cari punya cari susu cair tak cukup lak, maka jadilah sos coklat tu..

Resepi ni dapat kecik je, tupun budak2 ni tak suka lak, yang diaorang makan cuma sos coklat tu la, pudingnya Umminya yang habiskan..heeee...untung gak kan.. terima kasih penyumbang resepi puding & juga sos coklat tu..

Puding resepi dari Izah :

Puding Roti:
  • 5 keping roti
  • 400 ml susu segar
  • 2 sudu besar mentega (cairkan)
  • 4 sudu besar madu
  • 5 biji kurma
  • sedikit essence vanilla
  • kismis secukupnya..*tak bubuh
Cara-cara :
  • Potong dadu roti dan letakkan dalam loyang. 
  • Masukkan semua bahan dan rendam roti selama 5 minit. 
  • Bakar roti tadi sehingga kekuningan pada suhu 180 C selama 30-40 minit. Hidangkan.
Sos Coklat : *resepi ni Ana dapat dari Myresipi tapi tak ingat sape punya..nanti kena cek balik...
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 8 sudu besar gula pasir
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn 1 sdb air
  • 1 sdk esen vanila
Cara Buat Sos :
  • Ayak serbuk koko kedalam periuk
  • Masukkan gula, air & bancuhan tepung jagung
  • Kacau sampai mendidih dengan api perlahan
  • Tutup api & tambahkan esen vanila..Ana sejukkan dalam peti ais dulu sblm guna
 Nak makan ?? Potong puding & tuangla sos coklat tu...nyum..nyum...

08 Oktober, 2010

BINGKA ROTI

Assalamualaikum...salam Jumaat buat semua, semoga sentiasa didalam limpah Rahmat-Nya...Amin..

Pagi2 ni..(pagi lagi ker..??) heeee....Ana nak tunjuk bingka roti yang buat untuk sarapan semalam..sedap sungguhla bingka ni, nak buat pon senang je..Ana sebar-sebarkan resepi Mas Duniaku Duniamu ini kat sini yea...hiiiiii...

kena sorok sikit utk snap gambo..
Sebenarnya Ana buat malam cadang nak buat makan sarapan, tapi bila dah siap masak, suam2 lagi dah tinggal suku..sudahnya sarapan kena beli kat gerai je..hahahaa...Ceri tu saje nak prabihkan stok je..nampak lawa lak boh gitu, hehe...


masa ni baru kluar oven..


Bila dah masak dia turun sikit..memang cenggitu ke Mas? Apa2pun memang sedap kalau nak buat makan2 nih, terima ksih Mas sudi kongsi resepi ni & Ana copy kat sini lak..

Bingka Roti Mas
Bahan :
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 /2 sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100 ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila


Cara membuatnya :
  1. Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
  2. Satukan susu segar / susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
  3. Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
  4. Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
  5. Mas guna bekas bekas kek chiffon, Mas sapukan marjerin dan taburkan sedikit tepung gandum pada bekas kek chiffon tu dan tuang adunan bingka dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
  6. Jika atas bingka dah cantik keperangan / kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..*Ana ikut je...
Soklan buat Mas :
Kalau tak tapis adunan tu tak boleh ke?? hihi....
 

07 Oktober, 2010

TELUR DADAR MAYONIS

Assalamualaikum....lewatnya online harini...dah siap masak ke? Ana lepas siapkan makan untuk Adam tadi terus tidurkan Hannah, tup-tup Umminya tertidur skali..hehehee..cuaca pun mendung & sejuk lak, mata pun paham-paham jela kan...

Telur dadar ni dah 3 hari berturut2 Ana buat untuk budak-budak ni makan, berebut2 nak cari part yang nampak tebal mayonisnya tu, sedap rasanya lemak-lemak gitu...kalau dah anak-anak suka, Umminya lagi suka, takpayah susah nak fikir masak pelik-pelik bagi diaorang makan kan..

nampak tu putih2 mayonis tu? heeehheee
Nak buatnya senang je cuma yang Ana buat ni tak letak bawang dan sabagainyala nanti diaorang campak ke luar pinggan, tak suka, kita gak yang kena kutip kan..Haritu pernah tengok Sheila Rosli dok iklan kat tv telur macam ni...meh kita pakat2 try..

