31 Julai, 2010

KESIAN ORANG NIGERIA TUH!!

Assalamualaikum....dah sarapan ke belum ni? Meh kita pekena mee goreng spinggan, kena lak ngan teh susu nih (orang kampung Ana panggil teh tarik tu teh susu..) Pagi-pagi ni masuk blog sebab harini kan Sabtu & esok Ahad, anak-anak akan bentang kawad berduri depan pc...tak boleh nak berfb @ berblog ler..kena curi-curi je masuk, macam pencuri lak kan..hihi...

Harini Ana masak mee goreng je, bahan-bahan pun main taram je, ikut apa yang ada dalam petiais, yelah dah ujung bulan ni, mana ada stok barang dapo...heheh..*alasan nak nyoping kot* Ana cuma letak meatball ,fishball & chicken ball je, sayur pun takde, boh daun bawang kira adala khasiat sayur tuh..haha...


Ni sebenarnya nak cerita tentang malam tadi..Cik Abe Ana pergi kenduri tahlil, biasala dia kan Imam..heheh..bukan Imam Muda yea, dah tuo sikit ler...Masa nak pergi kenduri tu ada 2 orang rakyat Nigeria *betul ke eja nama negara tuh?*, orang Muslim le, diaorang ajak pergi skali lepas solat Isyak tu. 

Pergi kat rumah pertama (ada 2 tpt tahlil mlm tadi) tuan rumah hidangkan nasi berlauk, lauknya ayam merah pedas & daging gulai camtuler..pastu ada dihidangkan sambal belacan, dimakannya sambal belacan tu, dia ambik banyak lak tu, tengah2 makan tu dengar dia 2 orang tu dok cakap.."hot..hot..hot..." pakat cari air, sudahnya nasi tu diketepikan je, tak boleh nak telan dah.....hadooiii...sian dia kan?

Pastu pergi lak ke rumah yg ke2..lepas doa, tuan rumah jemput makan, diaorang dah fobia dah nak makan takut terkena macam tadi, tapi dipujuk tuan rumah dengan bubur, mula2 tu dia tenungla, sebab bubur kan warnanya macam belacan kot..hihi..tapi tuan rumah cakap.."coconut..coconut.." baru dia makan..Kisah sebaliknya berlaku kat kawan dia sorang lagi tu, agaknya dahaga kot, dia ambik gelas, dicedoknya menu  cecair tu masuk dalam gelas...sekali dengar "ssllllrrrrpppp..." dengan bergayanya...."kukik..kukik..kukik..." tetamu sebelah & yg terdekatnya dok gelak, nak tegur tak tahu nak spiking kot...maka periksalah Hamba Allah tu kenapa kan...rupa-rupanya dia g slllrrrppp kuah acar timun..waaaaaa...mau masam + pedas le....aduuiii...sian lagi..rasanya pasni tentu diaorang serik dah kot nak ikut g kenduri..hihi...

Ana kongsikan cerita ni bukan nak aibkan sesape yea, tapi rasanya bolehla dijadikan iktibar untuk tuan rumah, kalau nak buat majlis makan-makan & yang dijemputnya orang luar @ asing *bukan makhluk asing tau..* agak-agakla, jelaskan apa menunya kan..yang kawan-kawan pun kena tunjuk ajar gakla orang yang tak tahu tu, takdela diaorang serik nak berkawan & berjiran..tol tak?
Oh ya..selamat berhujung minggu...

29 Julai, 2010

STRAWBERRY MUFFIN

Bismillah..Alhamdulillah dah selesai makan malam...sementara menunggu cik Abe Ana balik dari surau, sempatla update jap, projek petang tadi, muffin lagi..konon2nya nak tunggu untuk makan2 esok pagi sambil nak bagi Adam bawak bekal, tapi yang tinggal seciput je..huhu...
Ni le cinonet je boh dalam bekas kecik, senang budak2 nak makan, baru kluar oven..

Dah sejuk sikit warnanya dah bertukar, takdela pucat macam tak berbedak gitu kan...

Rupa kejadiannya setelah di'operate'...lembut je anggota dalamannya..heheheee...sebenarnya filling tu Ana cuma boh jem stoberi yang buat sapu kat roti tu je, lenyek2 bagi hancur..haha..dah terdesak kan..tu pun tak banyak, habis di makan ngan roti...
Meh kita layan bahan-bahan & cara-cara pembuatannya...

