27 Disember, 2010

GA blog MYSHOPBELLO

Meh ramai2 join GA blog MYSHOPBELLO ni, dapat hadiah coklat..mesti sedap sangat..tarikh tutup dah dekatla..hehe..mana tau ada rezeki kan..

 

Cabutan Bertuah

Ingin menjadi pengikut yang bertuah utk akhir tahun 2010?



Syarat2 yg mudah sesangat :]

~ Just follow..dah..follower yang ke 94

~ buat entry kat blog u all yg mana ade blog..tulih je pe pon ..asalkan ade ltk link .. 


@ bg sesiapa tiada blog just share address blog myshopbello kat wall post FB u all

"Tuan punya blog ni namanya Wanie.. minat berniaga menambah pendapatan & mengembangkan minat & bakatnya..semoga Wanie terus berjaya dalam bisnesnya itu"


kepada kawan2 yang berminat nak join bolehle..
klik kat sini : http://myshopbello.blogspot.com/2010/12/cabutan-bertuah.html
*Tarikh tutup : 31 Disember 2010



24 Disember, 2010

Kenal MAMAJAY Tak?

Pengumuman..

heheh..mandai2 jer...sapela yang tak kenal MamaJay a.k.a.Mama Kastam Tioman kat Myresipi tu kan..beliau seorang yang teror masak terutamanya maasakan kuih muih & lauk pauk..



Ana sje2 nak pakat2 ajak kawan2 terjah blog beliau...dah lama sebenarnya ada blog tapi baru je aktif masukkan entry..silakan kita ramai2 jamu mata yea....


Ini blognya :


Sekian, terima kasih..

OK KE? KOMEN SIKIT BLH?

Assalamualaikum..



**mintak komen sikit kepada kawan2 yang sudi berkunjung, ok ke background ni? ada nampak serabut tak? kalau rasa berpinar2 bijik mato, bgtau ek..hihi

**tak tau le nape suka suki je nak berbunga kat blog ni, pink kaler lak tuh..huhu

**pastu kan, ada sape2 boleh bgtau tak canne nak letak header yg sama macam templet ni tp boh pic.sendiri?

**plss: bg komen jika sudi...(",)


23 Disember, 2010

D.B.C.CAKE + CHOC. FROSTING +ICING

Assalamualaikum.

 

Semalam (Rabu, 22 Dec.2010) adik Ana ada kongsi duit ngan kawan-kawan 1 opis dia untuk buatkan 1 majlis ringkas, sebenarnya sebuah kejutan buat salah seorang rakan opis dia. Dia suruh (bayar tau..) Ana buatkan 2 biji kek, 1 kek coklat & 1 lagi kek karemel untk jamuan tu. Kek coklat tu Ana guna resepi dari mrsdayat@myresipi..Death by Chocolate Cake, cuma Ana tak buat ganache ikut resepi dia, buat guna cara lain sikit & hasilnya sungguh memuaskan..bg Ana le, sbb kita ni jenis kerastangan, kira macam ni pun dah puas hati kan..hehe
 

Agak-agak ok tak tu? hihi..nak buat garisan je tangan dah terketar2, dalam hati tak jadi habisla, haha..mula2 Ana ada jugak tulis, tapi lain macam pulak tgk tulisan ngalahkan doktor..huhu..malu jer, cepat2 sapu balik & deco camtuh...

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KEK..Death by Chocolate Cake

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)..Ana guna gula kastor
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak / butter cair *Ana gna minyak
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
**utk ganache** & cara2nya boleh tgk kat sini..
 
Cara-cara(KEK)
  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. boleh juga kukus selama lebih kurang 1 jam 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Chocolate Frosting..resepi dari Hersheys Perfect Choc.Cake..

BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 cawan (1 stick) butter / margarine..Ana guna marjerin
  • 2/3 cawan serbuk koko
  • 3 cawan gula icing
  • 1/3 cawan susu cair
  • 1 teaspoon vanilla extract..@ boleh juga esen vanila
CARA-CARA :
  • Cairkan butter / marjerin
  • Tuang butter cair tadi ke dalam bekas mengandungi serbuk koko, gaul kejap.
  • Masukkan gula icing & susu.
  • Putar speed sederhana sampai sebati
  • *Jika perlu tambahkan lagi susu (Ana tak tambah )..masukkan esen vanila..siap..
  • Boleh disapu pada kek macam Ganache..boleh juga dibuat layer pada kek, jika dikeraskan boleh dibuat bunga coklat..
  • Tekstur Chocolate ni bila dah siap agak likat tetapi senang nak sapu pada kek, rasanya lebih sedap
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ICING BUTTERCREAM : resepi ni Ana dah lupa sape bg..t.kasih buat penyumbang rsp.
  • 250 gm butter
  • 250gm shortening
  • 200 gm susu pekat
  • 40 gm gula icing 
  • 1sudu esen vanilla
**putar semua bahan hingga gebu dan ringan. 
**Ambil banyak mana kita nak untuk warnakan, tambahkan pewarna, kacau sebati & bolehla diguna

