Khamis, 9 Mei 2013

KEK COKLAT MOIST 'HANA'

Assalamualaikum.
 
Kek coklat resepi Hana pulak. Macam2 versi resepi kek coklat ni, sebab tu letak nama empunya resepi kat tajuk, senang nak ingat. Boleh cuba kalau terasa nak makan tu, kek ni juga Ana kirimkan untuk mak ayah masa adik balik mengundi tempohari. Alhamdulillah licin bukan mak ayah yang makan, tapi adik2 & anak buah yang lebih, orang tua Ana mana gemar kan kek coklat ni, kecuali MIL Ana..hehe..lama tak buat kek untuk MIL, dia suka kek coklat. InsyaAllah ada kelapangan waktu nak balik kampung akan kubuatkan khas tuk MIL tersayang..


Buat 1 resepi dapat 2 biji saiz 7 inc, sebiji untuk makan2..sekelip mata licin, lapar sangat gamaknya budak2 ni..heehee. Hana, share resepi kat sini ya, tq cekgu..SELAMAT HARI GURU BUAT HANA & SEMUA GURU SELURUH ALAM..hehe


Jom semak resepi. Untuk topping ganache tu Ana tuang ala kadar jela, tengok Hana buat cantik 2 layer gitu, sape2 nak idea deco kek boleh tiru cara Hana tu ya...berdasarkan pengalaman mencuba topping ganache untuk jualan, guna fresh cream lebih cantik hasilnya. Tapi kalau nak budget eloklah guna susu cair ya, tapi sukatan mesti kurang dari resepi yang guna whipp.cream@freshcream. Biasanya freshcream Ana guna brand VIVO. Tulisan bewarna merah Hana rajin sangat bagi kita sesiap sukatan untuk separuh adunan. Terima kasih Cikgu....

RESEPI KEK COKLAT MOIST (HANA)
Sumber : Hana's Family
Kek Coklat Moist AnnaQawina

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 5 biji telur gred A - 3 biji gred B
  • 2 cawan tepung superfine@tepung kek - tpg gandum pon boleh - 1 cwn
  • 1 cawan serbuk koko - 1/2 cwn
  • 2 cawan gula halus - 1 cwn
  • 1 1/4 cawan susu pekat - 1/2 cwn + 1sb
  • 2 1/2 cawan susu segar@susu cair@susu coklat@air biasa- 1 1/4 cwn
  • 1 1/2 cawan minyak - 3/4 cwn
  • 1 1/2 baking powder - 1sk
  • 1 sk soda bikarbonat - 1sk
  • 1 sk esen vanila - 1sk
  • 1 sk garam - secubit
Bahan Topping @ Ganache Coklat
  • 100ml whipping cream/fresh cream
  • 250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
  • 1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
  • 1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)
Cara-cara
  • Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan.
  • Pukul telur dan juga gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna blender pon tak mengapa)
  • Masukkan susu segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan minyak.
  • Oleskan loyang dengan sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170.
  • Sejukkan kek. Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi.
  • Masukkan peti ais kemudian baru potong dan hidang.
 
  • Nota Hana : Untuk topping coklat seperti gambar(rujuk blog Hana), hana curah ganache dua kali. Sekali utk salut kek, dan sekali lagi utk topping yg meleleh. Untuk salut kek hana buat satu adunan topping di atas. Lebihan ganache hana simpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga. Untuk topping meleleh tuh hana buat setengah adunan dr resepi topping di atas. Kene pastikan kek sejuk dan topping pertama dah beku supaya topping meleleh cantik dan tak cair sangat.
**NOTA KEYBOARD : JANGAN LUPA SINGGAH ANNABAKED@HOME YA**

Selamat mencuba

19 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

salam anna..

kek coklat moist ni memang sedap dan moist..sangat gemar makan kek coklat ni ditambah dengan topping coklat lagi umph..

Liza berkata...

salam anna, akk pun pernah buat kek dr hana ni, mmg sedap kan...rasa mcm nak buat lg la pulak...hihihi

Mas berkata...

tak kira.....
nakkkkkkkkkkkkkkkkk juga...kiikiki

JaSSNaNi berkata...

telan air liur..
Gluuurppp!!!! semua sedap.. meleleh2 lagi ni..

Sury Abil berkata...

Copppp...sini ada kek coklat pulak..godaaannnn...sabo je lh...hhehhe
Kek yg mmg kesukaan budak2...kan..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Wah meleleh air tengok kek coklat tu .... sedapnya :D

Ayu berkata...

kek coklat moist macam2 ya anna..
akak pun dah tak tahu mana recipe nak ikut..huhu...tapi memang betul kalau ganache tu guna whipping cream lagi cantik hasilnya..:)

Suzana Ibrahim berkata...

As-Salam Anna..selamat berkenalan.jemput jadi kawan kita pula!

Uncle Lee berkata...

Hi Anna, love your this chocolate cake. Masuk mulut satu spoon boleh lupa nama mak, ha ha.
I suka the colour and the texture, so smooth.
Can see you ada black belt in baking.
Agak2 tiga keping will do me fine.
Ada iced kopi?
Have a fun weekend and keep a song in your heart.
Lee.

hana berkata...

ahakss... patut la terbatuk belakang tangga... hahaha....klu aku buat utk budak2 nih pon jgn arap la nak nak cun belaka... bagi semut makan pon dier tak nak pandang! hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua blogger kat luar... contohilah post nie.
.. walaupun simple.. tapi berisi...

Feel free to surf to my web-site; Tips Isteri Kesayangan

Tanpa Nama berkata...

Very energetic blog, I loved that bit. Will there be a part
2?

Feel free to visit my webpage impotence remedies

saifudin abu izzudin berkata...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

HaSue berkata...

Anna...aku dtg...salam anna,salam. Ada air tak,dahaga nih.hee...
Baik betul mnantu yg sorg nih..rajin nk buat kek utk mil dia. Saja je aku puji ko na..kot ko rajin gak buatkan utk aku ke. Eh resepi ni aku da cuba ke belum ek..lupa lak aku

recipes berkata...

I love this recipe ! Reminds me of you making clean at home, Mom.
And it's fun to see photos of your concern there and see
Dad in that comfy lead we sat in when we visited,
attempting to use the slow internet :)

I can't inactivity to concentrate how the cleanse revolved out in cost
of using it. Does it aroma diametric since it is made with
fleshly fat? Any another differences from vegetable-based max?

Know you!

Mamasya berkata...

Aslmkum Anna
mmg nampak moist kek coklat ni....tambah ganache yg meleleh itu..yummmy

Nadz Nazharzan berkata...

Annaaaa...oooo..annaaaa... bila nak update blog ni????

kechik love bunchit berkata...

salam...kak nk ikot tulisan yg merah or hitam??

Tanpa Nama berkata...

akak., mmg adunan mmg cair ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...