04 September, 2012

TEMPAHAN AIDILFITRI 2012 - PART 2

Assalamualaikum

Kini mengupdate sikit..tempahan sebelum raya haritu jugak..Alhamdulillah..rezeki dapatle lepas bayar tol balik kampung..ngehehee...terima kasih buat yang tak jemu membuat tempahan dengan Ana ya..mana yg terkurang dan perlu penambahbaikan tu silala bagi komen..InsyaAllah akan baiki skill yang tak berapa nak ada skill pon neh..ala-ala ajer..hehe..

 *Cheese Tart : saiz crust 4.5cm
Strawberry Cheese Tart (RM35.00/50pcs)
Chocolate Cheese Tart (RM40.00/50pcs)
Blueberry Cheese Tart
Blueberry & Strawberry Cheese Tart (RM35.00/50pcs)
Blueberry Cheese Tart
Almond London
Almond London
Snow Almond
Tart Shell & Biskut Dahlia@Semperit

Semua ni pickup & delvry sblm hari raya tempohari..tart shell, cheese tart, chocolate cheese tart & beberapa jenis biskut raya yang sempat Ana buat..

Sesiapa nak order untuk jamuan rumah terbuka Aidilfitri yg masih bersisa ni bolehla email @ sms @ wassup kat Ana ya.. 

Email : anna_qawina@yahoo.com
sms @ wassup : 0193004358

Sekian..Wassalam

03 September, 2012

TEMPAHAN AIDILFITRI 2012 (Part 1)



Assalamualakum w.b.t
Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi,bersua kembali alam maya yang sangat beerti..uish...lemau betul nak hapdet blog..rasanya bukan kita je ni..ramai lg yang melemaukan diri kan..huh..ada ubat tak? heeh..


ok...update pasal tempahan sempena Aidilfitri yang lalu..Alhamdulillah rezeki semua dikongsi bersama..ini sebahagian yg sempat update harini..terima kasih atas kunjungan..



Heavenly Choc.Moist Cheese Cake -10 inc RM80.00 (kek coklat Moist(bakar) dgn lapisan krim keju & coklat Ganache) 
Tq Riza..order untuk belated besday anak bongsunya & mkn2 sempena raya..

Kek Coklat Moist -9 inci RM40.00

Heavenly Choc.Moist cheese cake 

Kek Coklat Moist -9 inc RM40.00 -Order dari Kak Leha
Kek Puding Karamel - 9 inc RM40.00 / 6-7 inc RM22.00

 Red Velvet Cheese cream in jars -RM8/jar- Order dari Fadhilah dr Kolej Polytech Mara KL...tq ye dik..


Terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong bisnes kecil2 Ana ni..halal mana yang terkurang ya..jual dgn seikhlas hati InsyaAllah


13 Ogos, 2012

AGAR-AGAR MOCHA/STRAWBERY

Menu sejuk-sejuk masuk tekak..sesuai untuk juadah berbuka puasa..layan...


Resepi asal takde layer pun, tapi Ana bahagi 3 bahagian & 1 bhgn tu campurkan stoberi paste..letak jugak baki2 stoberi yang dah layu tu dalam agar-agar ni..


RESEPI AGAR-AGAR MOCHA
Sumber : ReenKhan
Agar-Agar Mocha Strawberry by AnnaQawina

Bahan-bahannya:

  • 20 gram agar-agar tali
  • 5 cawan air
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan serbuk koko Van Houten 
  • 1 sudu kecil nescafe
  • sedikit strawbery paste*Ana tambah

Cara-caranya

  • Cuci bersih agar-agar dan toskan
  • Masak agar-agar dengan 5 cawan air hingga larut.
  • Masukkan gula dan susu pekat manis. Kacau hingga larut. 
  • Pastikan api yang digunakan tidak terlalu besar.
  • Tambahkan larutan koko yang telah dicampur dengan nescafe. Kacau sebati. 
  • *Ana bahagi kpd 3 bahagian dahulu baru campurkan koko dalam 2 bahagian tersebut, 1 bahagian lg tambah strawbery paste.
  • Masak hingga mendidih,tapis kemudian tuang ke dalam acuan yang digemari.*Ana tuang 1 bhgn koko, keraskan, karuk dgn garfu permukaan agar2 kemudian tuang agar2 strawbery, seterusnya langkah yg sama dgn agar2 mocha yang berbaki.
  • Sejuk beku sebelum dihidangkan.

