15 Mac, 2012

Fluffy & Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum

Bersua kembali, senangnya dalam hati setelah beberapa hari berkampung dirumah keluarga, melepaskan rindu pada ayahbonda tercinta..dapat balik kampung 2/3 hari pun dah syukur sangat, apatah lagi kesudian suami bercuti dari kerjanya amat2 dihargai, bukan senang nak bercuti tengah minggu yang sibuk kan..boleh buat sujud syukur nih..huhu..

Alhamdulillah kami selamat pergi dan kembali dengan perjalanan yang lancar jugakla walaupun ramai sangat rakyat Kelantan yang beratur kat jalan, tak sangka lak ramai yang balik kampung hari Ahad & kembali ke bandar hari Rabu..tapi takdela sampai tahap 'jem gileerr" macam masa nak raya tu kan..

Dah..kita tengok kek cokelat lak..


Hari ni nak kongsikan satu lagi resepi kek coklat yang sangatla sedap..betul ni, tak tipu..nak tahu kena cuba ya..resepi asal dari Kak Kam, Ana jumpa kat page mana ya, yang dikongsi oleh Nora Dany Hary, cuma Ana dah ubah sedikit bahan2 tu, yang menjadikan kek ni manisnya sedang2 & rasanya lebih moist dgn penggunaan gula perang. Harap tuan punya resepi tak kisah ya..nama pun dah tukar sebab dah banyak sangat resepi kek coklat, tak tahu nak letak nama apa dah..hehe..

Kek ni boleh dibakar & juga dikukus..ke dua2 cara dah Ana cuba, memang sedap & lembut gebu. Kalau taknak guna mixer, cukup sekadar mengadun menggunakan whisker agar adunan kek ni sebati. Jom semak resepi mudah ni. 

FLUFFY & MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber resepi asal : Kak Kam

BAHAN A :
  • 2 biji telur GRED A
  • 1 cwn susu pekat
  • 3/4 cwn gula halus 
  • 1/4 cwn + 2 sdb gula perang 
  • 1 cwn minyak masak
  •  **(resepi asal guna 1 cwn gula halus kesemuanya)
BAHAN B :
  • *1 cwn serbuk koko
  • *2 cwn tepung gandum 
  • *1 s/k baking powder
  • *1 s/k soda bicarbonat
  • *secubit garam
  • 1 sdk esen vanila
BAHAN * DIAYAK BERSAMA...

BAHAN C : 
  • 1 cwn air panas...


CARA2: 
  • Pukul telur bersama gula sehingga gula hancur dan kembang.
  • Masukkan susu, putar lagi sekejap.
  • Masukkan minyak dan putar sebentar.
  • Perlahankan kelajuan mixer, masukkan bahan2 yg telah diayak dan esen vanila.
  • Apabila dah sebati masukkan air panas dan kacau cepat2 sehingga sebati.
  • Masukkan kedalam loyang yg telah disapu dengan majerin dan dialas kertas.
  • Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, 1 jam @ sehingga masak mengikut kepanasan oven masing2(Ana guna 165'C, api bawah sahaja & api atas bawah sepuluh minit terakhir)
  • Boleh juga dikukus, panaskan dulu kukusan & tutup loyang dengan alum.foil @ balut tudung periuk pengukus dengan tuala bersih supaya air wap tidak menitik atas kek.
  • Kalau mls nak mixer, guna whisk je kacau sebati.
  • Hiaskan dengan coklat ganache jika suka.


COKLAT GANACHE
  • 200 grm coklat masakan (coklat compound lebih sedap)
  • 100 ml susu cair
  • 1 sdt butter

CARA : 
  • Double boiler coklat masakan bersama susu cair. 
  • Kemudian tutup api & masukkan butter, kacau2 kemudian biarkan seketika, dah agak suam, baru tuangkan atas kek, jangan sapu, cuma goyang2kan kek tu je, biar ganache turun sempurna. Sejukkan. Siap.

 SELAMAT MENCUBA..

13 ulasan:

quinnie berkata...

dah selamat balik kl ye anna..:)

kita pun selalu buat kek coklat guna resepi ni..tapi dpt dari inlaw makcik...hehhehe..dulu2 memang selalu buat sampai naik jemu...hhahah..adui aiii...sekarang ni buat ats permintaan je..kekeke

izahdaut berkata...

hamboii balik2 kampung je tunjuk kek. kek ni ke yan ko kata sedap tu? aku kan bab telur gred A ni yang susah ni. telur kat rumah aku semua B. hehe.. nanti nak buat jugak. tq share resepi. leh buat tuk birthday anak aku esok kot.. kotttttt.. ;-)

Anna Alisya Confectionery berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
dZana berkata...

aslmkum anna.. dah balik ke sarang semula yer.. mmg seronok dpt balik ke kg.. hiss.. kek coklat mmg tak pernah jemu .. bila tgok mmg rasa teringin dah ni..

Mama Hawa/Mama Nani berkata...

Salam Ana..
alhamdullilah dh selamat pulang!!
Mcm teringin pulak tgk kek choc Ana nie yum3x

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

kelik kelate ko anna? bakpo dok royak sikik abok... kito nok kiree beli repoh kuzi... hehehe... gurau jer.... rindu betul nak blk kelantan... rindu nk jalan2 ke wakaf che yeh.. & ke pasar besar siti khadijah..

hazila berkata...

Cuti sekolah kan, ramai yg ambil kesempatan pulang ke kampung. Mesti seronok kan...

ijayuji berkata...

Salam kak! Mood mengKEK belum mari lagi :( nk buattttt sgt2 kek2 ni tp pyh betul klu mood takde lagi :D sedut mood dr kak izah dgn akak kasi charge kat bdn kita bg rajin ehehe...

Amie berkata...

Sama-samalah kita manfaatkan cuti yang hanya beberapa hari ini ye Anna....walaupun cuti, menu tetap terhidang!

sabar dubai berkata...

salam kak annaa haii rajinyee akak mengekek yer...ni bulih cube ni..tmbh koleksi resepi kek coklat...

ady berkata...

as-salam Anna Qawina
Amazing! Such a beautiful , I love it!

tun_telani berkata...

kak anna cayang~~~ nx week tun balik kampungggg.. weeee~~~ hihihihi.. saje xnak kalah. nnti kt kg tun try wat kek ni ye, ramai org makan =)

Unknown berkata...

wahh baru blk dr kg ke?alhamdulillah seronok jer kita dgr..kita yg jauh ni tak dptlah nk blk selalu sethn sekali dpt blk pun dh syukur sgt dah.sedapnya tgk kek coklat ni anna..pos mai sini skit nk rasa..hehe

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...