Rabu, 8 Mei 2013

CREAM PUFF INTI KASTARD

Assalamualaikum..

Salam sejahtera  salam ceria..moga sentiasa sihat walafiat hendaknya semua yang bertandang ke sini.
Cuaca redup, mudah-mudahan petang2 nanti takde hujan ribut macam hari2 sebelum ni InsyaAllah.

Harini Ana kongsikan 1 resepi cream puff yang rasanya menepati selera la..Sebenarnya untuk jualan Ana guna resepi dari kelas, bila google2 resepi puff ni sebenarnya lebih kurang sama je bahan2 dan kaedahnya, kita kalau nak tahu mana yang bagus kenala cuba2 sendiri kan, mana boleh dengar2 je..macam-macam resepi cuba dulu buat sikit2, kalau dah jumpa yang serasi dengan selera, ambik jela resepi tu tak payah nak guna resepi lain dah, kecuali masa banyak terluang nak cuba2, takde masalah la ye..terpulang.

Resepi Cream Puff ni Ana jumpa dalam blog Cik Epal, waahh baca resepinya boleh tahan, bagi Ana 90% resepi ni sama dengan resepi kelas, 10% lagi berbeza siikiit je termasuk untuk resepi inti tu..untuk inti@filling kastard pon Ana dah pernah guna resepi ni Alhamdulillah menjadi elok. Perbezaan yg sedikit amat tu takkan menjejaskan cream puff anda..Tak percaya, cubalah dulu..
Saiz yang saya buat ni kecik2 je, kebanyakan yang tempah taknak besar2, untuk jamuan memang lagi bagus buat saiz mini kan, makan pun skali 2 kali gigit dah habis..
Taburan gula icing atas cream puff tu, lagi bagus jika guna 'Snow Icing' @ 'Donut Dusting", gula serbuk yang halus dan tak semanis icing biasa kita guna buat buttercream tu. Daya tahan pun lebih lama kalau kita tabur atas kek dan kuih muih kita, jadi nampak cantik sikitla bila display kan..hehe (walhal takdela cantik mana pun cream puff ni..). Resepi inti kastard pula ada 2, gunalah mana2 yg anda suka..

RESEPI CREAM PUFF (EDIT 8 MEI 2013 : 4:30PM)
Sumber : Cik EPAL

Bahan-bahan :
  • 125grm butter
  • 1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
  • 150grm tepung gandum  *diayak bersama garam
  • secubit garam
  • 4 biji telur
  • 1 sdk esen vanila

Cara-Cara :
  • Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
  • Masukkan tepung gandum bersama garam
  • Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
  • Tutup api dan masukkan ke dalam mixer.
  • Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
  • Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
  • Masukkan juga esen vanila.
  • Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat. 
  • Alas loyang dengan butter/paper/alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
  • Buat sehingga habis, spray/sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik. 
  • Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20-25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
  • "On" kipas oven jika ada.
  • Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.

RESEPI INTI KASTARD

Bahan-bahan :
  • 2 sdb tepung jagung
  • 2 sdb tepung kastard
  • 1 1/2 cawan susu segar *boleh guna susu cair dengan air -( 1 : 1)*lebih sedap
  • 2 biji telur
  • 1/2 - 1sdk esen vanila
  • 3 sdb gula (boleh ditambah kerana inti ni kurang manis)

Cara-cara :
  • Satukan semua bahan di dalam periuk, kacau dengan api sederhana sehingga masak, likat & meletup-letup(mendidih)
  • Inti boleh digunakan.

RESEPI INTI KASTARD (Tanpa Telur)
Sumber : Kak Ida & Tun Telani

Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
    2 camca teh esen vanilla

Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
  • *Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.
Cara menyediakan Cream Puff
  • Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
  • paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
  • Tabur gula icing diatasnya.
  • Jemput makaaannn.. 
>SELAMAT MENCUBA<
 NAK ORDER SILAKAN, HUBUNGI ANA DITALIAN 0193004358

12 ulasan:

Qhaifa Nur berkata...

comel tapi sedap....

Ucu Faridah berkata...

yg kecik2 tulah yg sodap mata memandang n sodap dingap...
ucu pernah buat besar gedabaq hahahha... tapi utk mkn sendiri2 jer..

Mas berkata...

mehhh cream pufff 1 bakul tauke..kikikikii

cantikk cream puff ko makcik...
tu la..buat kecik2 comeiii lebih bestt dimamam kan...

Ayu berkata...

Assalam anna,
so far akak belum pernah buat creampuff..tapi pernah buat eclair...processnya sama jugakan.. satu hari nak buat jugalah..bak sini 20 ketul..hehe

Bbwana adienia berkata...

salam anna..

cream puff memang sedap..sekali ngam ja masuk mulut..

tun_telani berkata...

kat kampung ni oben size kecikk je, xlarat nk bakar banyak2 trip.. hntr kan cream puff ke ganu peliss..

Hafizah Mohamad berkata...

sedapnya nengok...=)

Tanpa Nama berkata...

salam anna,cantik cream puff tu...lum pernah wat..nnti nk wat jgk...terliur tgk mintk sket hehee.... zila66

AhliaSaleh berkata...

Salam Anna..dah lame sy usha gmbr2 cream puff Anna ni..dlm bnyk2 image dlm pak google..cream puff Anna paling menggoda I tau..

ira asya berkata...

Salam, sy selalu bt cream custard tp jd berketul2 lh .. knp ye

Mimiey aleeya berkata...

Ye saya pun buat cream kustard jadi berketul2... Kenape ye sis?

Anna Qawina berkata...

Salam Ira & Mimiey :
berketul2 sebab adunan tak dikacau sempurna @ boleh jd juga tidak ditapis ketulan2 tepung kastard tu. masa tengah mengacau tu jangan sesekali berhenti , sampai jadi likat terus tutup api..
Kalau berketul2 boleh mixer sekejap bg licin & guna macam biasa ya..takde masalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...