10 Ogos, 2012

UDANG BEREMPAH BERIANI

Resepi dari Kak DayangJack yang sedang sibuk melapis kek..ehhe..makasih kak Dayang..soo sedap..cuma Ana takde daun kari..tu pun dah sedap dah makan dengan nasi panas semasa bersahur tempohari..Alhamdulillah..terima kasih kak Dayang untuk resepi ni ya..Ana share kat sini..


RESEPI UDANG BEREMPAH BERIANI
Sumber : dayang Jack@Dapurku Sayang
Udang Berempah Beriani by AnnaQawina

bahan-bahan : Ana cuma buat separuh dari resepi di bawah
  • 500g/sekilo Udang besar/sederhana
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih

Cara-cara :

  • Gaulkan udang bersama semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  • Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah udang hingga masak keemasan.
  • Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.
SELAMAT MENCUBA

FRESH FRUITS TART

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar kawan2 yang diingati..harap semua dalam lindungan Ilahi sentiasa..semoga Ramadhan yang semakin ke penghujung ini memberi lebih keberkatan buat kita semua InsyaAllah.

Semasa n3 ini keluar, Ana mungkin sibuk di depan oven menyiapkan tart shell yang belum berkesudahan, ada juga penambahan order disaat akhir ni..nak tak nak buatle jugak..mana yang rasa tak sempat tu harap maaf la ye, Ana terpaksa tolak tempahan takut tak terkejar..dengan anak2 yang kurang sihat ni, raya pun dah semakin dekat, karang kita yang tak balik kampung raya ni..hehe..seraamm..



Kali ni nak share pula resepi tart buah-buahan segar..ini adalah tempahan dari Saudari Nas dari PPUM, untuk jamuan berbuka puasa kat hospital tempatnya bekerja tu..Alhamdulillah dapat siapkan, cuma lepas dah hantar tu ada kesilapan teknikal yang tak boleh dikawal..huhu..harap Nas ok kan..harap tart tu sedaple..InsyaAllah.

RESEPI CRUST <----Klik


RESEPI KRIM KASTARD & FRUITS TART
Fresh Fruits Tart by AnnaQawina

Bahan2 Untuk Kastad :
  • 1 cawan tepung kastad
  • 2 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
  • 1 camca besar marjerin@mentega

Cara2 :
  1. Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.
  2. Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.
  3. Masukkan ke dalam piping bag. 

**Buah2an :
Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi
Potong mengikut citarasa masing2.
**Sebaiknya potong buahan dahulu sebelum mengadun krim kastard kerana kastard cepat membeku dan akan menyukarkan kita meletakkan buah-buahan diatasnya.


**Coklat masakan yang dicairkan guna kaedah double boiler (optional)

Cara Untuk Menghias :
  1. Sapu nipis coklat masakan yang dicairkan terlebih dahulu..ketepikan seketika.
  2. Picitkan adunan kastard ke atas tart crust.
  3. Susun buah2an pilihan.
  4. Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.