Dadar Mayonis cara Ana :
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar mayonis
  • serbuk lada putih..
  • Campurkan semua bahan tersebut & kacau-kacau bagi berbuih sidkit.
  • Panskan kuali dengan sedikit minyak masak.
  • Goreng campuran telur tersebut sampai masak, balik2kan ke dua2 belah & boleh dimakan...
*Variasikan : tomato dadu, bawang besar hiris & daun bawang di tambah di dalam campuran telur

06 Oktober, 2010

COCOA BROWNIES

Salam...Selamat petang...Dah minum petang ke? Heheee...

Pagi tadi ternampak brownies kat blog Kak Maz...terliurnya..tapi semalam Ana dah buat Brownies resepi Kak Fida dah ni, kena tunggu giliran nak buat guna resepi yg Kak Maz buat tu...

Brownies ni senang nak membuatnya, bancuh2 & kacau2 je...cuma Ana takde butter, jadi Ana letak minyak masak jela..jadi elok masuk perut..anak2 suka sangatla, Adam siap tapau bawak pergi sekolah, katanya nak makan dengan kawan2 dia skali..

macam biasala..deco tuh memang hancuss jek..heee
Brownies ni Ana siap bertopping lagi..badam pun Ana bubuh dalam adunan bukan tabur atas tu macam yang Kak Fida buat..hihi..mandai-mandai jela...

Untuk Adam & kawan2nya, simpan petiais jap..
Kesimpulannya...memang mudah kalau nak makan sedap..heee...tryla buat..terima kasih untuk Kak Fida..Ana kopipes kat sini resepinya yea..

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )

  • 150 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder*
  • 60 g serbuk koko* - (*ayak bersama)
  • 400 g gula perang (boleh guna campuran gula perang dan gula halus)
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan mentega cair..Ana guna minyak masak jer
  • 1/2 cawan kacang pecan/badam cincang kasar - dipanggang

Cara-cara

  1. Campurkan 4 bahan pertama ke dalam mangkuk dan kacau rata. Masukkan telur dan mentega cair dan kacau sebati.
  2. Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas dan bergris dan ratakan. Taburkan kekacang yang dicincang. Bakar pada suhu 170C selama 25-30 min.
  3. Biarkan brownies sejuk di dalam loyang, baru boleh dipotong dan dihidangkan. 
  4. Boleh juga letak coklat ganache ikut suka...

    KEK ROS MARMAR

    Assalamualaikum w.b.t..

    Salam pagi nan indah buat semua...sejak semalam Ana tak dapat nak masukkan N3 sebab tak boleh nak upload gambar, tahle nape..malas nak godek-godek jadi Ana biarkan jela...Harini saje je nak tunjuk kek yang dah dibuat 2 hari lepas..Resepi asal kawan facebook ..Kak Sha..yang bagi, katanya dia dapat dari kertas pembalut tin susu yang dibelinya...Ana dah olah & ubah cara-cara buatnya ikut kesesuaian sendiri..


    Kek ni hasilnya tidak mengecewakan, cukup lembut & agak lembab sikit dalamnya...ala2 kek marble jugakla, amatlah sesuai kalau nak buat minum petang bersama kopi 'O'..heeeee..dah abes pon...

