Khamis, 25 November 2010

APAM SALJU/BERAS

Bismillah...
 Assalamualaikum...

Haa..ni sarapan semalam yea...tertengok..diulangi..TERTENGOK Hana dok Jepun tu buat, cumil2 apam dia, kita pun merajinkan tangan ni buat gak...atas sebab2 yang tak dapat dielakkan Ana terpaksa masukkan harini...mudah yang teramat nak membuatnya tapi kalau tak bersedia mental & fizikal jadi susah gak...nape Ana kata lagutu? Hihihiii.....

Dah malas nak buat kecik2, tuang je dlm loyang.heee

Ada ke makan apam dengan coklat ek? Adaaa...kamila...kihkih...masa bancuh apam ni, Ana kat rumah kehabisan gula..segala macam gula pun takde, yang ada  pun tak sampai secawan, tapi teruskan juga dengan harapan okla kurang manis, nanti leh makan dengan kelapa parut + garam sikit kan..konon2la...

Mula2 tu rajinla gak kukus dlm bekas kecik2 nie..

Bila malam tu pesan kat Cik abe Ana soh beli kelapa parut, puas dia cari kat 2 buah kedai runcit tu, kelapa parut habis / takde...waaaaa....pastu siap bebel lagi kat kita, nape tak bgtau awal-awal petang tu..bnyk tmpt blh cari kan...sobs..sobs...dalam kepala puas dok pk nak makan dengan apa ya apam ku yang comel & kurang gula nih...maka ku cairkan coklat masakan bersama sedikit susu pekat & air panas, tuang je atas apam tu, budak2 ni mula2 tu makanla, pastu tengok2 tinggal apam je, coklatnya dah takde..adeehhh!!

Ana panjangkan resepi mudah ni kat sini, harapnya sape2 yang nak buat tu bolehla cuba tp pastikan bahan2 dirumah anda mencukupi ya...
Sumber : Cha@myresipi
Copy : Hana

Bahan-bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Dalam banyak2 apam, seketui ni jer yang tersengih, yg lain malu kot...
     Cara-cara
    1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
    2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
    3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
    4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
    5. Perap selama 3 jam.
    6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
    7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
    8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
    9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
    HANA KATA :
    NOTA: bagi mereka2 yang duk tercampak di negara2 bertendang yg xde kelapa parut cam aku, leh gunakan kelapa kering cume perlu campurkan santan+air panas sedikit kemudian tambahkan garam. kacau secukup rasa.. agak2 ler air tuh jgn kasi banjir la pulak kelapa kering tuh yer! asal basah sudah...klu rajen leh kukus atau gune microvawe. tadak hal! nikmatilah seperti anda berada di bawah pokok nyiur kelapa di tepi laut dengan angin sepoi2 sambil memegang si apam plus kelapa parut.. jangan berangan kene kempap kelapa sudah! haha...(boleh cuba nih)

    KATA ANA : kelapa parut takde, kelapa kering jugak ngak ado...tak dapekla nak berangan mkn apam bawah pohon nyiur dihembus angin laut selat melaka, maka terselamatlah kami dari ditimpa buah kelapa..boleh gituw?? kihkih...Hana jangan marah, gurau bewoks jek..

    7 ulasan:

    Fazlinil Irma berkata...

    kak anna.

    tak sama kelapa parut dgn kelapa kering. tapi dah duk negara tak dak mesin kelapa. TERpaksa jugalah pakai kelapa kering. :(

    Mas berkata...

    ana pun dah berjangkit apam..he..he..sedapkan anna...

    Anna Qawina berkata...

    Irma ; buat manis takyah letak kelapa pun ok kan..nak buat guano..hihi

    Mas : kita kan bz, tentu nak yg senang2 & sodap je..hahaha..tp apamku takdak manis gula..huhu

    maz berkata...

    ana..mai sni nk mtak apam klor2 tu..bngkus 10 ktoi ye..

    Noorma Ismail berkata...

    Bukan setakat obersea jer, kat rumah kita pun jarang masuk kelapa parut ni..asyik membedal santan kotak jer... minum air kelapa laut slalu ler..juga ubat batuk cap Kelapa Laut Afrika... hehe

    Anna Qawina berkata...

    Noorma : huahuahuaaaa..kita serupaaaa...takmo beli kelapa parut sbb mudah rosak..*malas kot..* kiki

    So Shy Lady berkata...

    asyik copy paste recipe anna buatnye blum lg...

    heheh..tp mmng nak try

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...