Isnin, 20 Jun 2011

APAM GULA MELAKA

Assalamualikum w.b.t

Bersiaran kembali..menemui sahabat2 blog & alam maya ni, harapan semoga anda semua sihat walafiat & dilindungi Allah hendaknya..Terima kasih buat yang sudi bertandang, ada kesempatan InsyaAllah akan balas kunjungan ye..


Ini menu sarapan pagi Ahad..hari minggu sempatlah peram kuih ni, makan lewat sikit..kebetulan kelapa parut ada lagi, tu yang buat kuih ni, sedap & lembut, manis yang sederhana je..Alhamdulillah, menjadi santapan kami sekeluarga untuk sarapan hingga ke minum petang, hehe..banyak juga dapat..tengok laporan masakan, rasanya Kak Nor, Hana, Quinnie, Noorsha, Tun Telani, Izah dan ramai lagi le dah buat ni..rajin betul diaorang ni kan..ok..meh cek bahan2 & caranya..

APAM GULA MELAKA

Apam Gula Melaka by AnnaQawina

 

Bahan-bahan ( satu family/ loyang 7 inci )

  • * 1 cwn air
  • * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
  • * sehelai daun pandan
  • 2 cwn tepung
  • 1 sk dry yeast
  • 3/4 cwn air
  • 3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
  2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
  3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
  5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
  6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam. 

SELAMAT MENCUBA BAGI YANG TERINGIN TU YE...(",)

6 ulasan:

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

wah... nampak menarik. boleh masuk dlm list! tq!

quinnie berkata...

best nih anna..kalau duk dekat bleh bertukar pinggan....makcik saya suka sgt ngan apam che'iza nih....memang dah byk kali buat pun...sampai tak yah bukak buku resepi dah...dah hafal resepi...hahhaha

Nuridah berkata...

Ana,

pagi ini akak dh terliur tengok apam tu...akak suker mkn apam...kelapa nk lebih2....sedappp tk terkata gitu.

Wanieyra berkata...

salam anna..

singgah nak tanya apam ada lagi ke?

Anna Qawina berkata...

Hafizah : menarik, mudah & sedap..tryla..

quinnie : woo..dah hapal yer..baguih..baguih..hehe

Kak Nuridah : sedap kak, ank2 pun makan ni, kelapa tu lebih dari kuih depa angkut..hehe

Wanieyra : dah habis la..saya jawab..hehe

Amie berkata...

anak2 amie suka sgt makan ni...ibunya saja yg tak pandai buat..., nakbelajar dari sinilah yea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...