19 Mei, 2016

VANILLA CRUNCHY COOKIES

Assalamualaikum w.b.t
Sekian lama menghilang, nasib baik ingat lagi kata laluan blog ya..Alhamdulillah. masih berkesempatan disini, semoga urusan kalian yang sudi membaca coretan ala kadar harini dikurniakan kesihatan, kebahagian & diRahmati-Nya sentiasa. InsyaAllah.

Harini nak kongsi resepi biskut yang bakal jadi hidangan Aidilfitri atau hidangan hari2 pun iyer..senang dan sedap, anak2 pun boleh tolong siapkan ni..Masa buat ni saya minta Damia yang tolong, sempatla 2 tray dia sudukan, bolehla dari langsung takde buat apa2. Berbanding beli chipsmore, oreo ke apa yang manis2 kat kedai, apa kata bagi peluang anak-anak buat sendiri, buat besar2 macam Giant Cookies pun boleh, cepat siap..hehe



VANILLA CRUNCHY
Sumber : Pn.Nur Azura (Facebook)
(terima kasih empunya tuan resepi, semoga bertambah maju jaya & murah rezeki)

Bahan A (Pukul sebati guna tangan/senduk kayu je)

  • 250gm butter/marjerin
  • 100gm gula perang
  • 100gm gula castor
Bahan B (Satukan)
  • 1 bj kuning telur
  • 1/2 sudu teh vanila
  • Sedikit butter oil (ini yg bt sedap & bau best)rahsia dr guru beliau (optional, takde stok tak letak la)
Bahan C (Satukan & ayak bersama)
  • 350gm tpg gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bicarbonat
Bahan D
  • 250gm Import Coklat chip (saiz kecil2)
Cara2 :
  • Gaul sebati bahan A lepas tu masukkan bahan B...
  • Dah sebati masukkan bahan C dan D
  • Masukkan dalam peti ais lebih kurang 1 jam (bahagian chiller) kemudian keluarkan & boleh dicubit kecil2/sudukan 1/2 sudu teh agar dapat biskut yang sama saiz
  • Bakar selama 16 minit menggunakan suhu 160°c (oven industri) @ bergantung kepada oven masing2 ya..
  • Biarkan sejuk & simpan dalam bekas kedap udara..
**Tips nak dapatkan saiz biskut yang sama, gunakan sudu penyukat untuk menceduk adunan biskut.

Langsai dalam masa 1 hari je okeh...SEDAAPPP!! 

Bingka Jagung

Assalamualaikum..Pertengahan Mei sudah menjengah, misi meng'update' blog yang sentiasa tinggal misi..jangan basi sudah!!
Bingka ni sedap, tak perlu guna telur, sape2 ada jagung tu boleh cuba resepi ni ya..tq Kak Fida untuk resepi sedap & mudah ni. Semua resepi Kak Fida terbaik sejak dulu kala..hehe 
Resepi Bingka Jagung Tanpa Telur
Sumber Resepi : Kak Fida@myresepi 
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu segar/cair
  • 1 tin jagung krim
  • 1/2 sk garam
  • 1 sb mentega cair/minyak
  • sedikit esen jagung/vanilla
  • secukup pewarna kuning
Cara-cara
  1. Ayak kedua tepung ke dalam mangkuk.
  2. Satukan bahan2 yang lain ke dalam blender dan kisar halus dan tuang ke dalam mangkuk berisi tepung sambil dikacau hingga sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan bakar pada suhu 170C selama 40 min atau hingga kuih masak ikut kepanasan oven masing2.
  4. Sejukkan kuih dan boleh dipotong dan hidangkan.
    Selamat mencuba

13 Februari, 2016

CHEWY CHOC CHIPS COOKIES ala SUBWAY

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar anda disana dan disinun? Harapan saya semua baik2 aje, semoga sentiasa dalam limpah kurnia Allah s.w.t hendaknya..

Mengukis katanya..ala Subway ke Midway ke Highway tak tauler nih, macam takde rupa lak..hehe 
Saya buat biskut ni untuk kudap2 anakanda Adam kat asrama haritu, nak cepat kan, gentel2 je terus bakar, tidak berkesempatan nak perap dalam peti ais kejap, dan bakar terlebih masa kot jadi biskut agak garing bila siap, cuma biasala anak-anak mesti suka kan, ala2 chipsmore la kalau cedok besar2 dabak gitu..silala cuba kalau rajin, senang je haaa..pejam mata je boleh tidoo..eh eh!! pejam mata je boleh siap..haha

RESEPI CHEWY CHOC CHIPS COOKIES ala SUBWAY

Bhn2: ( 36 keping biskut)
  • 115 gm butter tanpa garam
  • 120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
  • 90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen Vanilla
  • 200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
  • Sedikit coklat butang untuk hiasan ~ jika suka
Cara-cara :
  • Mula-mula satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayak 
  • Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang 
  • Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau wisk sahaja. 
  • Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje 
  • Kemudian masukkan telur dan vanilla 
  • Adun rata 
  • Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata 
  • Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna 
  • Sediakan loyang 
  • Dengan menggunakan scoop ice cream anda scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi 
  • Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang 
  • Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya 
  • Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar 
  • Panaskan oven dengan suhu 180C 
  • Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies 
  • Bakar selama 15 ~ 18 minit 
  • Jika anda suka ia sedikit rangup bakar dalam 18 minit - 20 minit. 
  • Tapi bagi anda yang suka ia chewy dan lembab-lembab di dalam bakar 15 minit dah memadai -Liza bakar 15 minit je /saya bakar 20 minit

12 Februari, 2016

Serimuka Gula Melaka

Assalamualaikum, salam sejahtera..
Serimuka lagi,eh 'ter'rajin pulak buat kuih ye? sesekali jela..teringin nak makan kena gak buat. Cuma kejadiannya agak menyayat hati tengok kejadian kuih ni..haha.. 
ni lah padahnya, bila anak menolong tanpa pengawasan, saya minta Damia kacau2 adunan kuih perlahan2 tak bagi berketul-ketul, sebab sambil2 tu saya tengah menyiapkan tempahan Tart Shell, lupa nak jenguk kan, tengok2 dah berketul-ketul..sabo jela..

