30 November, 2010

KUDAPAN ISTIMEWA

Assalamualaikum...

Masih dengan mood nak nunjuk2 apa yang dibeli kat MAHA haritu...hehe..saje je kan..


Kuih cincin ni sedap sangat, sebelum ni pernah makan bila ada abang ipar yang pergi Sabah bawak balik & bagi kita sikit, jadi bila jumpa kat MAHA tu, kita terusla beli, tak banyak mana pun, kononnya beli sikit2 tapi macam-macam..balik rumah tak cukup lak rasa..


Selain tu ada juga beli  Seaweed Crisps..sedap jugak..tak puas makan sebab beli 1 kotak je..haha..


Moh ler makan jajan-jajan ni dengan Kappucino Tongkat ali ni haa...keluaran Coffee Omega...saja nak cuba-cuba, sedap jugak..aihh...asyik sedap jek..ada lagila makanan yang dibeli, kebanyakannya yang takde jual kat luar / supermarket ni..termasuklah jeruk Pak Ali dari Penang..tkyah g Penang dah....
Ok...dah puas tayang, makan time..heeeee

Notes: Dengkinya tgk Sicilian Orange Cake Izah..sob..sob..


29 November, 2010

ITU INI @MAHA 2010

Semalam 28 Nov.2010...kami sekeluarga bertandang ke MAHA 2010 kat UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan...Tak mau cakap banyak, jom layan gambo2 tak seberapa ni

Ada bunga-bunga cinta....cantik yang amat..macam-macam corak ada, besar kecik suma boleh jumpa, nak beli belum tentu lagi..


Ni baru kat luar..belum jejak betul2 kat dalam dewan pameran tu...

grrrrrrr.....

segar2 sedap buat ulam cicah sambal belacan..ngeeee
moh tanam padi...
Anak Ana AKMAL kata : AYAH, BOLEH TAK KITA BELA AYAM?? adeeyyy..
waaaa...buat kek guna telur sebesar ni pasti gebuusss kan...

Sape2 yang ada duit lebih boleh gak beli ni...hihiiiii



Jalan-jalan lagi, masuk Hall B, sape2 jumpa booth ni, nampak seorang pemuda hensem & agak2 bujang tu, adik Ana la tu...ada yg ckp muka kami sama, tapi rasanya muka ai lagi lawa la..(uweeekk) haha..kampeni  adik Ana kerja tu terlibat jugak dengan pameran ni, jual minyak proses, sape2 ada banyak minyak bekas goreng2 tu, blh hantar kat diaorang, proses jadi minyak diesel...SELAMATKAN ALAM SEKITAR KITA!!..errr...kita pon takde bg dia minyak tu..haha

tempat orang jual minyak...heeee
Pastu kan...teruskan perjalanan anda kat Hall B ada juga benda2 ni, nak tengok lagi banyak benda2 alah ni kena g Hall D kalau tak silap Ana...Bazzar Makanan..

macam2 bentuk coklat yang mengiurkan ada...
Jangan beli dulu..!!
pusing2 sekeliling & ambik coklat2 yang ditawarkan secara percuma tu dulu, dah puas pusing gerenti anda kenyang, dah takyah beli..wakakaaa...betull...memang kenyang sbb banyak gerai yang jual coklat...

ini coklat yea, bukan bola golf..heee
Memang puas hati walau terpaksa menapak dari satu2 lokasi pameran tu, macam2 ada dipamerkan ,coklat2 yang enak belaka & cantik2 bentuknya, tapi kan bila masuk tempat jual2 tu dah rasa pergi supermarket lak..."Beli 1 RM3.50..beli 3 RM10.00"....suka tengok, sebab kita ni jarang2 dapat pergi tempat2 gini.....

puteri sulung kami sempat berposing...

ala-ala kat padang ragut ni...
sempat lg sepak bola..

hehehhheee...

dah penat sepak bola, eskrem time...rasa mango lak tu..sedapppp
Muka masing2 dah penat, lapo pun ya, nak pusing balik ke Hall D tempat makan2 dah tak larat, jadi pusing keluar je, menapak lagi ke tempat letak kereta..Ya Allah...penatnya...ada lagi nak citer tp rasanya cukup dulula..nak betulkan urat saraf dulu...dah kejang kaki ni berjalan...ada yang urutkan syoknye kan...heee

