Selamat Menyambut Ramadhan 1437
Assalamualaikum w.b.t
Sahabat2 & saudara budiman, semoga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T hendaknya. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta Rahmat buat semua muslimin muslimat seluruh alam..InsyaAllah
Harini saya kongsikan menu sejuk2 dingin sesuai utk.juadah berbuka di bulan Ramadhan, tapi kat rumah ni dah 3 kali saya ulang buat dalam minggu ni, sekali buat licin, mintak lagi, buat lagi..kelmarin saya bancuh 3 adunan untuk dibawa ke surau sempena jamuan tahlil & menyambut Ramadhan, masing2 kena bawa juadah, kira ala-ala potluck la kan..
Resepi asal dari 2 orang yg.berlainan tapi saya jadikan 1 resepi disini sebab suka dengan kombinasinya.
RESEPI PUDING KASTARD KOKTEL:
KASTARD : Missima@myresepi
- 1 cawan tepung kastard
- 1/2 sdt garam
- 5 cawan air masak
- 2 sdb susu pekat
- 3 sdb gula pasir
- 1 tin susu cair
- 2 tin air masak
- 1/2 cawan gula pasir
- Buah-buahan dalam tin
- Nata de coco
- Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau2 bagi tepung kastard sebati dengan bahan cecair.
- Panaskan dengan api sederhana, sentiasa kacau supaya adunan kastard tidak hangit didasarnya.
- Masak sehingga adunan pekat berkilat & adunan meletup-letup.
- Matikan api, tuang dalam bekas yang sesuai. Sejukkan & potong kiub untuk menghidang
- Panaskan susu, air & gula dalam periuk.
- Masak api sederhana, sehingga gula hancur.
- Adunan tak perlu sehingga mendidih, cukup gula je hancur ya.
- Sejukkan & sedia untuk disajikan bersama puding kastard serta bahan hiasan.
1 ulasan:
Selamat berpuasa Anna. pudding berkuah mmg sedap....nyaman je buat berbuka...
Catat Ulasan