Sumber :Ana copy dari blog Mat Gebu ,kat Izah pon ade,kat blog lain nantile Ana cek yea, lom sempat nak jenguk2, skali masuk dapo org mau berjam-jam termenung tgk menu & masakan sedap2..hihi

Bahan-Bahannya:- (Ana buat 1 adunan dapat 20 biji bekas kecil & 9 biji cup besar)
  • 170 g mentega
  • 170 g gula halus (castor sugar)
  • 4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
  • 350 g tepung gandum*
  • 20 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 160 ml susu segar *Ana guna susu cair
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Strawberry filling secukupnya (atau guna apa filling kegemaran)

Bahan Hiasan:- (copy paste Mat Gebu punya ayat ni)
100 g coklat berperisa strawberry, dicairkan secara double-boiler (tapi gunakan api paling perlahan dan biar mangkuk sederhana panas untuk mengelakkan coklat bertukar warna...Tips dari Ho Ah Lin @ Chef Nor Zailina Nordin...terima kasih!!)

Cara membuatnya:- 
  • Panaskan oven pasa suhu 175C. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. 
  • Masukkan esen vanilla dan putar. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar tadi hingga habis. Gaul rata. 
  • Sudukan adunan ke dalam mangkuk muffin 1/2 penuh. Sudukan 1/2 camca teh strawberry filling dan sudukan sedikit lagi adunan untuk menutupi filling tadi. Isi hingga 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar selama 20 minit hingga kuning keemasan. 
  • Keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum dihias dengan coklat berperisa strawberry (jika suka).


    AYAM BEREMPAH TUMIS PETAI

    Assalamualaikum...dah masak2 & makan2 ke? Ana jap lagi nak makan-makan la, jadi takmau dok lama-lama dpn pc..kang keroncong perut ni..hihi...Ayam ni biasa je tapi di tambah petai tu yang sekali-sekala nampak luar biasa gamaknya, bukan petai tu yang jadi rempah yea......layannnzzz...


    Ayam ni diperap mengikut resepi kak Madiha tu, mmg dah jadi peberet kami kalau nak makan ayam goreng..resepi perapan tu ada kat sini...cuma masa nak goreng tu tak disalut dengan tepung jagung je..

    Bahan-bahan perapan : tengok sinun ler
    Goreng ayam setengah masak.. ketepikan.

    Bahan tumis :
    • 2 labu bawang besar - dipotong bulat
    • 3 sudu besar cili kering kisar
    • Sos tiram
    • Sedikit gula
    • Tomato & cili merah - kalau sukala..
    • Petai - dikupas kulit & belah 2
    Cara -cara :
    • Panaskan sedit minyak lebihan gorengan ayam.
    • Tumiskan sebahagian bawang besar bersama cili kering kisar sampai pecah minyak
    • Masukkan sos tiram bersama tomato, tambah sedikit air & gula
    • Biarkan seketika & masukkan ayam. Kaup balikkan.
    • Bila dah mendidih & hampir lembut ayam tu baru masukkan petai bersama lebihan bawang besar & cili merah..
    Elokla dimakan ngan nasi panas-panas, sampingannya sup sayur ke, best gak kan...

    BEST EVER MUFFIN

    Monink...eheh...Bissmillah..Assalamualaikum teman-teman teristimewaku...dah sarapan ke? Kat rumah Ana sarapan roti je, tapi yang spesel roti untuk Adam le, biasala kan nak bg dia bekal ke sekolah pagi, takkan nak bg cekodok lak, mau dia nak bawak..eksen tol bebudak skrang nih kan..hihi...*Psst...Ana tak suka sgt buat cekodok sebenonye..* :D

    Harini nak tayang muffin yang Ana buat petang semalam, kira menu minum petang le, dah habis pun...terliur tgk Mas buat, jenguk lak kat rumah Izah..bila dah start memuffin ni susah lak nak stop, suka buat sbb saiznya cinonet je, anak2 suka makan lak tu..Ummi diaorng pon suke..heheh!!

     
    Nampak tu? Cinonet je muffin tu, ingatkan boh banyak2 kang melimpah lak kluar cup, maka kejadiannya rendah jela, Ana boh cheese tapi sebab nak jimat kot, cheesenya tak nampak le...haha...ada rasa2 gak cheese tu kan takperla, janji blh dimakan dengan selamat & jayanya..tgk Mas buat ada kaler hijau, ingatkan nak gak letak warna sikit, masa dok sibuk2 ngacau tu, Hannah pun sibuk tarik kaki kain Ana, nak nyusu ler...habis lupa tang kaler maler tu..pucat je kan..

