Ahad, 8 Januari 2012

MARBLE CHEESE BROWNIES


Assalamualaikum w.b.t

Selamat menikmati hujung minggu yang tenang & damai sambil bergembira bersama keluarga. Tayangan ala kadar dari dapur yang penuh khazanah bermakna ni..hehe..Brownies ni buat sebab rasa macam nak makan je, & nak habiskan stok cream cheese yang ngam2 utk resepi ni..tapi rasa cheese tu memang dah sedap lah, lenkali kalau nak buat mungkin kena kurangkan gula kot. Encik boss kata agak manis, hmm memang beliau seorang yang tak suka manis2, tapi hepi ending je bila anak2 suka pulun nih..heee


Cuma brownies kita kurang cun lah..huhu..tersilap guna loyang, nampak lain macam je. Masa nak potong pun lupa nak celup pisau dgn air panas, sememeh lak cheese tu kan..Nak tgk yang lawa blh tgk kat dapo Kak Nor & Kak Rinchan..hehe..Nonie pun ada buat ni, dah ramai la yg cuba kan tp pc ni tak blh nk lari laju2 cari link..takat 2 tab je boleh..haha..

MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: Rinnchan
sumber C & P: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan Brownies :
  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bikarbonate
  • 1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.  




Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



SALAM MESRA DI ANGIN LALU...(^_^)

18 ulasan:

Amie berkata...

Selamat pagi Anna,
kita pun suka gunakan cream cheese, sedap!

Ayu Safieza @ Humaira' berkata...

Anaaaaaaaaaaaa,

Jadi owang pertawa nak vongkos ni brownies...peberet ar ni...:)

Ayu Safieza @ Humaira' berkata...

Anaaaaaaaaaaaa,

Jadi owang pertawa nak vongkos ni brownies...peberet ar ni...:)

Cheq Sue berkata...

dah makan tahun, tak cuba lagi MCB ni... kirim beli CC, esok baru dapat. Haish, bak le yang beriben tu..

Cheq Sue berkata...

dah makan tahun, tak cuba lagi MCB ni... kirim beli CC, esok baru dapat. Haish, bak le yang beriben tu..

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

Nak..........

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum...
canteknye brownies, pandai wat, nani lom pandai lagi wat brownies ni,, nak buat pun cam kurang berkebolehan.. tapi suka makan je.. :D

nuwairani ismail berkata...

alangkah bahagianya kalau dpt makan cheese hari2....tapi x mo gumuks! heheh

Kak Sam berkata...

Petang ni ada projek nak menghabiskan creamcheese. Doakan supaya menjadi macam yang orang lain buat.

Suara Kalbu berkata...

Tu diaaaaaaaaaaaaaaa..... dah keluar dah brownies dia.. cedap cedap cedap

izahdaut berkata...

anna..best ek. aku nak buat gak la.. sebab krimches aku next month nak xpired dah. hehe

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Anna
Selamat Tahun Baru 2012

*Waaaa sedapnya...menariknya....ada ikan dgn riben tu nak hadiahkan untuk Kak Lin ke? hehehehe

Nieza berkata...

uishhh sodapnya..ada lagi tak ni anna?lama tul tak mkn ni:)

nOOrsha berkata...

salam k ana..ramai btol oerg tayang ceklat2 arini..nmpak sedap ni ngan cisnye tu..jihihihi..nyumnyummm

norlieharumaini berkata...

tapau bawa balik boleh... mengiurkan tu

Ezadlieza berkata...

salam anna...huissshh sana sini aka pegi mesti ada kek bercirikan cheese,,,dapur anna pun juga nih...yg ikat2 tu utk bagi akak ker anna?.hehehehe

Ayu Safieza @ Humaira' berkata...

Anna......maaf kak terlepas reply anna sebab tempoh hari masuk dlm spam la comment anna....mmmm nak makan apam ni akak kene wat lagi la yer...:)

http://kitchencolours.blogspot.com/2012/01/pizza-dough-i.html

maz berkata...

Salam tahun baru ana...hope blum trlambat agi ye...kita pun buat kek jgk smlm..tpi tu la klu kek2 ni xde yg minat...tpi skali skala nk jgk buat kan...cntik kek2 yg ana buat...smoga thun ni trus sukses...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...