Rabu, 18 April 2012

Khao mok Kai @ Nasi Komok @ Nasi Minyak Thai

Senang panggil Nasi Komok..ye dak? hehe.. 

Pertama kali dengar & rasa makanan ni masa Aisya datang rumah, mula2 tu dia bawa rempah je sambil2 ambil order kuih dia kan, tapi masa tu beras basmathi tahmana cari2 tak jumpa, pelik jugak kan..hehe..Kali seterusnya kunjungan beliau bersama suaminya Ustaz Anuar (betul ke nama ni Aisya?) datang bersamanya set nasi khao mok@komok ni..lps tetamu balik kami cepat2 ambil rasa makaii sedapnya..lengkap rasa set tu sedap..hehe..sibbaik sikit je yang ada, kalau tak mau menambah2 makan kan..eheh..terima kasih ye Aisya.


Beberapa hari kemudian cari2 punya cari rupanya beras basmathi ada je dlm bekas untuk beras & gula dlm kabinet, tu pon Cik Abe yang jumpa..aduyaii..malu ambe..haha..ketara sangat ke tak cek barang dapo..Maka mulala berangan nak buat sendiri, jenuh juga sms empunya tangan yang masak sedap2 tu kan, ambik tips bagai....Alhamdulillah, jadi sedapla..cuma sambalnya kena berguru dgn Aisya nak bg mantop sedap lagi ni..

Jom kita semak resepi dari Aisya yang memang asal dari area yang terkenal dgn menu ni kan, betul ke Aisya? ke pandai2 akak je buat stetmen ni..hehe

Khao Mok Kai@Nasi Komok@Nasi Minyak Thai
Nasi Khao Mok by AnnaQawina
Bahan-bahan utk nasi :- 
  • 4 cawan beras basmathi (rendam dulu lebih kurang 1/2 jam)
  • 2 sudu rempah 'khao mok'  
  • **Kalau takde rempah 'khao mok' ni boleh rujuk blog Kak Ayu, ada cara untuk membuatnya sendiri ya.
Bahan Tumis :
  • 4 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia* (*tumbuk halus)
  • 1/2 biji bawang holland ,potong kecik2.*optional..saya suka sbb ada rasa manis2 pada masakan.
  • rempah 4 beradik (kayu manis, bunga lawang,cengkih & buah pelaga)
  • lada hitam,sikit je..(tumbuk halus)
Bahan Lain :
  • susu cair 1/2 cawan
  • kiub ayam *x letak pun takpe
  • daun ketumbar / akar ketumbar *ketuk2 sikit
  • garam
  • bawang goreng
  • minyak sapi..sikit je,campur dgn minyak biasa.*Ana guna butter
  • daun bay 2 helai ( x de pun xpe)
  • bawang putih jeruk ( xde pun xpe).
  • * ulam/sayur -timun,salad & tomato
Cara-cara :                                               
  • Tumis rempah 4 sekawan,lepas tu masuk bahan2 tumbuk tadi..
  • Tumis sampai wangi,masuk bawang besar pulak.
  • Dah agak layu..masuk rempah 'kaw mok' & lada hitam,daun bay..agak2 macam nak garing masukkan air & susu cair.
  • Sukatan air mengikut pada sukatan beras,kalau 4 cawan boleh la letak 4 1/2 cawan air.
  • Lepas tu terus masukkan beras  & bahan2 lain ..garam,kiub & daun/akar ketumbar.
  • Dah masak tabur bawang goreng..

AYAM GORENG 'Khao Mok'
  • Ayam
  • Garam
  • sedikit rempah khao mok 
  • Sedikit serbuk pati ayam
Perap semua bahan diatas bersama ayam,  Kemudian goreng sampai masak.


Sambal/Sos Nasi Khao Mok
  • 6 biji Cili merah *
  • 10 biji CILI PADI * (kalau suka sambal hijau boleh guna cili hijau)
  • Daun Ketumbar *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci Halia *optional
  • Cuka
  • Garam
  • Gula *lebihkan
  • Akar ketumbar *ketuk2 masuk time masak kuah.
Cara-Cara :
  • Blender bahan bertanda (*).
  • Goreng gula buat macam gula hangus karamel..
  • Bila gula dah cair masukkan sedikit air dan kemudian bahan2 yang dikisar
  • masukkan garam dan cuka..biar mendidih & masak sempurna.
  • Kalau tercair, boleh bancuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
  • Rasa sambal..biar ada rasa masam2 manis + pedas sikit2..baru kick!
  • **Sos/sambal ini juga sesuai untuk pencicah keropok/kuih2.. 

12 ulasan:

Mas berkata...

anna..jap lagi aku sampaiii...
buat air cepat...he3

Acik Erna berkata...

sala anna..acik memang suka mencuba resepi nasi..kali ni tak berjaya la..sebab rempahnya tak de..

Sheila Shafeareen berkata...

Assalamualaikum...npk menarik resepi nas nya..ank2 pun suka mkn resepi2 yg baru..akk nak try lah nnt ..:-)

HaSue berkata...

Owwhhh rempah tu boleh buat sndirik yer ana? Nanti aku dtg umah ko,watkn nasik ni eh..baru aku dpt imejin rasa yg spatutnya cmner.hehe

izahdaut berkata...

oo simple je ek.. insyaAllah aakan ku buat ujung minggu ni. tq anna

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak Anna..nasi feveret yana ni..dh lama xbt..rempah ada tersimpan rapi..pasni kna bt lah..kna selongkar mana lah rempah itu disimpan hihii

tun_telani berkata...

alaa.. baru je teringin nk buat.. tgkblog kak ayu tu xde pulak tempat 'search this blog'.. xde kerajinan nk search satu2 cari resepi rempah nih.

ps: urghhhhh... verification words tu asyik salah je... sabo... sabo...

mala berkata...

nmpk best nasi ni ... aiseh! mana nak cari resepi rempah ni?

Nuwairani Ismail berkata...

assalam kak ana...nak kene rasa dulu nasi ni baru boleh masak ni. tak pernah makan lagi..

Amie berkata...

Assalamualaikum Anna,
elok aje terletak peha ayam kegemaran Kak Amie kat atas nasi tu.... he he heh nak sebut nama nasi tu terbelit2 pulak lidahku. Tapi menunya kelihatan enak banget!

Cendana Kasih berkata...

Anaaa....esok ko masak lagi nasik ni yer... nanti aku sampai...hehehe

quinnie berkata...

wahh anna..bernasi komok ko ye..hehehhe...malasnya nak buat rempah sendiri...kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...