    Ambik kat sini : Izah Kat sini pun ada Mas  

    Bahan ( untuk 12 biji muffin ) : copy from Mas Duniaku
    • 2 cawan tepung gandum
    • 3 sudu teh baking powder
    • 1/2 sudu teh garam
    • 3/4 cawan gula
    • 1 biji telur
    • 1 cawan susu segar *Ana boh susu cair
    • 1/4 cawan minyak sayuran - mas guna minyak masak
    • 2 keping slice cheese - mas tambah *Ana boh cream cheese
    Cara membuat :
    1. Panaskan oven pada suhu 205c ( nanti diturunkan ke 180c bila nak bakar muffin )
    2. Dalam mangkuk,campurkan tepung gandum,baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
    3. Dalam mangkuk yang kecil,pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi dan gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul - ketul sedikit.
    4. Tuang adunan kedalam mangkuk muffin.
    5. Pelbagaikan muffin anda :
    • Muffin Blueberi - Campurkan 1 cawan blueberi segar
    • Muffin Kismis - Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang
    • Muffin Kurma - Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang
    • Muffin Cheese - Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut. ( mas letak 2 keping slice cheese yg dihiris2 halus) (Ana letak cheese parut je)
    6 . Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning - kuningan. 

    SELAMAT ME"MUFFIN" YEA

    28 Julai, 2010

    UDANG MASAK LEMAK

    Bissmillah...Salam mesra buat teman-temanku...Tayang menu semalam sebenarnya ni, dah tenet kurang aktif kenala simpan dulu n3 ni...kalau ade lagi maknanya dah basi le tu..hihi...kalau udang Adam & Damia terkam le, Akmal toksah dok paksa dia takkan makan..taktaule ngape dia tak nak makan makanan laut kecuali ikan..


    Ana kalau masak lemak jarang buat yang pedas2 sebab nak bagi anak-anak makan skali kan, nak pedas kena buat sampingan macam sambal belacan ke..sambal kicap ke...Ana letak daun kunyit yang Ana tanam sendiri tau,  daun je boleh guna, isinya belum lagi..haha...

    Nak buat ni sonang jo...
    • Udang ikut suka hati le nak yang macamana
    • Tauhu - dipotong 9
    • 5 ulas bawang merah * tumbuk/blend
    • sedikit lengkuas * tumbuk/blend
    • 2 biji cili merah * tumbuk/blend
    • 1 kotak santan m&s
    • 1 1/2 kotak air (sukat guna kotak santan tu)
    • 1 batang serai
    • 1 helai daun kunyit
    • 1 keping asam keping
    Cara :
    • Satukan santan, air,serai, asam keping & bahan tumbuk ke dalam periuk.
    • Rebus sampai mendidih, selalu le kacau2 tak bg santan tu berketul-ketul
    • Bila dah mendidih, masukkan udang bersama tauhu, garam & gula
    • Kacau2 seketika kemudian masukkan daun kunyit yang dihiris.
    • Angkat & hidangkan.
     Kalau nak pedas boleh je tambahkan cili api, jangan lebih-lebih, kang berasap lak telinga...

    SELAMAT MENJAMU SELERA

    27 Julai, 2010

    CHICKY PATTY

    Salam pagi sahabat2 alam maya...pagi weh harini...sambil-sambil masak untuk hidangan tengahari, Ana tunjukle hidangan pagi dulu, ye dok? Chicky Patty ni sebenarnya roti sandwich & daging ayam je, cuma masa Ana siapkan sarapan tadi, Adam & Akmal dok ngintai-ngintai, tertanya-tanya apa nama menu ni, Ana cakapla burger je..tapi budak-budak ni kata bukan..Craby Patty..ala-ala Spongebob tu ler..heheh..Ana cakap balik, ini bukan crab tp chicken...ooooo....kita tukar nama jadi Chicky Patty..itu le kisahnya..

    Menu cenggini ler yang selalu laku kat rumah Ana ni pagi-pagi, yelah Adam keluar rumah nak kesekolah agama belum pukul 7 lagi, mana ada selera nak makan nasi goreng ke nasi lemak ke..skali 2 kala tu ok le gak kan, dah makan kat rumah, dia bawa juga Chicky Patty ni buat bekal. Kalau ada yang tercari-cari menu apa nak bekalkan anak-anak ke sekolah bolehla try kan...:)

    Apa yang diperlukan ??
    • Roti  *Ana guna roti putih
    • Keju..*Ana guna Mozzarella
    • Sandwich Patty *Ana guna jenama AYAMAS
    • Sosej & telur
    • Salad & mayonis & sos cili
    Nak buat ??
    • Ambil roti & potong keraknya
    • Sandwich Patty digoreng dalam minyak tohor/sedikit sampai kuning keemasan
    • Goreng sosej & potong nipis
    • Telur dikacau-kacau & goreng tanpa minyak, buat telur hancur.
    • Bersihkan salad & toskan /keringkan airnya
    • Keju dipotong keping/parut ikut sukala...
    • Ambil roti sandwich, letakkan salad, letak telur hancur
    • Susun sosej yang dah dihiris nipis & paipkan mayonis bersama sos cili
    • Letakkan sandwich patty & paipkan sekali lagi sos & mayonis
    • Susun keju di atasnya & tutup dengan sekeping lagi roti

    #Tip : Jangan sapu /paipkan sos/mayonis di atas roti jika ingin bekalkan anak anda, sebaliknya sos disapu diantara daging/salad supaya roti tidak mudah basi/masam & lembik#

    NYUM...NYUM...