Kek cara Ana :
  • Kek yang dah siap bakar, disejukkan dahulu
  • Potong kek kepada 2 lapisan
  • Sapu Chocolate Frosting tadi keseluruhan permukaan kek (bahagian bawah)
  • Lapiskan dengan sebahagian lagi kek menutupi Chocolate Frosting tadi.
  • Salut keseluruhan kek dengan Chocolate Frosting, Ana buat 2 kali salut, ada lebih lagi Chocolate tu.
  • Hiaskan dengan icing
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini pula kek karemel untuk diaorang menikmatinya..siap taruk buah kiwi lagi atas tu haa...hihi



Terima kasih buat adik & kawan2nya (sblm ni pernah sponsor kek masa jamuan diaorang, tu yg dapat tempahan tu) kerana memberi kepercayaan buat sesorang yang keras tangan nih untuk menyiapkan kek bg sambutan harijadi..Terima kasih daun keladi, harap lepas ni tempah lagi..heee

DAGING GORENG BERSAMA KACANG KERINTING

Menu ni tah berapa hari dah berlalu, bizi + kurang ghajin nak naip..hihi..pernah tgk kacang kerinting tak? Dia (ia..) sejenis kacang panjang gak, cuma kejadiannya lebih besar, sekali ganda dengan kacang panjang biasa tu, pastu di tengah hingga hujung kacang tu berbelit2 ala-ala rambut kerinting gitu, nama kerinting tu abang ipar yang bgtau, sebab dia yang ambik bekalan jualan dia kat Pasar Borong Selayang, katanya kacang ni datangnya dari Cameron Highland..


Selain goreng, masak lemak pun sedap, memang sesuai masak lemak, sebab saiz fizikalnya yang agak besar, sedap makan dengan nasi panas..hihi...Ana cuma tambahkan dalam gorengan daging saje nak bagi meriah..(sbnrnya agak malas nak masak asing2..)..hihi

Resepi daging goreng ni biasa2 je :
  • 300 gm daging, potong nipis..bersih & toskan
  • serbuk kunyit
  • garam

Gaulkan daging bersama garam & serbuk kunyit, biarkan 15 minit.
  • 1 labu bawang besr *potong bulat
  • 5 ulas bawang putih *mayang halus
  • 2 inci halia *mayang halus
  • 2 biji cili merah besar * potong serong
  • 5 batang kacang panjang *potong pendek-pendek
  • garam & gula sekucup rasa * terpulang, Ana tak letak
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara :
  • Panaskan kuali, masukkan daging yang diperap tadi ke dalam kuali panas, biarkan sehingga keluar air daging tu.
  • Kacau-kacau bagi sekata,.guna api perlahan, kalau daging liat, masukkan sedikit air, biar sehingga air kering & daging empuk.
  • Bila air daging dah kering, buat lubang kat tengah kuali (bukan tebuk kuali tau..) hehe..masukkan minyak masak, biar sehingga minyak panas.
  • Masukkan bahan hiris kecuali cili merah & kacang panjang, kacau2 bagi kekuningan & sedikit garing.
  • Kemudian gaulkan dengan daging yang ada disekeliling kuali tu.
  • Masukkan cili merah & kacang panjang, kacau sekata.
  • Rasa garam & gula jika suka, daging akan bewarna kehitaman sedikit, dah masak bolehlah diangkat
  • Kalau nak lebih pedas boleh tambah kan cili api yang dipotong serong..Selamat mencuba..:)

NEWS!!!..PENYUSUAN SEMASA HAMIL...

 Assalamualaikum..

Harini Ana nak kongsikan sedikit ilmu keibubapaan ni..hihi..maklumla, dah jadi ibu ni kena banyak membaca tambah ilmu di dada kan..tapi kenapa lak pasal topik ni? heee...itu kalau nak tau kena tunggu le ek.. Beberapa hari lepas Ana google info tentang penyusuan semasa hamil ni, ada jumpa info ni kat blog LIN..nama blognya m.y~b.r.e.a.s.t.f.e.e.d.i.n.g~j.o.u.r.n.a.l

Banyak sungguh info tentang ilmu keibubapaan kat blog dia, rajin betul Lin ni ek..Ana tumpang baca & share kat sini sebagai panduan diri sendiri & teman2 yang ingin baca..
maklum saja, macam2 persepsi keluar dari mulut orang kalau kita bagitau mengandung lagi, tambahan pula ketika itu kita masih meyusukan anak kecil..ada yang kata susu dah bercampur darah, susu tu adik dlm perut tu punya, macam2 lg la..ini yg Ana nak sangat tahu ni..