Tapi apa-apa hal pun kuih tetap sedap, dapat juga bawak kuih ni jumpa anakanda Adam kat asrama..bakinya ngap sendri, tak cukup pulak dah..sedap & elok makan bila sejuk, masa panas2 macam manis sikitla..Yang seronok bila tak perlu nak rendam2 pulut tu, cuci2 tos & boleh guna dah..
Resepi saya ambil dari blog kak Nadz..tq kak..

Serimuka Gula Melaka
Loyang saiz 7 x 7inc.
Sumber : NADZ COSK
Bahan-bahan Lapisan Bawah :
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/4 cawan santan cair
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Basuh beras pulut dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam.
  3. Kukus sehingga masak.
  4. Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 X 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik.
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat dan rata.

Bahan-bahan Lapisan Atas :
  • 200 gm gula Melaka (putong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1 Tbsp tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula Melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. (kalau ada ketulan, boleh ditapis).
  3. Masakkan adunan di atas api hingga naik wap.
  4. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak.
  5. Saya tutup permukaan loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air wap menitik pada permukaan kuih.
  6. Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan.
  7. selamat mencuba

11 Februari, 2016

Talam Serimuka Pandan

Bissmillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum.. 
Bersua kembali setelah puas golek2 bercuti kat kampung beberapa hari, Alhamdulillah ada rezeki jumpa mak ayah & adik beradik + kenduri perkahwinan anak saudara, dapat juga jumpa saudara2 jauh kami yang dah berkurun tak jumpa..Sekarang mari kita bersenam jari jemari update apa yang patut ya..

Pertama kali ambil tempahan serimuka, berdebar weh, Alhamdulillah berjaya jugak siapkan..ni beberapa mggu lepas rasanya saya buat..nasib adik sendiri yang tempah, kalau orang lain sah-sah saya tak berani buat..hehe

Resepi sedap dari blog Kak Yatie, juga resepi asal dari Chef Asma memang terbaik. Saya suka kuih2 Melayu camni tapi sangat jarang buat sendiri, renyah jugakla rasanya..hehe

Resepi Serimuka Pandan
Sumber : Kak yatie & Chef Asma
(saya guna loyang 9 x 9inc sebab kukusan tak muat loyang 10inc.)

Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2". (Saya guna loyang 9 x 9inc)
Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 250 gm gula pasir
  • 2 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 1 sudu kecil pewarna hijau 
  • 2 sudu kecil pandan paste(nak lagi sedap guna 5 helai daun pandan dan kisar bersama air di atas, tapiskan dulu)
Cara caranya :
  1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga naik wap dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna steamer trio, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit)
  4. Saya guna kukusan biasa, tutup loyang dengan aluminium foil jadi tak perlu risau air wap menitik kat permukaan kuih.
  5. Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.
  6. Selamat mencuba

05 Februari, 2016

Sandwich Keju & Telur Mayo

Sandwich keju & telur mayo..Menu sarapan & bekal lagi. Eh dah mood nak bercuti balik kampung dah ke? CNY 2016 tak lama lagi, maka sesakla jalan2 yang ada tu..hati-hati kepada yang memandu..

Bekal & sarapan anak-anak lagi ya, anak ramai ni kena kerap siapkan bekal mana yang sempat, kadang tak sempat atau lenguh kaki tangan pagi-pagi nak masuk dapur tu tapau jugak la..

Sumber resepi FB..
Siapkan bahan2 telur tu malam sebelum tidur ya. Pastu simpan peti ais.
Potong kerak roti siap2..simpan dlm bekas tertutup.
Bangun pagi tinggal siapkan je & masuk bekas bekal anak2.. bahan2 boleh agak-agak sendiri ikut citarasa.

*Kepingan roti sandwich buang kerak tepi.
*Keju cheddar keping
*Telur rebus
*Mayonis
*Garam (x letak pon takpe)
*Lada hitam serbuk
*Planta/butter

Cara :
Lenyek telur rebus.
Satukan dengan planta/mayonis/garam & lada hitam.
Letak keju atas roti,
Sudukan adunan telur. Ratakan.
Letak salad & tutup dgn sekeping lg roti.
Potong 2 & hidangkan utk yg tersayang.
Selamat mencuba

04 Februari, 2016

Cucur Manis Lobak Merah Lagi

Menu senang2 sampingan dalam bekas bekal anak-anak. Suka buat cucur/cekodok susu ni sebab senang, bahan tak banyak & saya suka parutkan lobak merah dalam tepung tu, bagi anak-anak makan sayur tanpa sedar..hehe

Resepi ulangan tapi saya taipkan lagi kat sini, resepi asal ada kat sini -->Cucur Manis
Cucur Manis lobak merah :

3 cwn tpg gandum
3 cawan air panas
1/2 cwn susu pekat
1 batang lobak merah saiz sederhana
Secubit garam.

Adun semua sebati guna senduk .
Goreng dlm minyak panas.
Siap.. selamat mencuba

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...