    26 Julai, 2010

    YEAST PANCAKE & RED BEAN PASTE

    Salam mesra buat semua...harini baru boleh berblog..sejak akhir-akhir ni line asyik tergendala je...apa masalah pon taktau le...bulan-bulan bayar sama gak, takde kurangnya..hmmm....harini nak cerita tentang Sabtu lepas punya..dah dekat-dekat nak puasa ni adala buat persiapan sikit, persiapan raya ni..hihi..sebelum keluar membeli belah yang tak seberapa tu Ana ada cuba buat pancake untuk sarapan pagi, dari resepi T&T  ni, makan dengan inti kacang merah, sedap yea..lembut je takle liat macam lempeng biasa2 buat...


    Dah sejuk pun masih lembut gitu...untuk Hannah yang umur 11 bulan tu Ana bg makan dengan madu je...nak gulung macamana pun terserahla..kita yang nak makan kan...bab inti tu kalau nak letak inti coklat ke, kelapa ke tetap tak salah, taknak boh inti pun takpe...Inti kacang merah ni Ana buat sendiri gak, dah banyak hari simpan dalam peti ais..

    Skrg Ana kopipes resepi pancake dari sini yea...

    INGREDIENTS
    • 2 cups all purpose flour
    • 2 teaspoons dry yeast
    • 2 teaspoons sugar
    • 1/2 cup warm water
    • 1 and 1/2 cup warm milk
    • 3/4 teaspoon salt
    • 3 tablespoons melted butter
    • oil to grease the pan
    METHOD
    • Combine yeast, sugar and warm water in a small bowl. Keep 10 minutes or until frothy.
    • In a mixing bowl combine flour, salt, butter and milk. Stir until no lumps.
    • Add yeast mixture to the flour and stir well. Keep covered for one hour.*Ana nak cepat, 15 minit je...hihi...*
    • Lightly grease the pan, pour 1/2 cupful of batter and turn when bubbles appear on top and cook the other side.
    • Repeat the process until batter is used up. Place a piece of pancake on a plate, stuff with desired filling and fold into half. Enjoy..
     
    Ni pulak resepi & cara nak buat inti kacang merah...ambil kat facebook Mamajay..

    Bahan-bahan :
    • 500 gm kacang merah
    • 1 1/2 cawan gula pasir
    • 1 keping gula melaka
    • 1 helai daun pandan
    • 1/2 cawan minyak masak
    Cara-cara :
    • Kacang merah di rebus sehingga empok. *seeloknya rendam dulu 1 malam*
    • Tapis air yang berlebihan(jika ada banyak) dan masak sehingga airnya benar2 kering. 
    • Setelah itu masukkan semua bahan dan masak sehingga kental. selalu kacau supaya tidak hangit dasar periuk. 
    • Sejukkan & simpan dalam peti ais.
    SELAMAT MENCUBA

    23 Julai, 2010

    TAUHU JEPUN SAWI CINA

    Salam buat semua...malam-malam baru nak letak n3 ye..biasala, siang-siang sibuk je..buat-buat sibuk pun ya gak...eheheee...dah malam-malam ni nak tunjukle menu harini..tauhu lembut..ada yg panggil tauhu telur, tauhu jepun *kat jepun nun asalnya kot..*apa-apapun tauhu ni memang sedap, nak tumis ke nak letak dalam sup pun ok...


    Pertama kali Ana & suami rasa makanan ni masa kat Raub, dulu pernah menetap kat Raub & ada 1 restoran mualaf yang sediakan makanan jenis ni...
    Nak buatnya senang je...

    --->Celur sawi cina yang dah dibersihkan tanpa dipotong..kira sepokok terusla..ikutla nak banyak mana..
    --->Potong tauhu ikut suka & goreng sekejap dalam minyak panas sampai kekuningan & toskan minyak.
    --->Letak sawi celur bersama tauhu goreng di dalam pinggan & ketepikan

    • 3 ulas bawang putih*
    • 1 inci halia*
    • 2 biji buah keras* ditumbuk/cincang halus
    • 3 sudu makan sos tiram
    • sedikit tepung jagung *utk memekatkan kuah...tak boh pun takpe
    • air secukupnya
    • garam & gula secukup rasa
    Cara-cara :
    • Panaskan sedikit minyak lebihan menggoreng tauhu tadi
    • Tumiskan bahan tumbuk sampai kekuningan
    • Masukkan sos tiram dan air bersama tpg jagung secukupnya
    • Masukkan garam & gula secukup rasa, dah mendidih & sedikit pekat, tuangkan kuah ke atas tauhu & sawi.
    • Siap untuk dimakan...