27 November, 2010

JEMPUT-JEMPUT PISANG + NESTUM....ajaibnyaa..:-)

Salam teman-teman....esok pagi kita dapat bersiaran mungkin sampai keesokannya pula...nak g jenjalan, mungkin ke MAHA 2010 kat Serdang tu..tu pon kalau jadi & takde aral melintang le kan..InsyaAllah..dah jalan-jalan tu mesti penat kan, rehatla dulu pastu kalo rajin sambung balik tayang menu tah hape2 ni haa...heheee

Ni Ana nak tunjukkan lempeng ajaib..bertukar menjadi jemput-jemput...ajaib kan? Ehehee...kemain lg skodeng dapo Kak Nor hajat di hati nak jadikan pisang nan lebam tu sebagai lempeng pisang dicampur dengan nestum yang sikit tu...lalu kejadiannya bukanlah lempeng..tetapi jemput-jemputlah adanya....oklah untuk minum petang tadi..errkk..kenyang dah eh..kihkih


Masa bancuh tu Ana ikut sukatan Kak Nor, tapi bila dah letak adunan atas kuali, takboleh nak terbalikkan, bawah dah hitam legam tapi kat atasnya lembik lg..huhu...2 kali jadi gitu, akhirnya Ana tambah tepung & goreng jadi jemput...haaaa...lemak-lemak manis rasanya kan ada nestum, susu lagi...



Apa-apapun terima kasih buat Kak Nor & asalnya resepi lempeng ni dari Cik Mat Gebu, tak jadi lempeng Ana ni mungkin silap bancuhan kot, tapi tetap boleh dimakan sebagai jemput-jemput..dah bape kali nama jemput-jemput ni disebut tah..haha...

Resepi Jemput2 Nestum Ana, diedit dari resepi asal CMG & Kak Nor. InsyaAllah lempeng tu akan dicuba lagi kemudian hari...

Resepi Jemput2 Nestum

BAHAN-BAHANNYA :
  • 250 gram pisang, dilecek halus
  • 100 ml susu cair + 100 ml air masak
  • 1/2 cawan nestum original
  • 3/4 camca teh baking powder
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 10 - 12  sudu besar tepung gandum - bergantung kepekatan adunan

CARA-CARA 
  • Campurkan semua bahan diatas, rehatkan 5 minit, sudukan adunan ke dalam kuali yang mengandungi minyak panas...
  • balik2kan, angkat & hidangkan..

LEMPENG PISANG OAT  (copy : Kak Nor)
sumber: CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram pisang, dilecek halus
  • 200 ml susu segar (mat guna 100 ml susu sejat + 100 ml air)
  • 1 cawan quaker oats
  • 3/4 camca teh baking powder (mat tambah)
  • Sedikit gula jika perlu (mat tak letak)
  • Garam secukup rasa
  • Madu, untuk hiasan
  • Mentega, untuk hiasan
  • 2 sudu besar tepung ~ ni k.nor tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu, mentega dan garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Rehatkan bancuhan tadi selama 5 mini, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.
  • Lenser kuali non-stick dengan sedikit minyak (mat guna paper towel bersih, celup sedikit dalam minyak dan sapu atas kuali), panaskan dengan api sederhana.
  • Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper2 kan sedikit. Tutup permukaanya, selepas 1 - 2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2, boleh terbalikkan lempeng. Masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
  • Hidangkan bersama mentega dan madu..Selamat mencuba untuk semua

26 November, 2010

BANANA SOFT MARBLE CAKE

Assalamualaikum...

Malam semalam(ke kelmarin?..) sebelum lelap mata sempat terjenguk dapo kak Ayu, nampak chatek sungguhla kek pisang dia tu, kebetulan minggu ni minggu pisang kat rumah Ana..maklumlah, baru balik dari kampung, ayahanda bg pisang, singgah rumah abg ipar, dibaginya kita pisang, singgah lagi rumah kakak ipar ada jugak kena bawak balik pisang..dah campur2 suma banyakla pisang kita...

Kali ni Ana cuba resepi dari dapo Kak Ayu lak..jom layan...............


copy : kak Ayu...t.kasih kak...:-)..gebu je kek ni...cubalah..