~copy from Lin ~

"Sebenarnye tidak salah untuk meneruskan penyusuan badan kepada anak anda. namun, beberapa perkara perlu anda ambil kira...
  • Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

  • Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.

  • Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.

  • Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.

  • Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.

  • Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya. 

  • Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".
Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:

~Panduan mudah lain ialah, jika semasa hamil doktor anda menasihatkan untuk anda tidak melakukan seks, maksudnya semasa ini juga anda tidak boleh menyusu badan.

~Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:
~Info ini saya dapat daripada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, dalam Menyusui Anak Ketika Mengandung di blognya.

~Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

~Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

~Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Walahu a’lam.

Rujukan :Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10."

Terima kasih ye Lin...

# bg Ana nilailah kemampuan diri kita sendiri samada mampu atau tidak melakukannya..selagi terdaya & tidak memudaratkan semua yang terlibat, teruskan saja, InsyaAllah anak-anak yang menyusu badan sepenuhnya ini lebih sihat & cerdas orangnya, bertambah erat ikatan ibu & anak, suatu ketika, anak yang menyusu itu sendiri akan dengan sendirinya akan 'bercerai susu'..itu pengalaman Ana, maklumlah, anak 4, semuanya menyusu badan, mereka kecil2 lagi Ana dah hamil lagi tapi masih menyusukan anak, lama kelamaan dia dengan sendirinya akan menolak..Wallaua'lam..

Sekian untuk pagi yang permai ini..(",)

22 Disember, 2010

AWARD, AWARD & AWARD

Harini nak entykan award2 yang di anugerahkan..hehe...dah banyak hari disorok dalam peti, kena tunjukkan gak kan...

Ini dari seseorang yang amat pemalu..agaknyala..hihi..SO SHY LADY..terima kasih..


Ini pulak dari seorang pencinta muffin, sekarang ni agaknya tengah mencipta muffin jagung kot..maklum..baru balik dari kampung, banyak jagung bawak balik tuh..haha..terima kasih IZAH & juga KAK LIN ROSLY, seorang ibu yang sangat cantik & bergaya..cewaahh..award yang sama...


Ehhh..baru perasan...CHEF??? lalalalaaa...ai ni jauh ayam dari panggang nak bg nama chef..chef dapo sendirik le gamaknya ni kan...huhu...apa2pun terima ksih buat Izah & Kak Lin yea...ada soklan ke? haih...nak kena jawab ek? haha...

1. Sejak Bila Anda Mula Memasak Dan Apakah Masakan Pertama Anda?
  • Ana mula pandai masak nasi sejak sekolah menengah atas kot..sebab selalu dok asrama, balik sekali sekala pandai makan je..mula masak lauk pauk lepas kawen baru pandai, tupun sumber kiri kanan le..time nak masak call kakak/emak..haha..mula pandai masak kek & kuih..sejak tahun ni..percaya tak? betul, sblm ni tak pandai pun..sekarang pun tengah belajar lg..
  • Masakan pertama saya buat ialah Mee Goreng Basah (resepi dlm majalah) untuk dihidangkan kpd suami terchenta..(masa tu baru kawen..)...ngeee,,,
 
2. Sapa Yang Mengalakkan Anda Memasak?
  • Masa muda2 blom kawen mak asyik suruh belajar masuk dapo tapi malas le..dok lak jauh dari keluarga, mkn beli kan, balik kg skali skala order je, mesti ada yg masakkan..
  • Bila dah kawen, incik somi le, dia tak suka mkn kat kedai, dia ni lebih rela mkn nasi sejuk daripada pg beli kat luar..huhu..jimat punya asbend tau..tapi dia yg ajar Ana masak...kihkih..dia pandai masak, bila dah ada yg galakkan kita pun rajinle...
  • Sekarang ni lagi rajin sebab anak2 suka makan, tiap kali masak & ank2 & suami makan, ada 1 kepuasan kat situ..tambah2 lg kalau ada yg kata " Ummi..nanti buat lg yea.." hehe..*dah jadi cerita hikayat lak...

3. Masakan Yang Anda Suka Masak Dan Digemari Orang-Orang Kesayangan Anda...
  • Masak nasi dengan lauk pauk je..hari2 kena masak tu..
  • anak2 suka makan macam2...kek coklat, jemput2..
  • sekarang ni Cik Abe Ana suka makan kek karemel...hiiii..Alhamdulillah suma yang kita masak ada yang makan...*Kalau ada yg tak suka ai paksa jer..* kihkih

4. Tag 5 Orang Blogger Masak Yang Sering Berkunjung Ke Blog Anda.*ada ke yg suak berkunjung nih? hehe..maap la yea...

Ok...dah siap segala...penat nak buat hikayat ni tau...hehe ..mana2 yang dah ai angkat terima award ni silakan ambil yea wahai chef...hiii


BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...