    22 Julai, 2010

    SAMBAL BILIS TERUNG PIPIT

    Sebelum Ana melabuhkan tirai malam Jumaat ni kan....Ana letak la jugak menu makan malam tadi..dah 2 hari tergolek-golek je terung kecik tu, bukan banyak pon, secoet je..lebihan buat ulam kelmarin..Cik Abe lak suka makan terung ni, jadi Ana masakkan dengan ikan bilis, sedapla jugak...

     Sumber asal : SDK Julai 2010

    Bahan-bahan :
    • 300gm ikan bilis- digoreng garing
    • 10 tangkai cili kering * Dikisar
    • 3 ulas bawang merah * Dikisar
    • Belacan secukup rasa * Dikisar
    • 200gm terung pipit-diketuk sedikit & rendam sekejap
    • Garam & gula secukup rasa
    • Sedikit air asam jawa
    • Minyak masak

    Cara-cara :
    • Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau & pecah minyak.
    • Masukkan terung pipit, air asam & garam & gula.
    • Kemudian masukkan ikan bilis & gal rata...biar kering sedikit & angkat..
    Haa..bolehla makan dengan nasi panas-panas...hari ni kami makan malam cuma lauk ikan masak kicap, sambal bilis terung pipit ni, bendi celur (organik tau)..pastu cicah ngan budu & sambal tempoyak je...Masa n3 ni kluar semua tu dah abes pon...hihi...

    SALAM MESRA BUAT SEMUA

    ROTI GULUNG KEJU & SOSEJ

    Salam semua...Alhamdulillah dapat masuk blog harini walaupun dah malam, sejak pagi internet problem jo..huh...geram rasenya...nak tak nak Ana masukkan jugak n3 tuk harini, sarapan & bekal anak ke sekolah yang ringkas, dapat idea ni kat facebook myresepi tu ler...Anak-anak sukala sebab ada keju..


    Haa..ini sebahagian yang buat untuk makan-makan..yang dah ditapaukan untuk Adam dah simpan leklok..takut kena kebas..hihi...

    Nak buatnya senang je..
    • Ambil roti putih & potong tepinya, jgn dibuang ya..
    • Sangai tepi roti tu kejap atas kuali @ boleh je masukkan dalam oven jap bagi garing, kemudian kisar halus..ketepikan
    • Rebus sosej panjang sekejap dalam air mendidih, toskan & belah 2.
    • Potong keju ikut suka dan aturkan atas roti, letakkan sosej tadi, taburkan sedikit serbuk lada putih (jika suka).
    • Gulung roti tersebut & celupkan kedalam bancuhan telur, kemudian salutkan dengan serbuk roti tadi.
    • Goreng dalam minyak yang sederhana panas, balik-balikkan & bila dah kekuningan angkat.
    Hidangkan dengan sos cili & mayonis..(maaf..anak2 ana tak suka sayur jadi kalau nak tambah salad boleh je kan..)
    Ini keju mozzarella yang Ana gunakan, seketul 1kg sebab tu kena potong kecik-kecik...

    Keju Mozzarella Classic 1kg = RM32.00
    dapatkannya daripada pengedar terdekat anda...(",)

    21 Julai, 2010

    MARBLE CHEESE CAKE

    Dah lama nak buat kek keju ni, resepi pun dah lama Ana print tapi disebabkan ketiadaan cheese tu yang dok peram je resepi ni..masa mula2 dulu ambil kat Myresepi.com tapi bila nak buat alih-alih web dah takboleh buka..tergendala lagi..sekarang dah boleh buka kembali..yeeaaayyyy...apalagi cepat-cepat Ana kesana & baca komen-komen kat resepi tu, nak bagi puas hatila konon..hihi...kiranya kek ni bagi meraikan Myresepi dah kembali bersiaran takpun juadah doa selamat untuk Ana yang baru sihat kot....ahahaaa...*alasan nak makan* . Ana gunakan Keju D'Qisra..puas hati sebab terjamin halalnya...


    Bila dah siap buat kek ni, nape jadi gitu yek? Macam cheese tu dok kat atas je..huhu..agaknya ada yang tak kena masa melayer tu kot, konon nak buat selapis-selapis alih2 macam tu jadinya...pepon cara nak buat senang & tetap rasa lemak-lemak keju tu..itu yang penting kan...*ayat nak cover silap sendiri*:D

    Bahan A
    • 185g butter
    • 1/4 cawan serbuk koko
    • 1/2 cawan gula halus
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 sudu teh baking powder
    • 3 biji telur (gred A)
    Bahan B
    • 250 gm cream cheese
    • 1/2 cawan gula halus
    • 1/4 cawan fresh milk /susu cair*Ana guna susu cair
    • 1 biji telur
    • 1 sudu teh esen vanila