Bahan-bahan:

270gm mentega
250gm gula kastor-(Ayu gunakan 170g)..Ana ikut je
260gm tepung gandum-(Ayu kurangkan 10g-so 250g)..Ana ikut gak
1 camt baking powder
6 biji telur
2 camb susu pekat manis (condensed milk)
1 camb ovalette
1 camb air-(Ayu tambah 1camb susu)
1 camt esen vanila
10gm serbuk koko
1 camt chocolate emulco - optional
1 cawan pisang yang dah dilecek

Method:
  1. griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20-23 cm springform. ketepikan
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  3. satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan, masukkan pisang lecek dan gaul rata (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh). ketepikan
  4. kemudian satukan telur, ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata
  5. masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4 dan kacau rata
  6. keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. kacau sehingga sebati
  7. masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin kek dan 1 senduk adunan cokelat
  8. ulangi sehingga habis adunan digunakan
  9. ambil chopstick dan buatkan bentuk marble
  10. kemudian bakar pada suhu 180C selama 45-50 min atau sehingga masak
  11. setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  12. selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong kek tadi

SAMBAL BELACAN POWER

Dah nak masuk alam lunch dah ni, kawan2 dah masak ek?  Ana makan lauk semalam jek..hihi..bukan malas tau, saje kena prabihkan, elok lg tu, tak baik bazir kan kan....

Sambal belacan pon nak tunjuk gak ke? Tunjukla, dah itu kita buat & resepi ambik kat orang, kena bg credit sikitla, buat laporan kiranya ni....hihi


Lauk yang biasa2 je Ana masak malam tadi, tapi yang baru 1st time try ni adalah menu luarbiasa bagiku.... adoyaaiii...Noorma Si Tokey Cokelat...pedas yang amat & berpeluh2 makan, sedapla, sebelum ni tak pernah buat sambal belacan boh sos ikan...meh kita pakat2 coba...

Resepi copy & edit sikit dari  Noorma 
Terima kasih Cik Puan :))


Bahan-bahan
  • ~2 biji cili merah masak
  • ~10 biji cili padi kampung
  • ~belacan
  • ~garam
  • ~1 sudu besar sos ikan (nampla)
  • ~2 biji limau kasturi (ambil jusnya)..Ana guna limau nipis
  • ~1 biji kulit limau kasturi (yg tadi diambil airnya) dipotong halus
  • ~1/2 biji tomato - dipotong dadu kecil
  • ~2 ulas bawang putih -dipanggang jap Ana tambah
  • ~1 ulas bawang merah - dipanggang jap Ana tambah

Cara-cara
Tumbuk semua bahan2 kecuali tomato, jus & kulit limau
Akhir sekali campurkan dengan tomato, jus limau kasturi dan kulitnya serta sos ikan. Gesek sikit dengan lesung batu.. siap..

Selamat Mencuba..Ana nak g makan nasik ngan sambal ni jap lagi...heheh...ngencess?? G cepat buat!!!

AWARD DARI IZAH

 CANTIKKAH??? ngeeee....terima kasih Izah

 
Dah taip sejak semalam tapi tak lepas2 nak keluarkan lagi..hihi...maap ye Izah..bukan malas, kurang rajin jek....dah lama tak buat kerja sekolah kan, jadi terkial-kial jugakla nak siapkan tugasan nie..

Kita buat & sebar-sebarkan ek..maklumlah begitu banyak blog yang Ana suka & cantik2 belaka... sekian..

Nick name tuan empunya Blog:
Anna Qawina ...

Ucapan untuk pemberi award:
Kepada Izah Pencinta Muffin..(macam buat surat rasmi lak dah) terima kasihla sudi menghadiahkan award cantik ni. Apa yang cantik pon Ana tak tahu, besa2 je nampak..orangnya kot yang cantik manis adala..kekeke..*gelak perasan ni*

6 fav artist / singer / group
  • Yusuff Islam
  • Maher Zain
  • Hijjaz
  • Raihan
  • Hadhad Alwi
  • Spongebob Squarepants...err..blh kira ke?


Tag 10 bloggers: sapela tu ek...


Dipersilakanlah kepada sesiapa yang kena tu ambik yea..gantung kat dinding rumah ok gak nih...ngeee..
 
