27 November, 2010

JEMPUT-JEMPUT PISANG + NESTUM....ajaibnyaa..:-)

Salam teman-teman....esok pagi kita dapat bersiaran mungkin sampai keesokannya pula...nak g jenjalan, mungkin ke MAHA 2010 kat Serdang tu..tu pon kalau jadi & takde aral melintang le kan..InsyaAllah..dah jalan-jalan tu mesti penat kan, rehatla dulu pastu kalo rajin sambung balik tayang menu tah hape2 ni haa...heheee

Ni Ana nak tunjukkan lempeng ajaib..bertukar menjadi jemput-jemput...ajaib kan? Ehehee...kemain lg skodeng dapo Kak Nor hajat di hati nak jadikan pisang nan lebam tu sebagai lempeng pisang dicampur dengan nestum yang sikit tu...lalu kejadiannya bukanlah lempeng..tetapi jemput-jemputlah adanya....oklah untuk minum petang tadi..errkk..kenyang dah eh..kihkih


Masa bancuh tu Ana ikut sukatan Kak Nor, tapi bila dah letak adunan atas kuali, takboleh nak terbalikkan, bawah dah hitam legam tapi kat atasnya lembik lg..huhu...2 kali jadi gitu, akhirnya Ana tambah tepung & goreng jadi jemput...haaaa...lemak-lemak manis rasanya kan ada nestum, susu lagi...



Apa-apapun terima kasih buat Kak Nor & asalnya resepi lempeng ni dari Cik Mat Gebu, tak jadi lempeng Ana ni mungkin silap bancuhan kot, tapi tetap boleh dimakan sebagai jemput-jemput..dah bape kali nama jemput-jemput ni disebut tah..haha...

Resepi Jemput2 Nestum Ana, diedit dari resepi asal CMG & Kak Nor. InsyaAllah lempeng tu akan dicuba lagi kemudian hari...

Resepi Jemput2 Nestum

BAHAN-BAHANNYA :
  • 250 gram pisang, dilecek halus
  • 100 ml susu cair + 100 ml air masak
  • 1/2 cawan nestum original
  • 3/4 camca teh baking powder
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 10 - 12  sudu besar tepung gandum - bergantung kepekatan adunan

CARA-CARA 
  • Campurkan semua bahan diatas, rehatkan 5 minit, sudukan adunan ke dalam kuali yang mengandungi minyak panas...
  • balik2kan, angkat & hidangkan..

LEMPENG PISANG OAT  (copy : Kak Nor)
sumber: CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram pisang, dilecek halus
  • 200 ml susu segar (mat guna 100 ml susu sejat + 100 ml air)
  • 1 cawan quaker oats
  • 3/4 camca teh baking powder (mat tambah)
  • Sedikit gula jika perlu (mat tak letak)
  • Garam secukup rasa
  • Madu, untuk hiasan
  • Mentega, untuk hiasan
  • 2 sudu besar tepung ~ ni k.nor tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu, mentega dan garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Rehatkan bancuhan tadi selama 5 mini, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.
  • Lenser kuali non-stick dengan sedikit minyak (mat guna paper towel bersih, celup sedikit dalam minyak dan sapu atas kuali), panaskan dengan api sederhana.
  • Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper2 kan sedikit. Tutup permukaanya, selepas 1 - 2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2, boleh terbalikkan lempeng. Masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
  • Hidangkan bersama mentega dan madu..Selamat mencuba untuk semua

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...