    Cara-cara

    • Cairkan butter ,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk
    • Pukul gula dgn adunan 1 ,masukkan telur satu persatu.Kemudian masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder
    • Dalam bekas lain pukul cream cheese dgn gula,masukkan telur ,esen vanilla diikuti dgn susu cair sampai sebati.
    • Tuangkan adunan koko berselang seli dgn adunan cheese
    • Bakar dgn suhu 180'c selama 40 min*bergantung oven memasing...
    Ha...ni cheese yang Ana guna...buatan Malaysia, diperbuat daripada bahan sawit...kalau ada yang berminat boleh hubungi pengedar2 terdekat & InsyaAllah kalau yang dekat2 tu dia hantar je...*Harap maklum..Ana bukan pengedarnya tau..*
    250gm=RM8.50, 1kg=RM26.00

    SELAMAT MENCUBA

      NASI GORENG SIMPLE

      Bismillah..
      Alhamdulillah kerana masih berpeluang menghirup udara segar dibumi Allah nan luas ini...sejak Sabtu lepas Ana demam, batuk kemudian bila dah nak baik sikit tiba2 kena demam panas lak...sampaikan Cik Abe Ana terpaksa bercuti pada hati Isnin & Selasa tu, yelah mana larat nak uruskan anak2 & rumahtangga ni. Alhamdulillah Ana punya suami yang memahami & mampu handle isi rumah ni walaupun tak seberapa..ehehee...(kdg2 Ana sendiripun tak seberapa juga handle kerjarumah..inikan En Suami kan..) 

      Bila dah baik sikit ni dah kena mula balik aktiviti yang sekian lama tergendala, terutamanya bab kain baju ler...biasa yang membukit baju yang tak dilipat, ini menggunung kain baju yang tak dicuci...makaaiiihh...dah melimpah ruah terkeluar dari bakul nan tinggi itu..huhu...sambil2 tu masak bekal untuk Adam nak bawa kesekolah petang, menu yang simple dimple nih...

      Kelmarin Adam ada bawa bekal roti dengan keju & sosej..tapi bila Ana tanya pasal bekal dia cakap..."tadi kat sekolah saya makan bekal tu tapi takde rasa apa2 pon...pelik je" hah!! Ana pun tertanya2la apa yang diletak & macamana buatnya tu..gelak je ayahnya...hmmmm..adala tu yang tak kena...
      Harini Ana masakkan Adam nasi goreng yang ringkas je...

      Bahan-bahan :
      • 2 mangkuk nasi sejuk (gaulkan nasi dengan sedikit garam & gula bagi sekata & secukup rasa)
      • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
      • 2 biji telur
      • 5 batang sosej (Ana guna sosej koktail tu)-potong ikut suka
      • 1 sudu kecil cili kisar
      • 2 sudu besar sos tiram
      • sedikit planta/minyak masak

      Cara-cara : 
      • Panaskan planta/minyak masak, tumiskan bawang putih, kemudian masukkan cili kisar, biar sampai pecah minyak, kejap je..
      • Masukkan sos tiram, kacau2 seketika & masukkan telur, kacau lagi bagi telur hancur.
      • Masukkan sosej, gaulkan bersama telur..kemudian masukkan nasi, kaup balikkan biar sekata.
      • Angkat & hidangkan..kalau nak lebih pedas bolehla ditambah cili api yang ditumbuk kasar
      Ana tak masukkan sebarang sayuran didalam nasi ni sebab anak2 tak suka, nanti dibuangnya sayur tu...letak salad okler...

      16 Julai, 2010

      AYAM PERCIK

      Dah lama tak makan ayam percik, biasa kalau Ana berpeluang balik kampung nun di Klate, mesti nak bonda yang masakkan, belum sampai dah order nak makan apa..hihi...sekarang bukan selalu dapat balik kampung, jadi sesekali nak makan tu kenala buat sendiri..apalagi, risik2la ramuan & tatacara membuatnya...

      Meh kita intai cara2 Ana buat yea..tapi cara setiap orang masak ni tak sama, terpulangla kita nak buat macamana kan...Ana bakar guna Oven, kalaulah boleh guna dapur kayu @ arang lebih sedap hasilnya kan, nak buat macamana, kang berduyun2 bomba datang bila tengok Ana perasap dapur arang nanti..hihi...tak mau cari nahas!!