SEKIAN TERIMA KASIH

25 November, 2010

DAGING MERAH ALA THAI

Musim Raya Qurban mesti banyak daging dapat kan..asyik nampak menu daging je ek..Ana tengok kat dapo Madiha & cuba buat, kebetulan ada lak stok sos ikan yang beli taun bila tah..(belum xpired tau..) sedap gak, tapi masa buat 1st time haritu  Ana ikut bulat2 resepi. Bila makan rasa keras sikit daging mungkin sebab goreng kejap tu *Kata si pemakan..al-kisahnya..*...^_^ sape ek?


Semalam buat lagi & Ana tak goreng (ikut saranan yang meng'komplen' haritu), lepas rebus, terus potong & tumis bahan2 macam biasa, ada la perubahannya masa gigit daging tu...heee...apa2pun terima kasih kepada penyumbang resepi & peng'copy" yang mewarwarkan ni...


resepi asal : Jeezy @ MyR
Copy : Madiha / Hana / Kak Nor Secubit Garam pun ada

DAGING MERAH ALA THAI...

Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • hana tmbh halia ketuk
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh) *Takde stok
Cara-cara
  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih n halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

APAM SALJU/BERAS

Bismillah...
 Assalamualaikum...

Haa..ni sarapan semalam yea...tertengok..diulangi..TERTENGOK Hana dok Jepun tu buat, cumil2 apam dia, kita pun merajinkan tangan ni buat gak...atas sebab2 yang tak dapat dielakkan Ana terpaksa masukkan harini...mudah yang teramat nak membuatnya tapi kalau tak bersedia mental & fizikal jadi susah gak...nape Ana kata lagutu? Hihihiii.....

Dah malas nak buat kecik2, tuang je dlm loyang.heee

Ada ke makan apam dengan coklat ek? Adaaa...kamila...kihkih...masa bancuh apam ni, Ana kat rumah kehabisan gula..segala macam gula pun takde, yang ada  pun tak sampai secawan, tapi teruskan juga dengan harapan okla kurang manis, nanti leh makan dengan kelapa parut + garam sikit kan..konon2la...

Mula2 tu rajinla gak kukus dlm bekas kecik2 nie..

Bila malam tu pesan kat Cik abe Ana soh beli kelapa parut, puas dia cari kat 2 buah kedai runcit tu, kelapa parut habis / takde...waaaaa....pastu siap bebel lagi kat kita, nape tak bgtau awal-awal petang tu..bnyk tmpt blh cari kan...sobs..sobs...dalam kepala puas dok pk nak makan dengan apa ya apam ku yang comel & kurang gula nih...maka ku cairkan coklat masakan bersama sedikit susu pekat & air panas, tuang je atas apam tu, budak2 ni mula2 tu makanla, pastu tengok2 tinggal apam je, coklatnya dah takde..adeehhh!!

Ana panjangkan resepi mudah ni kat sini, harapnya sape2 yang nak buat tu bolehla cuba tp pastikan bahan2 dirumah anda mencukupi ya...
Sumber : Cha@myresipi
Copy : Hana

Bahan-bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Dalam banyak2 apam, seketui ni jer yang tersengih, yg lain malu kot...
     Cara-cara
    1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
    2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
    3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
    4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
    5. Perap selama 3 jam.
    6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
    7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
    8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
    9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
    HANA KATA :
    NOTA: bagi mereka2 yang duk tercampak di negara2 bertendang yg xde kelapa parut cam aku, leh gunakan kelapa kering cume perlu campurkan santan+air panas sedikit kemudian tambahkan garam. kacau secukup rasa.. agak2 ler air tuh jgn kasi banjir la pulak kelapa kering tuh yer! asal basah sudah...klu rajen leh kukus atau gune microvawe. tadak hal! nikmatilah seperti anda berada di bawah pokok nyiur kelapa di tepi laut dengan angin sepoi2 sambil memegang si apam plus kelapa parut.. jangan berangan kene kempap kelapa sudah! haha...(boleh cuba nih)

    KATA ANA : kelapa parut takde, kelapa kering jugak ngak ado...tak dapekla nak berangan mkn apam bawah pohon nyiur dihembus angin laut selat melaka, maka terselamatlah kami dari ditimpa buah kelapa..boleh gituw?? kihkih...Hana jangan marah, gurau bewoks jek..