Nota :
  1. Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.
  2. Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang.
  3. **Ana pernah cuba guna air sahaja tapi hasilnya agak kurang kena dengan selera, jadi kali in guna susu cair ikut resepi di atas..Alhamdulillah sedap 
  4. Tujuan menyapu coklat cair ke atas crust adalah supaya crust tahan lama tak mudah lemau bila diletakkan adunan krim kastard.
SELAMAT MENCUBA KEPADA YANG NAK CUBA BUAT TU..KEPADA YANG NAK BUAT TEMPAHAN MUNGKIN UNTUK JAMUAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA NANTI BOLEH HUBUNGI ANA TERUS YA..terima kasih buat yang berkunjung..Wassalam

05 Ogos, 2012

Ayam Goreng Berempah Simple

Selamat menunaikan ibadah puasa ya teman2...dah pun pertengahan Ramadhan ni..ada yang dah buat kuih raya nampak..tukang jahit pun rasanya dah tak lelap mata ni..ehhe..apapun semoga anda semua sihat walafiat & diberi kemudahan & kesempatan yang lapang untuk beribadah kepadaNya..
 
Sekarang menu kesukaan anak-anak pula..kali ni guna ayam, hajat nak buat macam Noorsha tu..ada rempah bagai dengan rosemary lagi..tapi apakan daya..hehe..tak cukup bahan, maka bersilat le jugak nyudahkan yang simple2, Alhamdulillah..anak-anak suka ni..siap ratah lagi..


Saja nak kongsikan di sini untuk kenangan & panduan dilain hari oleh anak-anak mungkin..ehhee

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE
Sumber : AnnaQawina

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil & dibersihkan
  • 1 ulas Bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Rempah cajun
  • Serbuk lada hitam
  • garam
  • serbuk perasa@gula
  • daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara :
  • Tumbuk bawang merah, putih & halia hingga lumat.
  • Gaulkan semua bahan termasuk bahan tumbuk dengan ayam yang dah cuci tadi.
  • Perap lebih kurang 2@3 jam.
  • Goreng dengan minyak yang banyak guna api sederhana sehingga masak.
  • Sedia dihidang.
  • *kalau nak rasa lebih pedas boleh tambah cili api yang ditumbuk kasar

SELAMAT MENCUBA..simple kaann..

04 Ogos, 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri Cara Kak Anim

Assalamualaikum

Ni haaa...menu femes emes sekarang ni bagi penggemar asam podeh...resepi rahsia warisan asli dari Rembau...sape lagi..iaitu Kak Anymz..wah..glamer hakak kita sekarang ni tau..banyak menu2 yang best kat blog beliau..sila..sila...jenguk sana ya....


RESEPI ASAM PEDAS ANYMZ 
Sumber asal : Kak Anim
Copypaste : Noorsha & Mas

Bahan :
  • 1 ekor ikan talapia hitam.(noorsha & Ana guna ikan tenggiri)
  • 20 tangkai cili kering - didihkan sebentar angkat dan toskan - dikisar
  • 1 labu kecil bawang besar - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • sedikit halia - dikisar
  • sedikit kunyit hidup - dikisar
  • 1 kuntum bunga kantan - dikisar
  • 2 batang serai - dikisar
  • sedikit daun kesum - di kisar
  • belacan -dikisar ( noorsha tambah )*Ana tak letak
  • air asam jawa secukupnya
  • 1 kiub ikan bilis - (noorsha ganti ngan 1sb udang kering yang dikisar)
  • garam secukup rasa
  • beberapa batang bendi 
  • tomato - dibelah 4
  • sedikit serbuk kunyit 
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara memasak :
  1. Ikan di bersihkan dan dilumur garam dan sedikit serbuk kunyit.Ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak @ pecah minyak.
  3. Pastikan cili betul2 masak @ garing, masukkan sedikit air asam jawa, kacau sedikit.
  4. Masukkan ikan dan didihkan sebentar, kemudian masukan garam dan kiub ikan bilis.
  5. Masukkan lebihan air asam jawa dan biarkan mendidih lagi. Kemudian baru masukkan  bendi ,tomato @ terung jika suka.
  6. Kecilkan api dan didihkan hingga masak.Tabur sedikit serbuk lada hitam, biaekan seketika dan boleh tutup api dan sedia untuk di hidang.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...