Dah kenyang makan jemput2 kita layan kek lak..kek kukus yang dah ramai jugakle mencubanya..baru datang seru nak buat lepas adik hantar mesej suruh buatkan dia kek..apa-apa kek le katanya...dah lama tak makan..konon..taktik nak makan free kan..haha..tapi sebenarnya dah lama jugak teringin nak buat kek ni, cuma kalau hari2 biasa takde sape nak habiskan, budak-budak kurang sikit makan kuih kek, sebab bila balik sekolah pun dah pukul 7, senja dah..nak makan nasi jela..
Ana buat 1 adunan, guna loyang petak 8 inc, ada lebih sikit, jadi cuba masukkan dalam loyang kecik..boleh gak kita rasa kan..yang petak besar Ana bakar..yang kecik dikukus...hmmm..bila makan yang kukus tu, Subhanallah..cukup lembut, tak payah bertopping, orang takde gigi pun boleh kemam & telan je..heh..
![]() |
| kukus.. |
Yang dibakar lak, bila nak masukkan dalam bekas, tak muat, Ana potong bucunya, jadi, dapatle makan yang dibakar tu sikit..sedap jugak tau..cuma yang kukus lebih moist berbanding ke'moist'san kek yang dibakar tuh...hihi..*punah bahasa..*
Sumber : Chef Zubaidah & Along@myresipi
Bahan-Bahan:
**100 gm serbuk koko
**1 tin susu cair
**200 gm minyak masak/minyak sayuran/butter cair
**250 gm susu pekat
250 gm gula kastor - aku kurangkan ke 180 gm saja
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder
1. Campurkan kesemua bhn bertanda ** dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.
Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sb butter/margerin/minyak masak
*kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.














