Memaparkan catatan dengan label menu kanak-kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menu kanak-kanak. Papar semua catatan

18 April, 2012

Ayam Stew Untuk Anak-Anak

Assalamualaikum
BEKAS YANG COMEL,PEMBERIAN DARI KAK DIANA@MELLEY MEY UNTUK SYIFA'
Menu kanak-kanak, mak ayah kpd kanak-kanak pun ikut makan sama....cuma stew kita ni macam terlebih kicap je..main tuang kan, maklumla hari-hari xpress je hidangan perlu siap sedia. Sayur mayur pun takde, kalau ada pun sah2 tukang masak yg kena kutip makan, anak2 makan carrot & kentang je, macam rabbit daa..sesekali je kena paksa mkn kubis & sawi. Kalau x kicap je manjang..takde lauk pun takpe..


Terima kasih Chef Hanieliza & Izah yang berkongsi resepi, tempek secoet kat sini yer utk rujukan lain kali boleh buat lagi. InsyaAllah
AYAM STEW
resepi: Hanieliza
C&P : izahdaut

Bahan:
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ] potong pendek
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
3 biji jagung muda [hiriskan nipis]
minyak

Bancuhkan
1 sudu kecil kicap cair
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan sayuran kecuali daun bawang &  daun sup.
5. Bila dah layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
6. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Terima kasih buat semua yang sudi singgah, nanti Ana ziarah balik yer..InsyaAllah

27 Julai, 2010

CHICKY PATTY

Salam pagi sahabat2 alam maya...pagi weh harini...sambil-sambil masak untuk hidangan tengahari, Ana tunjukle hidangan pagi dulu, ye dok? Chicky Patty ni sebenarnya roti sandwich & daging ayam je, cuma masa Ana siapkan sarapan tadi, Adam & Akmal dok ngintai-ngintai, tertanya-tanya apa nama menu ni, Ana cakapla burger je..tapi budak-budak ni kata bukan..Craby Patty..ala-ala Spongebob tu ler..heheh..Ana cakap balik, ini bukan crab tp chicken...ooooo....kita tukar nama jadi Chicky Patty..itu le kisahnya..

Menu cenggini ler yang selalu laku kat rumah Ana ni pagi-pagi, yelah Adam keluar rumah nak kesekolah agama belum pukul 7 lagi, mana ada selera nak makan nasi goreng ke nasi lemak ke..skali 2 kala tu ok le gak kan, dah makan kat rumah, dia bawa juga Chicky Patty ni buat bekal. Kalau ada yang tercari-cari menu apa nak bekalkan anak-anak ke sekolah bolehla try kan...:)

Apa yang diperlukan ??
  • Roti  *Ana guna roti putih
  • Keju..*Ana guna Mozzarella
  • Sandwich Patty *Ana guna jenama AYAMAS
  • Sosej & telur
  • Salad & mayonis & sos cili
Nak buat ??
  • Ambil roti & potong keraknya
  • Sandwich Patty digoreng dalam minyak tohor/sedikit sampai kuning keemasan
  • Goreng sosej & potong nipis
  • Telur dikacau-kacau & goreng tanpa minyak, buat telur hancur.
  • Bersihkan salad & toskan /keringkan airnya
  • Keju dipotong keping/parut ikut sukala...
  • Ambil roti sandwich, letakkan salad, letak telur hancur
  • Susun sosej yang dah dihiris nipis & paipkan mayonis bersama sos cili
  • Letakkan sandwich patty & paipkan sekali lagi sos & mayonis
  • Susun keju di atasnya & tutup dengan sekeping lagi roti

#Tip : Jangan sapu /paipkan sos/mayonis di atas roti jika ingin bekalkan anak anda, sebaliknya sos disapu diantara daging/salad supaya roti tidak mudah basi/masam & lembik#

NYUM...NYUM...

22 Julai, 2010

ROTI GULUNG KEJU & SOSEJ

Salam semua...Alhamdulillah dapat masuk blog harini walaupun dah malam, sejak pagi internet problem jo..huh...geram rasenya...nak tak nak Ana masukkan jugak n3 tuk harini, sarapan & bekal anak ke sekolah yang ringkas, dapat idea ni kat facebook myresepi tu ler...Anak-anak sukala sebab ada keju..