    24 November, 2010

    AYAM MASAK KARI KERING

    Assalamualaikum w.b.t..
    Adeeiii..dah nak senja dah ni baru boleh update, sebab dok bercinta dengan pc nak install tuk phone kita yang satu tu le..Cik Abe tukar pc lain & tak install kita punya phone, sobs..sobs...kenala buat sendiri..jadi terkial-kial le makcik Kiah ni...huhuu..Alhamdulillah berjaya jugak akhirnya..hehehee


    Ayam Masak Kari Kering

    Cadang nak boh cerita pasal APAM BERAS yang Ana buat  malam tadi utk sarapan pagi ni, tapi tgk jam dah nak senja dah, jadi kita tayang le menu makan tengahari je..bukan harini punya..semalam tau..sedap sangat makan dengan nasi panas2, tapi Ana buat ada berkuah sikit, tak nak kering sangat...makan  lak bersama-sama ulam-ulaman & cicah sambal je...

    Petai Jeruk & Kacang Panjang celur

    Jangan marah yea tang ulam yang tergolek-golek tu, tu je yang adoo..terpaksala tayang..hahaaa..

    Keropok Ikan (beli je & goreng sdrik yea) & Nugget Keju
    Disamping menu minum petang yang simple...sementara nak menyantap tu dapatla alas perut kan..

    Kat sini Ana copy & pastekan resepi sedap dari blog Kak Nor, terima kasih kak, rasanya resepi ni dah seantereo benua blog masak2 ni cuba, kita yang tertinggal belon panas nie...

    AYAM MASAK KARI KERING Kak Nor Punya Style

    1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
    sedikit garam dan serbuk kunyit

    Goreng ayam 1/2 masak ~ biar lembut jer, tak perlu sampai garing.
    Angkat dan toskan.

    ~~~~~~~~~~~
    bahan2 lain:
    7 bj bawang merah ~ dihiris halus
    3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
    1 - 2 sudu besar cili mesin
    2 sudu besar rempah kari ~ bancuh dgn sedikit air
    2 tangkai daun kari
    2 sudu besar sos tiram
    1 cawan air
    jus asam jawa
    garam
    gula ~ jika suka
    tomato..*Ana tambah


    Cara2:
    Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing,
    Masukkan cili mesin. Goreng lagi.
    Masukkan rempah kari dan goreng hingga sedikit kering.
    Masukkan 1/4 cawan air dan juga daun kari. Masak hingga pecah minyak.
    Kemudian masukkan sos tiram, baki air, jus asam jawa, garam dan gula.
    Kacau2 dan masukkan ayam.
    Masak hingga ayam masak dan juga kuah pekat. Masukkan tomato.
    Angkat dan hidangkan panas2.

    23 November, 2010

    KISAH ANA

    Assalamualaikum..

    Harini Ana cuma nak kongsikan pengalaman & kesibukan sebelum Aidiladha haritu & sepanjang Raya...Disamping sibuk buat persiapan raya untuk sendiri, ada juga buat sumbangan berisi untuk kakak Ana yang ingin mengadakan kenduri sempena Qurban & majlis bertunang anaknya...kini anak buah Ana ni dah sah jadi tunangan orang...jangan ada yang nak pinang2 lagi ek..heee

    Bakal ibu mertua dah chop!!
    senyum je dapat cincin ek...
    Ada juga sumbangan kecik Ana untuk majlis ni, macam biasala, buat kek..hahah..Kek yang Ana buat ialah Kek Marble Susu..(maaf, lupa nak suruh diaorang snap gambar)..katanya kek tu sedap sangat & akan mintak lagi..heee..Kek Karemel, Kek Pelangi (Resepi Chef Hanieliza) & sebiji kek coklat  (Hershey's "Perfectly Chocolate" Chocolate Cake) untuk hantaran..pertama kali bermain dengan buttercream ni faham-faham ajela, tangan ni keras macam kayu, nak tulis ayat atas kek pun rasa macam baru belajar mengeja..hahaa...kek tu tah apa rasa Ana pun tak tahu...harap2 sedap la ek..

    Ada sebab Ana campak kiwi kat tengah tu..heheheee..

