Rabu, 18 April 2012

Ayam Stew Untuk Anak-Anak

Assalamualaikum
BEKAS YANG COMEL,PEMBERIAN DARI KAK DIANA@MELLEY MEY UNTUK SYIFA'
Menu kanak-kanak, mak ayah kpd kanak-kanak pun ikut makan sama....cuma stew kita ni macam terlebih kicap je..main tuang kan, maklumla hari-hari xpress je hidangan perlu siap sedia. Sayur mayur pun takde, kalau ada pun sah2 tukang masak yg kena kutip makan, anak2 makan carrot & kentang je, macam rabbit daa..sesekali je kena paksa mkn kubis & sawi. Kalau x kicap je manjang..takde lauk pun takpe..


Terima kasih Chef Hanieliza & Izah yang berkongsi resepi, tempek secoet kat sini yer utk rujukan lain kali boleh buat lagi. InsyaAllah
AYAM STEW
resepi: Hanieliza
C&P : izahdaut

Bahan:
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ] potong pendek
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
3 biji jagung muda [hiriskan nipis]
minyak

Bancuhkan
1 sudu kecil kicap cair
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan sayuran kecuali daun bawang &  daun sup.
5. Bila dah layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
6. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Terima kasih buat semua yang sudi singgah, nanti Ana ziarah balik yer..InsyaAllah

5 ulasan:

MeknaBlog berkata...

Kak Anna: sedapkan....kita dh buat gak aritu...x tahan godaan nengok stew kak Izahh...

mala berkata...

salam anna,

stew mmg sedap. cicah dgn garlic bread pun best. nak lagi senang atau kesuntukan masa. campak saja semua dalam slow cooker :)

tun_telani berkata...

menu utk kanak2 je kak? org besar datang bersila dh nii.. berebut mangkuk syifa'.. tuang lada hitam byk2. hihi

CT Delima berkata...

As'salam Anna

K.ct setuju kata Anna, anak2 ni aklau bukan menu fav dia orang kicap pun jadilah buat lauk makan dengan nasi. kalau suruh makan sayur2 ni macam susah sangat nak telan, jadinya sayur2 tu k.ct dengan Suami jer yang makan selalunya.

belum pernah buat ayam stew, nampak sangat menarik bolehlah k.ct cuba juga nanti kan :)

annadinara berkata...

Mau buat untuk Dinar aaahhh.. Tengkyu Anna..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...