      Bahan-bahan :
      • 1/2 ekor ayam, dipotong ikut suka & diperap dengan garam & sedikit kunyit
      • 5 ulas bawang merah*
      • 1 ulas bawang putih*
      • 2 inci halia *
      • 3 sudu makan cili kering yang dikisar
      • 150ml santan pekat (Ana guna santan kotak)
      • 1 - 1 1/2 cawan air (bergantung nak pekat mana kuahnya)
      • 2 batang serai
      • 1 keping asam keping
      • garam & gula
             *bahan bertanda ditumbuk lumat*

      Cara-cara : 

      • Ayam dibakar *Ana panggang dengan oven separuh masak..
      • Sambil2 ayam dibakar, masukkan semua bahan2 untuk kuah ke dalam periuk, kacau2 sampai pekat & rasa secukupnya.
      • Keluarkan ayam yang dibakar dari oven, celupkan didalam kuah tadi, biarkan seketika.
      • Masukkan kembali ayam ke dalam oven & bakar lagi.
      • Setelah hampir kering kuah yang bersalut pada ayam tadi, tuang sedikit lagi kuah percik keatas ayam..hati-hati..panas oven tu..
      • Masak lebih kurang 5 minit, balikkan ayam & tuang lagi kuah percik tadi.
      • Bakar sehingga agak kering, jangan terlalu garing..Angkat & letakkan didalam pinggan, tuang baki kuah yang dah pekat tadi jika suka...Makan bersama nasi panas...

      CARA LAIN :
      *Cara 2 : Ayam direbus bersama halia, bawang putih & garam kemudian bakar, masa bakar lebih singkat sebab ayam dah masak ketika direbus*
      *Cara 3 : Bakar ayam atas dapur arang..bila separuh masak, tuang kuah percik, bakar lagi, tuang kuah ulang2 sampai 2@3 kali sehingga ayam betul2 bersalut kuah & masak*

      Harap sedikit info ringkas ini mampu memberi panduan kepada yang baru belajar nak masak macan Ana sendiri..hihi...Terima kasih untk Bonda Ana..

      SELAMAT MENCUBA

      14 Julai, 2010

      INDAHNYA WANITA ITU

      Assalamualaikum wahai teman-teman & sahabat...disini Ana nak kongsikan sedikit artikel yang Ana dapat dari Facebook... sumber asal Ana kurang pasti, dah cuba cari tapi belum ketemu...

      Sayangnya ALLAH pada insan bergelar
      wanita...muhasabah diri...

       
      "Gambar asal dari artikel ini "
      Salam buat semua.. titipan rohani sekadar renungan buat semua..
      ...Menghargai segala kurniaan dan ciptaan Ilahi..supaya kita sentiasa sedar
      dan menginsafi ciptaan-Nya..
      Diharapkan titipan rohani dapat memberi manfaat dan mendekatkan diri
      kita kepada yang Maha Esa..


      Renungilah..

      @<----Wanita---->@

      Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

      Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

      Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

      Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

      Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

      Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada
      isterinya.

      Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

      Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.


      Pernahkah kita lihat sebaliknya??

      *Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di
      tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan
      dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.

      *Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
      kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
       
      *Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.  
       
      *Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).  
       
      *Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

      *Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika Saya tersilap).
       
      *Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


      MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita... kan?
      Wallahualam..Selamat beramal

      HARGAILAH DIRI ANDA...PESANAN UNTUK ANA JUGA..(",)

       

      13 Julai, 2010

      PATIN MASAK TEMPOYAK

      Sebelum melelapkan mata nan kuyu ni..heheh...(kuyu sebab dah malam kan) Ana nak tayang sikit juadah yang Ana masak petang tadi, kiranya untuk makan malam le...tunggu punya tunggu ingatkan nak makan sama2 ngan Cik Abe...tapi dia lewat lak balik, kenduri ngan anak-anak jela..Patin tempoyak ni menu yang Cik Abe Ana suka sangat, tapi Ana lak kurang gemar & bila masak kurang pulakla menepati citarasa & tekak nan satu tu..huhu..belek punya belek, terjumpa resepi ringkas dari dapur MAS, gambar yang cik puan tu tayang memang mengiurkan betul, Ana pun terailer....Eh..sedaaaapppp tau, biasa buat takde lak macam ni..hihi...lepas ni bolehla buat lagi kan...

      Ana kongsikan kat sini yea, mana tau ada yang tercari-cari nak masak patin untuk hidangan esok...

      Bahan-bahan :
      • 10 ketul ikan patin yang dipotong..bersihkan dengan asam limau @ asam jawa
      • 10 biji cili api
      • 4 ulas bawang merah
      • 2 ulas bawang putih
      • 3 sudu besar tempoyak *Ana letak lebih
      • daun kesum
      • air secukupnya
      • garam & gula
      • perasa jika suka *Ana tak letak
      • sedikit serbuk kunyit *Ini Ana tambah sendiri sebab Ana guna tempoyak baru jadi kurang warna kuning..
      Cara-cara : 
      • Satukan semua bahan ke dalam periuk & masak dengan api perlahan
      • Kacau-kacau agar semua sebati, bila kuah dah pekat tutup api.
      • Angkat & hidangkan dengan nasi

      Alhamdulillah, anak-anak Ana semua makan lauk ni kecuali Hannah sebab dia baby kan..hikhik...