    Dah masukkan dalam kotak nampak cun sikitla...
    Diharapkan anak buah Ana, Wawa & bakal suaminya, Helmi dapat manfaatkan tempoh bertunang ni sebagai tempoh bertenang bagi bakal pengantin, penuhi diri dengan ilmu rumahtangga & segala ilmu keibubapaan..paling penting juga ilmu keagamaan agar keharmonian rumah bertangga yang akan dibina nanti selamat dari cubaan yang besar & segala macam pancaroba..

    Antara gambar-gambar semasa majlis berlangsung :- 

    sesi memotong kek..orang kat tepi tak sabar nak ngap..heee
    Cantik kan kek pihak lelaki bagi..heeee...
    Antara barangan hantaran pihak perempuan..Macam kawen dah ni..adeeiii..
    Semoga kalian mendapat berakah untuk menjejak pelamin nan indah..Jaga batas2 agama & susuri nikmat kehidupan kalian dengan berilmu...kelak jadilah kamu Isteri/Suami Mithali, Ibu/Bapa Bestari, Insan Berdedikasi & teguh berdiri di jalan Ilahi...Amin..

    Tahniah & Selamat Bertunang

    22 November, 2010

    BERSUA KEMBALI

    Assalamualaikum & Salam pagi nan indah buat teman2 semua...




    waduhhh..rasa macam dah bertahun tak update nih, walhal baru dekat seminggu tak jengah blog..hihihii...Pagi ni pasti sibuk menguruskan kain baju, maklumlah baru balik bercuti kan, paham2 sudahlah...tambahan lak sekolah anak-anak dah mula bercuti, laagiiilaaa kena menyibukkan diri..

    Kesibukan yang melanda, tambahan pula persiapan Hari Raya AidilAdha baru-baru ni, Ana ada juga ambil sedikit tempahan kek, nak kemas kain baju pun last minute..sebelum tu sempat la jugak menghadirkan diri ini kat Majlis Ihtifal anakanda kami..Akmal yang dah selesai dengan jayanya menamatkan zaman tadikanya..hehe...

    Buat masa ni tak sempat lagi nak main masak-masak, mungkin akan menjengah apa yang dimasak oleh kawan2, baca entry yang patut & sempat..kepada sahabat2 alam maya yang menziarahi Ana terima kasih diucapkan...akan ku terjah kalian dengan rindu yang menggunung...ceewaahhh...hahaha...JOM SARAPAN..!!

    14 November, 2010

    KEK PANDAN MARBLE

    Assalamualaikum w.b.t

    Sibuk sungguh semalam sampaikan nak update pun tak sempat..pagi2 pergi Majlis Ihtifal Tadika Islam anakandaku Akmal Fitri.Alhamdulillah walaupun kurang cemerlang macam abangnya tahun lepas adala jugak dapat hadiah khas..ermmm.yang tu nanti2la Ana cerita...petang tu pulak terima kedatangan tetamu, tak lain tak bukan kakak ipar & askar2nya...jap lg ni nak keluar lak beli barang utk tempahan kek..kecik2 je tempahan kita..utk sdara-mara jek...

    kek lagi..wawawaaaa...mesti ada orang kata " penatla laki dia ni kena beli tepung.." ada yg kata gitu? ada? hahaa..ni buat hari Jumaat kot..dah lupa la..tapi lembut je & kakak yg datang cakap sedap...sempatla prasankan diri jap..kekeee....

     

    Sumber : R-Lin myResipi

    Kat blog Mat Gebu pun ada..Ana ikut mat gebu

    Bahan-bahan ( 1 loyang ukuran 20cm )

    • 4 biji telur
    • 1 sdt serbuk coklat,ayak.
    • 100 grm gula pasir*Ana guna gula kastor
    • 1 sdt ovallate
    • 25 ml santan pekat,(santan kotak)
    • 1 sdt perisa pandan
    • 50 grm minyak masak
    • 100 grm tepung gandum  }ayak
    • 1/2 sdt serbuk penaik       }bersama
    • beberapa titik pewarna hijau
    • 1 /2 sdt esen vanilla ..tambah ikut Mat Gebu
    • 1 sdt coklat emulco..Ana tambah ikut mat gebu 
    • Sedikit kelapa kering..Ana tambah sendiri

