Rabu, 18 April 2012

SAMBAL@SOS PENCICAH

Ini resepi sambal yang sedap untuk digandingkan dengan nasi minyak, nasi khao mok, nasi ayam. Bukan tu je, buat lebih2 simpan untuk digunakan sebagai pencicah keropok/kuih2 lain. cubalah yer, resepi dari Aisya ni, nak lagi sedap set date dgn Aisya, makan kt rumah dia..hehe..terima kasih yer Aisya..


SAMBAL NASI/SOS PENCICAH
Sumber : Aisya Khuzaimah
Sos/Sambal by AnnaQawina
  • 6 biji Cili merah *
  • 10 biji CILI PADI * (kalau suka sambal hijau boleh guna cili hijau)
  • Daun Ketumbar *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci Halia *optional
  • Cuka
  • Garam
  • Gula *lebihkan
  • Akar ketumbar *ketuk2 masuk time masak kuah.
Cara-Cara :
  • Blender bahan bertanda (*).
  • Goreng gula buat macam gula hangus karamel..
  • Bila gula dah cair masukkan sedikit air dan kemudian bahan2 yang dikisar
  • masukkan garam dan cuka..biar mendidih & masak sempurna.
  • Kalau tercair, boleh bancuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
  • Rasa sambal..biar ada rasa masam2 manis + pedas sikit2..baru kick!
  • **Sos/sambal ini juga sesuai untuk pencicah keropok/kuih2..

5 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

salam Anna, wah sedap nampaknya tu biasanya akak taklah buat macam gula hangus ni boleh lah dicuba nanti sbb nasi2 tumis ni anak2 sangat suka thanks ya sudi berkongsi tips..

tun_telani berkata...

tgk pencicah ni teringat kat kopok lekor. huhu

hazila berkata...

Salam Anna,
Nanti boleh cuba, akak ingat nak buat tauhu sumbat. Sesuai kot...

kakna berkata...

salam..
sedap sos ni.dapat buat sendiri lak.

quinnie berkata...

wahh menarik la sos ni..buat gula hangus dulu ye...mesti lain skit rasa dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...