Haa..ini sebahagian yang buat untuk makan-makan..yang dah ditapaukan untuk Adam dah simpan leklok..takut kena kebas..hihi...

Nak buatnya senang je..
  • Ambil roti putih & potong tepinya, jgn dibuang ya..
  • Sangai tepi roti tu kejap atas kuali @ boleh je masukkan dalam oven jap bagi garing, kemudian kisar halus..ketepikan
  • Rebus sosej panjang sekejap dalam air mendidih, toskan & belah 2.
  • Potong keju ikut suka dan aturkan atas roti, letakkan sosej tadi, taburkan sedikit serbuk lada putih (jika suka).
  • Gulung roti tersebut & celupkan kedalam bancuhan telur, kemudian salutkan dengan serbuk roti tadi.
  • Goreng dalam minyak yang sederhana panas, balik-balikkan & bila dah kekuningan angkat.
Hidangkan dengan sos cili & mayonis..(maaf..anak2 ana tak suka sayur jadi kalau nak tambah salad boleh je kan..)
Ini keju mozzarella yang Ana gunakan, seketul 1kg sebab tu kena potong kecik-kecik...

Keju Mozzarella Classic 1kg = RM32.00
dapatkannya daripada pengedar terdekat anda...(",)

21 Julai, 2010

NASI GORENG SIMPLE

Bismillah..
Alhamdulillah kerana masih berpeluang menghirup udara segar dibumi Allah nan luas ini...sejak Sabtu lepas Ana demam, batuk kemudian bila dah nak baik sikit tiba2 kena demam panas lak...sampaikan Cik Abe Ana terpaksa bercuti pada hati Isnin & Selasa tu, yelah mana larat nak uruskan anak2 & rumahtangga ni. Alhamdulillah Ana punya suami yang memahami & mampu handle isi rumah ni walaupun tak seberapa..ehehee...(kdg2 Ana sendiripun tak seberapa juga handle kerjarumah..inikan En Suami kan..) 

Bila dah baik sikit ni dah kena mula balik aktiviti yang sekian lama tergendala, terutamanya bab kain baju ler...biasa yang membukit baju yang tak dilipat, ini menggunung kain baju yang tak dicuci...makaaiiihh...dah melimpah ruah terkeluar dari bakul nan tinggi itu..huhu...sambil2 tu masak bekal untuk Adam nak bawa kesekolah petang, menu yang simple dimple nih...

Kelmarin Adam ada bawa bekal roti dengan keju & sosej..tapi bila Ana tanya pasal bekal dia cakap..."tadi kat sekolah saya makan bekal tu tapi takde rasa apa2 pon...pelik je" hah!! Ana pun tertanya2la apa yang diletak & macamana buatnya tu..gelak je ayahnya...hmmmm..adala tu yang tak kena...
Harini Ana masakkan Adam nasi goreng yang ringkas je...

Bahan-bahan :
  • 2 mangkuk nasi sejuk (gaulkan nasi dengan sedikit garam & gula bagi sekata & secukup rasa)
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 2 biji telur
  • 5 batang sosej (Ana guna sosej koktail tu)-potong ikut suka
  • 1 sudu kecil cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit planta/minyak masak

Cara-cara : 
  • Panaskan planta/minyak masak, tumiskan bawang putih, kemudian masukkan cili kisar, biar sampai pecah minyak, kejap je..
  • Masukkan sos tiram, kacau2 seketika & masukkan telur, kacau lagi bagi telur hancur.
  • Masukkan sosej, gaulkan bersama telur..kemudian masukkan nasi, kaup balikkan biar sekata.
  • Angkat & hidangkan..kalau nak lebih pedas bolehla ditambah cili api yang ditumbuk kasar
Ana tak masukkan sebarang sayuran didalam nasi ni sebab anak2 tak suka, nanti dibuangnya sayur tu...letak salad okler...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...