     Cara-cara

    1. Pukul telur,gula pasir,&ovallate hingga kembang.
    2. Masukkan ayakan tepung gandum & serbuk penaik.Kacau rata.
    3. Masukkan minyak masak,kacau rata.
    4. Masukkan santan & perisa pandan, Kacau rata.
    5. Adunan dibahagi 2, 1 bahagian diserbuk coklat, esen vanila & coklat emulco.Kacau rata.
    6. Masukkan beberapa titik pewarna hijau & perisa pandan pada adunan yg selebihnya. Kacau rata.
    7. Masukkan adunan hijau & coklat berselang seli ke dalam loyang yg dah digris. **Ana tabur sedikit kelapa kering setiap lapisan 
    8. Gunakan chop stick & buat corak marble.. 
    9. Bakar pada suhu 180c atau bergantung pada kepanasan oven masing -masing selama 30 minit. 


    **KEK YANG LEMBUT & GEBU....SESUAI UNTUK HIDANGAN BILA-BILA MASA...**

    CUBALAH YE..

      12 November, 2010

      Nasi Ayam Karamel

      Assalamualaikum

      Salam Jumaat Yang Berkat..

      Harini nak tayang je menu tah hari apa buat.. malas sungguh nak masuk dapur, hujan-hujan ni sedap dok golek-golek je ngan Hannah si kecik ni, nasib baik lauk semalam ada lagi, panaskan jela utk makan tengaharini...kekekeke..malas bebenor yek..

      Kek karemel..puding karemel..nasi pun karemel jugak..nanti makin naikla harga gula ye tak..resepi ni dapat dari kawan FB, dia pun dapat dari mana tah..10Q Kak Ani sudi kongsi2 resepi bagi mempelbagaikan citarasa rakyat Malaysia ni..

      Dah nama keremel tentu kita ingat gula hangus kan, tentu pk manis dok? Takle manis macam gula, sedang2 aje, yang dikaremelkan tu ayam je, nasi macam biasa je..rasanya resepi nasi ayam ni simple juga, bahan-bahan pun biasa2 je..sedap juga ayam tu tau..

      Resepi Nasi Ayam Karamel :-

      AYAM :-

      • 1 ekor Ayam dibersihkan..Ana potong 2 je ayam tu
      • 3 senduk gula (dibuat karamel)
      • Air secukupnya
      • 1 labu bawang besar *dimayang halus
      • 5 ulas bawang putih *dimayang halus
      • sedikit halia * dimayang halus
      • sedikit garam
      AYAM KAREMEL :-
      • Dalam kuali..masukkan gula, kacau2 sampai gula mencair, lepas tu msukkan air agak2la tenggelam separuh ayam, biarkan mendidih.
      • Masukkan ayam di dalam gula hangus tadi bersama  bawang dan halia yang dimayang tadi serta garam, balik-balikkan ayam tu.
      • Biar smpai ayam tu msk..lps tu blh la di goreng atau dipanggang..kemudian potong bila nak makan.

      NASI :-

      • Basuh beras...masukkan dlm rice cooker..
      • Bawang  putih (3 ulas) dan halia..dimesin..dn tuang dlm beras..masukkan daun pandan, kulit kayu manis,,bunga cengkih,garam, kuib pati ayam, margerine 2 sudu besar dan air secukupnya...tanak 
      SUP AYAM :-
      • 5 ulas bawang putih
      • halia
      • sup bunjut Adabi
      • garam
      • Daun sup
      Untuk Sup :-Tumis bahan blend sampai naik bau, masukkan air secukupnya, masukkan tulang ayam (Ana guna leher & kaki ayam)
      Tambahkan sup bunjut serta garam...biarkan sampai masak.
      Angkat & taburkan daun sup
       
      BAHAN SOS.. resepi Kak Junjs11 kat myresepi
      • > 5 biji cili merah
      • > 5 ulas bawang putih
      • > 2cm halia
      • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
      • > 1/2 cawan air 
      Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)  ..Ana masak sekejap

      SAMBAL KICAP :-
      • Ambil sedikit air ayam keremel tadi, masukkan kicap cair..

      BAHAN SAMPINGAN :- Ulam-ulaman..Ana guna tomato & kubis je..

      HIDANGAN :
      Hidangkan nasi bersama ayam, sup, sos & kicap, beserta ulam2...jemput makan..:)

        BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

        Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...