Sabtu, 14 Januari 2012

Kek Karamel Tautan Kasih (Cotton cheesecake + caramel pudding)

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih buat kawan2 yang mendoakan kesihatan saya. InsyaAllah kita semua diberi kesihatan yang sebaik mungkin sepanjang hayat.

Karangan kali ini sudah saya siapkan beberapa hari yang lalu, ya..selepas kek ini siap dah edit resepi & taip ngomel2 sikit, cuma tak kesampaian nak publish & gambar pun baru dimasukkan dalam komputer semalam, kiranya harini cuma tokok tambah jela..

Gabungan kek yang sangat sedap & amat digemari kekasih2 hati saya, sape lagi encik suami & anak2la kan. Antara kek kegemaran mereka kat rumah ni adalah kek karamel & cotton soft japanese cheesecake. Maka digabungkan bersama menghasilkan kek yang amat sedap kaya dengan cheese & sejuk2 puding karamel masuk mulut, ditambah topping bluebery..alahaii..sayangnya saya cuma makan sikit je, tak silap 2 slices je..*sikit tu kan?


Adunan karamel ni saya guna versi lama & cotton cheesecake pula buat separuh adunan je & c.o.t saya tak masukkan, merigue tetap kental, biasanya kalau buat kek yang menggunakan c.o.t utk makan2 sendiri, jarang sgt letak bahan ni, tapi kalau untuk orang tempah kena letak, takut gak tak jadi kan, kali ni dah rasa confident nak share je, kot2 c.o.t tu takde dlm stok kan, boleh je buat, dengan syarat anda ada hand/stand mixer, kalau pakai lengan je tak tahu lak brp lama nak jd soft peak ya..


Sempena berubahnya kejadian kek ini, maka namanya pun saya ubah, harap empunya tuan resepi tak kisah la kan, dah jd caca marba dah resepi asal ni..Oh ya..terima kasih buat kawan2 kat FB yang seronok sangat bagi nama kat kek kita ni, macam2 nama yang gojes2 ada..segan lak, macamla gempak sangat kan..tapi kita pilih "Tautan Kasih" kerana kek ini diilhamkan oleh citarasa kekasih2 hati saya..ehehee..*dekat2 dgn cadangan nama Kak Nor SG tu.."Kek Karamel Cinta Kasih". Tq semua pencadang..(^_^)

Anda boleh juga cuba gabungkan dgn kek2 yang lain seperti Light/Slice cheesecake @ kek2 yang disukai, asalkan adunan kek itu ringan(biasanya yang ada kaedah merigue), kalau kek yang agak berat, puding karamel tersebut haruslah di bakar/kukus terlebih dahulu sebelum diletakkan adunan kek. Blh tgk kek Karamel Coklat Moist Izah Daut buat sebelum ni ya.

RESEPI KEK KARAMEL TAUTAN KASIH
Sumber asal : kek Karamel Munira & Cotton Soft Japanese Cheesecake AlmaMYR
Olahan : Anna Qawina


Loyang 6 inc.bulat (sangat sesuai dgn ketebalan puding & kek)

Bahan Gula Hangus :
  • 1 sudu besar gula pasir

*Taburkan gula dalam loyang kek, panaskan atas api sederhana, biar mencair &memenuhi dasar loyang, lenggok2kan loyang bagi rata. (blh juga guna sudu utk meratakan gula hangus ni ketika ianya masih cair ya)

Bahan Puding Karamel :
  • 1/2 tin susu cair (200ml)
  • 60 grm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur

*Kacau semua bahan puding karamel perlahan-lahan hingga sebati, jangan sampai berbuih.
*Tapiskan adunan puding ni ke dalam loyang gula hangus tadi, ketepikan.


Bahan Kek :
(A)
  • 125 grm cream cheese
  • 25 grm butter
  • 50 ml susu segar (30 ml susu cair + 20 ml air)
  • 3 biji kuning telur
  • 1/2 sudu besar esen vanila / jus lemon
  • secubit garam
  • 10 grm tepung jagung
  • 30 grm tepung gandum *ayak tpg gandum 2/3 kali

(B)
  • 3 biji putih telur
  • 70 grm gula kastor
  • 1/3 sudu kecil jus lemon / 1/2 sudu teh cream of tartar *optional..Ana skip bhn ni

Cara Buat Kek :
  • Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler.
  • Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.  
  • Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon/esen vanila & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj).  
  • Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon/c.o.t, sampai berbuih2 (foamy). (masa ni Ana tak letak c.o.t/jus lemon ya, sekadar putar putih telur semata-mata)
  • Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).   
  • Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati.   
  • Bahagi adunan kek kepada 2 bahagian, 1 bahagian letak pewarna kesukaan, 1 bahagian lagi dibiarkan kosong je.
  • Sendukkan 3 sdbesar adunan kek bewarna ditepi loyang, letak lagi 3 sdbesar adunan kosong (ungu-putih-ungu-putih), cara macam ni kena buat cepat2 sebab dasar kek atas karamel tu akan membuatkan kek cepat merebak memenuhi ruang.
  • Lapisan ke 2, adunan diletakkan bertompok, sudukan 2 sdb adunan berlainan warna atas adunan yang dibawahnya (macam gambar). Buat sampai habis.