      SELAMAT MENCUBA

      KEK COKLAT CHIP

      Assalamualaikum dan salam pagi teman-teman...wah..awal pagi Ana dah baking kek ye? Hihi...kek ni buat malam tadi, sambil-sambil tunggu Adam siapkan kerja sekolah, lagipun Akmal ada jugak mintak kek..tapi dia tu belum sembuh lagi demam campak, tak boleh makan telur lagi, jadi Ana ada simpan resepi best & jimat dari Palatable ni..banyak juga resepi kat dapur dia yang tak guna telur...boleh jimat..bukan kedekut..heheh..
      Nama asal kek ni tuan badan letak Chocolate Rise Cake, sebab guna coklat rise, tapi Ana takde coklat rise tu yang ada chip choc. tupun dah beku2 dalam peti ais, lama dah beli tak habis-habis...jadi kena lak tukar nama dia kan...hihi..maaf ye kak, Ana dah terdesak ni...huhuu...kek ni sedap, lembut je walaupun tak guna telur, heran gak ek...bahan2 pun simple je...meh kita tengok apa yang Ana copy & paste ni..*maaf kak, Ana dah alihbahasakan resepi ni*

      Bahan-bahan :
      • 2 cawan tepung serbaguna *Ana guna tepung gandum cap Sauh je
      • 3/4 cawan gula *Ana guna gula kastor
      • 1 cawan susu *Ana guna susu cair
      • 1/2 mentega lembut
      • 1/2 cawan chip.chocolate *Asal resepi letak chocolate rice
      • 1 sdt baking powder
      • 1/4 sdt soda bikarbonat
      • 1 sdt esen vanila
      Cara-caranya :
      • Ayak tepung, baking poeder & soda bikarbonat di dalam mangkuk adunan.
      • Panaskan oven dgn suhu 180'C(bergantung oven masing2)
      • Campurkan bahan diayak tadi bersama choc.chip @ choc.rise. Gaul biar bercampur.
      • Pukul mentega, esen vanila & gula sampai sebati kemudian tambahkan susu cair.
      • Masukkan campuran tepung & chip choc. tadi, gaul sebati.
      • Masukkan ke dalam loyang yang digriskan dan bakar sampai masak (cucuk kat tengah2 guna lidi, kalau lidi keluar bersih tandanya kek dah masak)
      • Keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit kemudian keluarkan dari loyang.
      *Ana guna oven ELBA..cuma guna api bawah dengan suhu 165'C selama +/-30 minit*

      Senang & ringkas kan? Cubalah, rasanya resepi ni akan ditanda sebagai salah 1 menu hari raya nanti..:)

      SELAMAT MENCUBA

      12 Julai, 2010

      APAM COKLAT

      Juadah Ana untuk hidangan anak-anak & suami petang semalam, ada sedikit lebihan buat sarapan & bekal Adam ke sekolah...nak buat pun senang sangat, cuma warna apam ni agak gelap..heheh..hitam manis tau...

      Ana buat dalam acuan plastik kecil2 & bubuh adunan pun separuh je, jd tak tinggi sangatla, nak boh penuh kang melimpah lak..huhu...tak pernah guna acuan kecil2, tupun baru je beli..lain kali kena letak 3/4 adunan kot dalam acuan tu...pehalpun meh kita tgk bahan2 & cara nak buat tu..gerenti budak-budak suka, tempat Ana ni apam macam ni dijual 3 biji RM1.00..buat sendiri banyak gak dapat makan..

      Sumber : Myrespi.com

      Bahan-bahan:  
      • 4 biji telur ayam *Ana guna telur gred B 
      • 1 cawan gula pasir 
      • 1 cawan susu pekat manis *Ana kurangkan,guna 3/4 cawan je 
      • 1 cawan minyak masak 
      • 2 cawan tepung gandum 
      • 1/2 cawan susu tepung *Tak letak pun takpe 
      • 1 cawan serbuk koko 
      • 1 cawan air suam *bukan suam kuku, air suam yang agak panas sikit 
      • 1 sudu kecil baking powder  
      • 1 sudu kecil soda bikabonat  
      Cara-cara :  
      • Blend telur dan gula 
      • Masukkan susu dan minyak masak. 
      • Masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikabonat dan susu tepung.*Boleh ayak dulu* 
      • Tuang bahan blend tadi kedalam mangkuk tepung, kacau sebati.Masukkan air suam dan gaul sebati, pastikan tepung tidak bergentel. 
      • Masukkan kedalam acuan pengukus kecil-kecil atau loyang pun boleh.  
      • Panaskan air kukusan, apabila mendidih kukus hingga masak dalam 20 minit untuk acuan kecil2 @ 30 mnt utk loyang

      SELAMAT MENCUBA

      BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

      Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...