    Bahan-bahan :
    • 150 grm mentega
    • 150 grm gula kastor
    • 3 biji telur
    • 160 grm tepung naik sendiri..*Ana guna tepung gandum + 1/2 sdt.baking powder + 1/2 sdt soda bikarbonat + secubit garam..Ayak bersama
    • 2 1/2 camca besar susu cair
    • 1/2 sdt esen vanila
    • 1/2 sdt esen ros..*Ana ganti esen strawberi
    • 1 titik warna merah..atau secukupnya
     Cara-cara :
    • Pukul gula dengan mentega sampai kembang
    • Masuk telur,sebiji-sebiji ,pukul sampai halus
    • Masuk tepung sikit2,di selang seli dgn susu cair
    • Habiskan semua tepung jangan kacau lama sangat.
    • Bahagi 2 warna,.1 boh esen vanila,1 bekas lg boh esen ros n pewarna.
    • Griskan loyang dengan mentega, sendukkan adunan selang seli sampai habis, bakar 20-30minit,.suhu 170'C atau sampai masak

    04 Oktober, 2010

    Puding Susu Bandung

    Salam semua....pernah tengok puding ala-ala bandung ni tak? Hihi...ada kat dapo Mas...kalau kat dapo Kak yat pun ada...Ana buat sebijik sebijan macam Mas...ala2 manis warna dia..rasanya?? Aduuhh...lembut-lembut masuk tekak, manisnya pun slooowww je..haha...cuma ana punya puding ni tak cantik sangat sebab nak cepat, buat pagi, tengahari tu dah keluarkan dari peti sejuk makan sebelum keluar ke jemputan rumah terbuka raya...jadi sememeh sikit ler...
     
     
    Maaflah gambar kurang menarik, snap pun cepat2 masa keluarkan dari acuan yang tak seberapa tu, yang penting selamat masuk perut..hiii
     
    Copy : Mas...terima kasih Mas & Kak Yat..juga Gert
     
    Bahan :
    • 600 ml air
    • 120 gram gula pasir
    • 8 gram serbuk agar agar 
    • 3 helai daun pandan
    • 300 ml susu segar..Ana letak susu cair
    • 200 ml santan
    • beberapa titik esen pandan  - mas letak pati sirap..Ana pun sama gak
     
    Cara membuatnya :
    1. Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
    2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2. 
    3. Tapis dan tuang 1/2 bancuhan kebekas lain dan titiskan sirap / esen pandan / strawberi paste dan kacau sebati.
    4. Tuang kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer. Biarkan beku ( mas letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding bandung tadi .
    5. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2....

    Nasi Impit Kuah Kacang

    Assalamualaikum....huuuu...letihnya badan, maklumlah berjalan-jalan pergi open house sana sini..hihi..

    Maaf & terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah sini walaupun tuan rumah g beraya sakan, takpe, masuk aje, pintu tak kunci tu..hehe...Apa menu sarapan pagi ni? Ana cuma makan nasi impit dengan kuah kacang je, itupun buat semalam, pagi ada adik datang beraya, masak lebih kurang je, lepas tu kami lak kluar g raya rumah pakcik Cik Abe Ana kat Klang...


    Tiap-tiap tahun buat kuah kacang Ana buat guna resepi ni je, dapat dari majalah tah tahun bila tah...kali ni nasi impitnya Ana cuma rebus yang segera je, cap Nona..hiiii...tak sempat nak buat sendiri..

    Resepi Kuah Kacang :
    • 1/2 kg kacang tanah...digoreng dalam minyak sedikit sampai masak & toskan.
    • 5 ulas bawang putih*
    • 5 ulas bawang merah*
    • 1/2 inci halia*
    • 2 batang serai*....(*)di kisar
    • air asam jawa
    • gula & garam
    • cili kering secukupnya
    • 2 keping gula melaka ...boleh lebihkan

    Cara :
    • Kacang tanah dikisar/tumbuk halus.Ketepikan.
    • Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan kisar. Biar sampai pecah minyak.
    • Masukkan kacang tanah bersama sedikit air, kacau-kacau sebati.
    • Masukkan lagi air secukupnya bersama gula melaka, gula, garam & air asam jawa.
    • Sentiasa kacau2 supaya tidak hangit didasarnya...dah mendidih & cukup pekat yg diingini bolehla diangkat...
    • Makan................

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...