Assalamualaikum.
Apa khabar teman2? Harap semuanya dalam lindungan Allah sentiasa..dilimpahi rezeki & kurniaan yang tiada batasan & sentiasa menjadikan kita insan yang mensyukuri nikmat Allah.
Hari ni nak berbicara berkenaan dengan kek dalam botol kicap yang tengah femes emes ni kan..Alhamdulillah dah berjaya melalui beberapa ujikaji sendiri yang membuahkan hasil ..kononnyala..haha..mula2 dulu ingat susah, tapi sebenarnya tak susah pun..InsyaAllah semua orang boleh cuba.
Pertama tentang jar/botol ni Ana update untuk red velvet ya..yang lain2 akan menyusul InsyaAllah. Banyak info saya rujuk dari FAMILY KITCHEN & bertanya kawan2 terutama Sue Allen..
Jar/botol ni kena beli kat kedai yang menjual botol2 kaca & plastik berdekatan anda (saya tak jual ya..:D).. Kalau dah terdesak, ambik je botol jem yang dah licin tu, buang kertas pembalut & bersihkan, bolehla guna, jangan pula anda selongkar stor2 'aci2 & pakcik2' yang jual beli botol 'recycle' tu tau..takmo..takmo..beli baru!!..haha..korang nie..yang Ana guna ni kirim dengan kawan iaitu Sue Allen..maceh Sue ya..kedai jual balang ni kat Puchong, Quality Pack. boleh anda gugel??
~Ok..mari kita mulakan projek kek dalam balang kita~
RED VELVET CAKE IN A JAR
(Resepi Ana guna resepi RED VELVET CUPCAKES)
Sumber : AnnaQawina
Bahan-bahan :
A:
- 300 g tpg gandum
- 2 camb serbuk koko
- 2 camt baking powder
- 1 camt soda bicarbonate
- 1 camt garam
B:
- 125 g mentega
- 280 g gula castor
C:
- 2 biji telur (gred B)
D:
- 1 camt esen vanilla
- 1 camt cuka putih
- 1 camb pewarna merah
E:
- 240ml buttermilk *Ana guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka (Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)
Cream cheese icing:
- 360 g cream cheese
- 70 g mentega
- 200g gula icing
CARA-CARA:
- Ayak (A)-ketepikan
- Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
- Masukkan (D)-pukul hingga sebati
- Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
- Susun balang2/jar di dalam loyang.Balang kaca tidak perlu digris ya.
- Masukkan(paipkan) adunan dalam balang tersebut hanya 1/2 balang sahaja(timbang setiap adunan tu bagi mendapatkan berat yang sekata) dan bakar secara double boiler pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
- Tempoh membakar bergantung kpd tinggi/banyak adunan kita ya. Cucuk kek didalam balang utk tahu kek benar2 dah masak ke tidak. Kalau lidi keluarnya licin tandanya kek dah masak.
- Sejukkan sebelum dihias.
Untuk Icing:
- Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
- Sedia untuk digunakan..
RED VELVET CAKE IN A JAR
Cara-cara :
- Ambil balang kek yang dah sejuk.
- Ceduk/sudukan keluar separuh daripada kek dalam balang tersebut. Pecah2 sikit takpe.
- Masukkan cream ising tadi atas kek yang masih ada dalam balang.
- Sudukan/paipkan sedikit filling kesukaan (optional)
- Masukkan kembali kek yang kita dah keluarkan semasa proses mula2 tadi.
- Paipkan kembali cream icing & tabur dengan serdak kek@ hiasan kesukaan masing2.
- Sejukkan dalam peti sejuk.
- Setiap layer tersebut terpulang kpd anda untuk letak filling apa@ macamana pun, janji sedap..hehe..
SELAMAT MENCUBA..



