  • Bakar kek kira-kira 1 jam 10 minit dengan suhu 160-165'C, dgn cara waterbath,  menggunakan api bawah sahaja selama 1 jam & kemudian api atas bawah untuk 10 minit terakhir *Blh juga guna api atas bawah sepenuhnya.
  • Suhu & masa yang digunakan bergantung kepada oven masing2 
  • Biarkan kek didalam loyang selama 20 minit-30 minit kemudian sisip tepi loyang agar semua bahagian puding & kek renggang sepenuhnya, terbalikkan atas papan kek, tunggu sejuk kemudian bolehla disapu blueberry topping.
TOPPING BLUEBERRY By AlongRoz
*Optional..kalau tak letak topping pun kek ni dah secukup rasa sedapnya.
  • 1/2 tsp Gelatin Halal / Serbuk agar2
  • 15 ml Air
  • 75 g Blueberry filling
Cara-cara :
  • campurkan gelatin/agar2 dgn air. 
  • Panaskan sebentar & campurkan blueberry. 
  • Sapukan ke atas kek yang dah sejuk & sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.
sila...sila..<_______>

 SELAMAT MENCUBA..

22 ulasan:

izahdaut berkata...

ana.. sukenya aku nengok gabungan ni. sah lagi best kan. mewah betul kek ni. nak jugak aku cube. tq tq.. lawo la ana ko buat bulat2 gitu. jadi cantik je belang dia. mmg pakar kek karemel betul ko anna. mudah2 an bertambah order ko. aku nak tiru jugakkk

Anna Qawina berkata...

Jah..tiru jah..telur bnyk lg kan? sila buat ya..hehe

Yatie berkata...

Assalamualaikum Anna,
wahhhhh cantiknya kek karamel tautan kasih mu itewww...geram tul akak tngk..nak buat gaklah..tapi tulah malas tul nak wat sendiri ni..kalau boleh nak freeee je...hah3...

Sheila Shafeareen berkata...

Sah mek sorg ni mmg pakar kek Karemel.....kalah tokey kedai tau wakkkk 'nagis bila baca' hehe
cunbil adah porong corak sebelah2 yg cantik..surelah gabugan rasa yg sdp

Mamasya berkata...

Aslmkum Ana. cantiklah corak kek Ana ni..suka tengok..dgn ada cheese dan caramel kat atas tu...tentunya sedap.tak leh tenung lama2 kan nanti menitik air liur...hi...hi....harus cuba satu hari nanti.

tun_telani berkata...

wah2... makin bertaut laa kasih sayang kekasih2 hati kak anna kan.. penat tun pk cot tu mende ape.. cream of tartar rupa2nya.. hehe.. tun pun x letak biasanya cot tu, x pernah beli pun.

Cendana Kasih berkata...

Ana, hanto ler kat aku sepotong...lawa betui nengoknyer....hehehe

EmbunRosaliza berkata...

assalam anna sedapnya tgk kek tu, manis sejuk n msm2 sikit. dap2nya. blk kg x raya cino ni

Amie berkata...

tumpang minum petang di sini ye Anna,
cukuplah bagi 2 potong kek karamel yang sangat cantik tu!ramailagi yang q di belakang..

nOOrsha berkata...

SALAM K ANNA..ALHAMDULILLAH DA BERANSUR SEHAT...RISAU JUGAK DENGAR TU..OOO BOH NAME NI PUN CANTEK JUGAK..CAM ADA CERITA CINTA DISEBALIKNYA..HIHI...SUKE TGK MARBEL KEK NI KAK, COMELLLL:)

Cheq Sue berkata...

adessss... kalau makan ni memang x hengat la kan... mesti x pandang kiri kanan dah

kakna berkata...

salam ana.. ana ni pakar la pasal nak ngolah kek karamel ni..comel..

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum anna..
canteknye.. nampak soft je kat dlm tu.. lepas tu warna pun menarik, lembut je... selembut aiskrim rasanya.. hahaha.. nani pernah wat kek karamel pelangi yg biasa tu, tapi blom pernah cuba wat kek karamel cotton cheese camni pun.. hehe.. :) sedap nampak, nak try, nanti nak beli cream cheese..

Mas berkata...

anna...
memang menawan la kek kau ni..
nmpk mewahhh....
tahniahhhhhh...

nuwairani ismail berkata...

sangat menarik! tertarik! dan....haihhhh

quinnie berkata...

ayo yo dah kuar dah resepi dia...aduhaiii bila nak cuba ni ek..geramnya tengok....loyang 6 inci kira kecik jugak kek ni....tak cukup ni anna..hahhahaha

K.Nor berkata...

dah close sgt dgn nama yg k.nor cadangkan tu.. mana kek sebijik? :)

maz berkata...

Salam ana...waaa ada kek yg sdppp..stu2nya kek yg kmaz n family suka...tpi nk tnya soklan bodo skit..mna lgi sdp ana..guna kek biasa atau ciskek..sbb kmaz cis2 ni xminat...

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Emmm menawannya kek nie...seindah namanya yg menarikkkk

Wanieyra berkata...

Macam susah je nak buat....huhuhu

HomeKreation berkata...

Vaaaaa...vaaaaa... dono nak kata apa lagi.... memang cantik rupawan & tentu lah sedap ni...

MekNa berkata...

mak aihhh....cun seh kak Anna..mmg nampak kepakaran membuat kek karamel disitu...kagum2 dengan kecomelan dan kegebuannyaaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...