Ahad, 23 Oktober 2011

Apam Pisang Coklat Rice

Assalamualaikum w.b.t

Selamat beristirehat buat semua yang yang bercuti harini, kecuali yang bercuti Jumaat harini takde cuti la ye..yang memang cuti sentiasa tu mesti ada yang gantung periuk belanga sempena Ahad yer..kot2la pergi kenduri ke, pergi mancing ke *sapela tu?*,  jalan-jalan cari makan ke..kalau makan free best la jugak, kalau JJCM kena bayor rasa tekanan sikit kot ...heheee..gurau jelah..mana ada gitu kan..


Jom buat apam pisang, kena ada pisang le, kot2 pokok pisang baru tanam kena tunggu berbuah dulu baru buat, jangan ambik pisang jiran sebelah lak yer..kang tak pasal2 kena parang dek tuan tanah..hehe..mula2 buat kuih ni letak dlm acuan lompang tu, macam Kak Nor buat, pastu saje nak menerai acuan putri ayu macam Ros buat, cantik le buat gitu..acuan putri ayu tu dah bertahun2 beli tak pernah guna, sekarang dah tinggal 6 biji je, tupun hasil selongkar bakul mainan anak2..mana belen tu agaknya kena selongkar lagi la kot..hihi *nak guna baru cari kan..

Terima kasih Puan punya resepi ni Ros@JintanManis & Ana tengok masa Kak Nor buat baru2 ni, mintak izin kongsikan kat sini lak yer.. eh..lupa lak, ni apam yang buat hari apa ya..Jumaat kot, bagi budak2 ni bekal ke sekolah. Selebihnya makan-makan kat rumah, sekali hadap jela dah licin..

APAM PISANG COKLAT RICE
Sumber C & P : Kak Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahannya
  • 3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan pisang yang telah dilenyek
  • 1/2 cawan susu segar@ santan@bancuhan susu pekat manis@bancuhan susu tepung *Ana guna susu cair + sedikit air
  • beberapa titik esen vanila
  • 1/2 cawan coklat rice

Cara-caranya
1. Lecek pisang yang telah ranum hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati. Akhir sekali baru masukkan coklat rice, kacau rata.

3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

 

Nota ROS : - ros gunakan acuan kuih lompang yang warna merah tu, ros alaskan dengan cawan kertas mini, dan selebihnya ros hanya kukus dalam acuan kuih puteri ayu. *Ana letak juga 1/4 adunan tu dalam loyang petak kecil..nak cepatsiap..

Nota: Kalau nak letak soda bikarbonat pun boleh, tapi pastikan ayak tepung dua kali, kerana jika soda bikarbonat tak rata atau terlebih letak, apam pisang akan berasa pahit. sebab tulah dalam adunan ni ros hanya letak baking powder dan ovalette sahaja.

Nota Kak NOR :* rasanya lain kali kalau buat K.Nor nak humban semua dlm mangkuk mixer (kecuali pisang dan coklat rice yg akan dimasukkan last). saja nak ngetest gitu. kalau sapa2 yg ada mixer yg strong sket tu boleh lah buat kaedah ni ya..


Selamat Mencuba.. 

9 ulasan:

lina_pg berkata...

assalam Anna,aisey mata cheq ni mmg rabun tul..ingtkan eskrim vanilla n coklat tadi hik3..rupanya apam.Nmpk sedap n gebuslah apam Anna ni

ady berkata...

as-salam
npk gebu apam pisang tu anna..Senyuman apam tu pun cantik...

anymz berkata...

anak2 yang sebesar anak ana mmg elok sangatlah di buat apam begini.kalau kat rumah akak ni kurang sesuai lah pulak ana..diorang dah pandai demand.kalau apam nak yg ori punya je..ala apam tapai tu lah..tak ke nyusahkan tu..kena cari tapai pulak kan?..

nuwairani ismail berkata...

lucu dengar kak ana ni membebel....tula kan...nani kecik2 dulu pon suke main acuan ni..pastu mak dah takleh nak buat kuih dah sebab acuannya anak2 wat main pasir...hihih

Juwita Jamaludin berkata...

salam ana.. nampak menarik sangat .. sedapnya... warnanya pun menarik

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum anna..
Laaa..datang nak tgk cheese tart ni.. Jumpa apam pisang choc rice pulak.. Tapau amik 5 ketul lah...

quinnie berkata...

anna..geram daku melihat yg dlm bekas putri ayu tu..cantik betul...terjadik corak2 pulak...:)

Sharifah Nadzarah berkata...

nampak sedap je apam tu ye...minta izin cnp resepinya..tapi bila nak buat tak tau lah lagi..hihi tq

JaSSNaNi berkata...

sedapnyer.... nak save resepi lah.. mintak halal ye.. :D cantek plak color apam ni.. sesuai la di jadikan buah tangan gak ni.. kan kan.. almaklumlah.. 29hb ni ade majlis kat rumah adik.. dok cari3 buah tangan nak bawa ke rumah adik.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...