Menu desert yang saaangat sedap...tak caya..kena cuba..tak pon boleh order..InsyaAllah anda takkan kecewa akan rasanya yang sangat sedap..heehee
Idea asalnya Ana dapat dari teman fb iaitu Kak Rafidah , peniaga yang berjaya kat Kulai nun..cuma resepi penuh beliau takdela kan, main agak2 gitu..campur tolak sumber2 terbaik InsyaAllah kita akn dapat hasil yang lebih baik..kena cuba berkali2 mungkin bagi sesetengah orang baru berjaya, bagi sesetengah yang lain pula sekali tengok dah tahu apa nak buat kan..itu kelebihan masing2, bukan kekurangan diri kita..Allah dah jadikan diri kita berbeza2 dengan kasih SayangNya tanpa kita sedari kelebihan yang Dia ciptakan untuk kita kan..jadi jangan anggap orang lain lebih dari kita tapi anggaplah kita belum mencapai tahap seperti orang lain, itu akan menjadikan diri kita bermotivasi sikit..haih..pagi2 ada motibasi lak..
Dah jom layan satu menu sedap nih...cuba tau..tak pon boleh order terus kalau nak buat majlis ke apa kan..*sempat lagi tu niaga..hehe
Lenkali isi kastard bagi tinggi sikit baru puas makan..penggunaan jelly powder agak tinggi kosnya, maka anda boleh tukarkan kepada serbuk agar2..ikut bancuhan yang perlu ya.
hmmmm...tak tau nak kata apa..takyah kata apa-apa la kan??hehe..adoyaiii..tetiba rasa nak makan lagi..
TRIFLE KASTARD BERKRIM KEJU
Resepi & Olahan : AnnaQawina
Bahan-bahan :
(Kastard) :
- 1 tin susu cair
- 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
- 7 sudu besar gula pasir
- 4 sudu besar membumbung tepung kastard + 1/2 tin air
********************************************
- Kristal Jelly@serbuk agar-agar
- 1 tin fruit koktel (ambil buahnya sahaja)
- Buah-buahan segar - dipotong dadu
****************************
- 250 grm whipping cream- dipukul kental
- 125 grm krim keju
- sedikit gula castor jika perlu
- esen lemon@jus lemon *optional
Cara-cara :
Lapisan 1=> Kastard :
- Campurkan susu cair, air dan gula ke dalam periuk, masak api sederhana sehingga bancuhan susu mendidih. Sementara itu bancuh tepung kastard dengan 1/2 tin air hingga sebati
- Apabila susu dah mendidih, kecilkan sedikit api, masukkan bancuhan tepung kastard tadi, kacau sentiasa hingga likat dan berkilat.
- Tuang ke dalam bekas yang sesuai. Ketepikan.
Lapisan 2 =>Agar-agar@jely:
- Bacuh serbuk agar2 @ jelly mengikut arahan pada kotak.
- Masak hingga mendidih. Tutup api, biarkan suam sedikit.
- Perlahan2 tuangkan ke atas lapisan kastard tadi.
Lapisan 3:
- Taburkan buah-buahan koktel diatas lapisan jelly @agar-agar.
Lapisan 4 :
- Pukul krim keju bersama gula dan lemon esen hingga lembut.
- Satukan dengan whipping cream yang dah dipukul kaku tadi.
- Kaup balik hingga sebati @ boleh mix guna pengadun kek dengan speed perlahan.
- Paipkan diatas lapisan jelly dan buahan koktel tadi.
- Akhir sekali taburkan buah-buahan segar. Sejukkan di dalam peti ais. Nikmatinya semasa sejuk..
**Pilihan I : boleh juga kalau tak nak letak krim keju, jadi trifle kastard buah kektel la kan.
**Plihan II : skip penggunaan krim keju, just paipkan fresh krim dan tabur buah-buahan@kekacang
SELAMAT MENCUBA
(Untuk tempahan, boleh pilih jika hendak disediakan dalam bekas bersaiz kecil supaya senang dihidangkan, atau bekas bersaiz 7 inci petak)
(Hubungi Ana untuk tempahan, sekurang2nya 3 hari sebelum majlis anda berlangsung, InsyaAllah harga yang berpatutan dengan rasa yang mantop!!)