12 Jun, 2011

AYAM MAYONIS

Assalamualaikum..

Selamat beristirehat kepada semua..esok dah mula susun jadual sekolah anak kan..harini kenala rehat2 dulu..hehe..Sape ada ayam? Sila buat menu sedap ni..ada mayonis dalamnya tapi takdela rasa masam bila makan..sedap tau..betul ni..tak cayer tanya Kak Nor & Noorsha..kan..kan..


Ini lauk petang semalam yang Ana buat, cuma dalam menu ni tak letak daun ketumbar ikut resepi asal sebab takde stok daun tu, tengok Noorsha gantikan dengan bunga kantan, Ana lak guna daun kari..heheh..jauh benar melencong dari daun ketumbar kan..dah itu je yang ada, sebab kat rumah ni kami tanam pokok kari dalam pasu..hehe..dah bubuh daun tu bau wangi jek..Resepi asal dari SajiOnline, kak Nor yang war-warkan..Ana ceduk dari dapur Noorsha..terima kasih buat semuanya...

AYAM MAYONIS
Sumber : SajiOnline, Kak Nor@Secubit Garam, Noorsha
Ayam Mayonis by AnnaQawina

Bahan²
  • 600 gm daging ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • 1 labu bawang besar - mayang
  • 4 ulas bawang putih - mayang
  • 3 cm halia - mayang
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 7 keping cendawan kering - rendam dalam air panas dan hiris (Ana guna cendawan butang dlm tin)
  • 2 tangkai daun ketumbar - potong 2 cm (Ana letak daun kari)
  • 3/4 cawan air
  • 1 1/4 cawan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • sedikit perahan jus limau nipis ~ yg ni K.Nor tambah 
  • capsicum hijau & merah ~ yg ni K.Nor tambah (tak letak)

Cara Menyediakan:
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kacau hingga rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk. Angkat dan ketepikan. (Ayam digoreng sekadar masak saja, tidak perlu garing)
  • Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar. Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
  • Masukkan air, cendawan, serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau lagi hingga rata.
  • Masukkan ayam goreng, sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
  • Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata. Hidang panas-panas bersama nasi.

2 ulasan:

Mas berkata...

anna..rumah aku memang banyak mayonis...kikikiki
lepas ni kau try sambal ayam mayonis lak...

Anna Qawina berkata...

Mas : samala kat rumah aku..mayo tu mesti ada..hehe

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...